RSS
Container Icon

Ingatan bersama-sama...

Assalamualaikum wbt.

Ingatan dan doa buat teman2 yg sedang asyik memadu kasih...semoga kita tak
terlupa PENCINTA kita yg benar2 sejati...

"Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik
betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-
jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling
bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha
Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab
itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok,
bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam
iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api
neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha
Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul.
Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating
dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan
berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak
makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa
ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa!
Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga
diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati,
bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar
dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh!
berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama
dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih
sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang
kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah,
ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga
nanti. Amin!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Wan Zuriati said...

"Sesungguhnya cinta sejati hanya akan terjalin dengan perkahwinan yang suci" Harap sama2 kita tidak terpedaya dgn cinta yg hanya berlandaskn nafsu tanpa iman.."

:.Yus.: said...

Wanz: insyaAllah selagi diri ini dikuasai iman nafsu dpt dikalahkan..moga iman tidak goyah dlm meniti ujian ini...Amin....