RSS
Container Icon

:.Kembara Medan Day 1.:

Salam

Alhamdulillah tahun ni Allah bagi rezeki 2 kali pergi oversea. Kalini pegi Medan, Indonesia dengan family-in-law. Hubby nak bawak parents dia pegi berjalan so ai ikut je la. Kebetulan tiket MAS ada yang murah return tiket RM160.tapi flight awal pagi la. pegi kul 6.45 balik kul 7. We went there from 30 Nov till 4 Dec (Saturday-Tuesday)

Pada hari kejadian kitaorg gerak dari rumah kul 4 pagi.kul 4.45 pg smpi KLIA. trs check in n msk. dh settle imigression sume dlm kul 6.15 bermula la pengembaraan. tepat kul 7 landing kt International Airport Kuala Namu.ni airport baru Medan. kuar je Arrival Gate dh nmpk pak supir tgh tgu. kt sini awal sejam dr Malaysia.ms smpi kul 7lbh tu dlm 6 lbh waktu dorg

Ketibaan kami di Medan ni disambut dengan ujan renyai2.memang best utk tido. cam tau2 je mata thg kuyu je. pak supir bawak g breakfast dl then br meneruskan perjalanan ke Berastagi. Perjalanan dr Kuala Namu ke Medan dlm sejam gak. ktorg smpi pagi so jln mmg bz ngn org nk g keje. dorg kt sana keje ari Sabtu tp half day. masa smpi kt tempat mkn mmg pengalaman baru. jejak je kaki ke kedai mkn tu trs ditanya ayam ke daging. tercengang aku apa menda ayam daging tu. aku main ckp je ayam. duduk kt meja trs dtg makanannya berbondong2.nasi, sup soto,bergedil, udang digoreng dgn tepung.in split second trs penuh meja. tp sup soto dia best. pekat dicampur ngn rempah tp regenye mampu membuatkn kita mengigil utk byr.ktorg mkn dlm 6 org total 230ribu

Kami meneruskan perjalanan ke Berastagi. perjalanan dalam 2 ke 3 jam la. jln dia mmg sgt wow bengkang bengkok xyah cite la. bkn bentuk U tp jd V trs. smpi Berastagi dah tengah hari.singgah Pasar Buah jap cari souvenir fridge magnet Berastagi. kt sini mmg kn pndai tawar menawar. kena tipu pn senang klu lurus bendul sgt. dah settle kt sini ktorg gerak ke Bukit Gundaling plak. dari Pekan Berastagi rsnya tak sampai stgh jam.

Kat Pasar Buah td kuar2 je kete penuh dtg kuda. dorg offer naik kuda tp ktorg xnk. kt Bukit Gundaling ni pn sm jgk. kalini husband ckp naik je la kete kuda ni. harga pn takdela mahal dlm 30k utk 1 kereta muat 2 org. dia bwk pusing kawasan tu dlm 10mnt cmtu la kt. dh settle kt sini,masing2 pn dh penat kitorg pg hotel. check in hotel pastu lunch. masa ni dh penat sgt dh tp sb br lps mkn takleh nk tido la plak. lepak dlm bilik solat sume. kuar pg tgk2 kawasan hotel amk gamba. baru je snap 2 3 keping. ujan turun dgn lebatnya. hhmm masuk bilik tgu maghrib terus zzzzzz smpi x igt dunia.mana taknya jumaat mlm tu tido dlm 2 jam je pastu bgn kul 4 tak tido2 lg.sampai kan hubby kejut tanya nak makan apa pun aku taktau aku jawab apa. tau2 je dia dah kejut bangun makan. 1 day xdela byk sgt tmpt yg pg. 2 tmpt ni je la. ptg ms utk berehat.

jom tengok gamba yang sempat di snap oleh mr photographer















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: