RSS
Container Icon

Bicara Hati Seorang Wanita

Salam

Puji-pujian buatMu Tuhan Lantaran telah menjadikan aku seorang perempuan
Diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam dengan seindah kejadian
Akulah si tulang bengkok Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki namun biarlah
kejadianku memberi guna..Bengkok yang ada manfaatnya...

Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami...pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina
semangat, penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad SAW Utusan Allah SWT
Bebas jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang sering saja ditinggalkan
suaminya saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya.."bilakan pulang?"
Disambut kepulangannya dengan khidmat...bersulamkan kemesraan

Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta ketuhanan
akal yang tunggal...tidak akan dibiarkan hanya
bergelar dicelahan periuk belanga
Dibalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir

Namun, "siapalah aku untuk memiliki watak wanita solehah...
dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati"
Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai
hambaMu...inilah pengaduan,
harapan dan munajat kiranya kekasihMu sendiri pernah berucap...
"Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah perempuan..."

Tanpa petunjukMu
Selangkah yang mengiringi ku ke syurga
Sederap mencebur ke neraka

Ya Allah bimbinglah daku menuju ke jalanMu
semoga aku tergolong dalam golongan yang diredhaiMu
amin Ya Rabbal 'alamin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Wan Zuriati said...

Sungguh bukan mudah untuk seorang muslimah mempertahankan imannya kerana cubaan dunia yang sentiasa mengheret hati. Namun andai hati kita telah dibeli Allah, nescaya dunia berada dalam genggaman kita, akhirat menjadi milik kita.Amin :)

:.Yus.: said...

amin Ya Mujib