RSS
Container Icon

Bicara Hati Seorang Wanita

Salam

Puji-pujian buatMu Tuhan Lantaran telah menjadikan aku seorang perempuan
Diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam dengan seindah kejadian
Akulah si tulang bengkok Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki namun biarlah
kejadianku memberi guna..Bengkok yang ada manfaatnya...

Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami...pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina
semangat, penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad SAW Utusan Allah SWT
Bebas jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang sering saja ditinggalkan
suaminya saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya.."bilakan pulang?"
Disambut kepulangannya dengan khidmat...bersulamkan kemesraan

Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta ketuhanan
akal yang tunggal...tidak akan dibiarkan hanya
bergelar dicelahan periuk belanga
Dibalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir

Namun, "siapalah aku untuk memiliki watak wanita solehah...
dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati"
Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai
hambaMu...inilah pengaduan,
harapan dan munajat kiranya kekasihMu sendiri pernah berucap...
"Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah perempuan..."

Tanpa petunjukMu
Selangkah yang mengiringi ku ke syurga
Sederap mencebur ke neraka

Ya Allah bimbinglah daku menuju ke jalanMu
semoga aku tergolong dalam golongan yang diredhaiMu
amin Ya Rabbal 'alamin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coretan

Salam

xtau nk tulis apa cm terasa cm nk update blog.lately mmg really not in a mood.mkn pn xde selera.1st time g psr mlm xbeli pape.nmpk sgtla mmg xde selera.sbnya aku ni klu g psr mlm mmg xsah klu xbeli brg.atleast aku akn beli gak buah2..dun know wat happen to me..

teringin sgt nk g pantai or air terjun.xnk mandi pn..just nk tenangkn fikiran.aku mgm suka tempat2 cmni.sb bl dgr bunyi ombak or bunyi air terjun rs nyaman je.terasa betapa kerdilnye diri ini.klu time ssh ati suka g tempat2 sunyi..tempat yg xde ganguan..tp aku paling pantang klu g tempat2 cmni tgh2 duk layan perasaan tb2 ada org kacau..penah skali tu aku g air tejun..duk kt tepi batu je..pastu adala sekumpulan mamat2 duk mandi duk usya2 aku n fren..memula aku bt xtau je..bl dorg dh sdh mandi tmbh2la dorg mengusha..last2 aku dh naik angin aku ajk kawan aku blk..trs msk kete n stat enjin..ms nk reverse kete smpt lg dorg bt perangai..apa lg aku yg mmg tgh angin ngan dorg..trus hon ngan kuat kt dorg..br tau tekejut..igt aku ni sng2 je nk dikacau..silap org la..dhla mood pn tgh xstabil..huhu

tp aku xpenah serik utk pegi tempat2 cmtu..sb kt ctu je tempat yg aku xdengar bunyi enjin kete..lg 1 tempat aku suka duk kt masjid.klu tgh tension selalunya aku akn pegi masjid putrajaya..solat maghrib jemaah then bc quran smbl tgu isyak..after isyak br aku blk umah..rs tenang sgt duk kt umah Allah ni.klu tension selalunya aku g cni la sb pantai n waterfall jauh sgt nk p..lgpn xbrani nk g sorg2..pe2 jd ssh plak nnt..

td kt xde benda nk tulis..tgk2 pnjg gak menaip..hehe..tangan klu dh stat menaip mgm xreti nk benti..sbnrnya nk tulis benda lain..tp nntla..xtau cne nk bgtau..byk sgt benda dlm kepala..

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rintihan Hati Seorang Hamba

Ya Allah tuhan Yang Esa
hanya kepadaMu aku bersujud
tunjukkan ku jalan menempuhi dugaan ini
sukarnya diri ini menghadapi segala ujian tanpa petunjukMu Ya Allah
hanya Engkau yang megetahui hikmah disebaik semua yang berlaku
hamba hanyalah insan yang lemah
insan kerdil
yang xmampu berbuat apa2 tanpa keizinanMu Ya Allah
rungkaikan segala kekusutan ini
tunjukkan jalan peyelesaian

Ya Allah Ya Karim
hanya padaMu keserah segalanya
utkku teruskan pengembaraan ini
utku susuri liku2 kehidupan ini
berbekalkan iman didada
kuatkan imanku
agar iman dapat mengiringi setiap langkahku
tabahkan hati ini
agar aku tidak tergelincir dari jalanMu
agar aku tidak tersalah langkah
agar aku tidak tersilap memilih jalan kehidupan

Ya Allah ya Tuhanku..ampunilah segala dosaku
aku hambaMu yang lemah
ingin mengadu dan memohon hanya padaMu
kuatkanlah diriku untuk menghadapi cubaan dunia ini
janganlah hati dan diriku tersasar
dari landasan yang diredhaiMu
masukkanlah aku ke dalam cahaya iman
bersama hambaMu yang bertaqwa

Ya Rahman Ya Rahim..
aku malu Ya Allah
aku bukanlah hambaMu yang bersyukur
aku sering mengikut nafsu
aku lalai lagi jahil
ya Allah pimpinlah aku
aku perlukan petunjuk dariMu
aku ingin menjadi anak yang solehah
muslimah yang sejati

Ya Allah bimbinglah aku...
amin ya rabbal alamin...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Love

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa dengan
orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya
apabila kita
akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah
satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang kita
boleh duduk didalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang....memberi seseorang seluruh
cinta kita bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai kita
namun apabila 'ia' datang
kita akan dapat merasa
yg dialah cinta kita yg sebenar
supaya kita sedar dialah yg terbaik utk kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pernikahan

Salam

Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".

J I K A........

Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. .....
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya .....

dan menyesal sudah tiada gunanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rules To Be Happy

Salam...

Got an email from colleague..thinkin of sharing wif u all







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saat di Akad Nikah

Salam..


mesti sume terkejut bila bc tajuk entry kalini..aku dh nikah ke?belum lgla..sj je nk share..td bk web ILuvIslam..bc 1 forum ni psl kongsi perasaan saat2 diakad nikah..bl bc je thread ni aku mmg nangis smpi teresak2..rs cm esk dh aku nk nikah.br terasa dh besar rpnya diri ini.selami ini aku duk igtkan aku ni msh lg seorg anak kecil yg masih nk bermanja ngan mak ayah.tp mampu ke aku menghadapi saat itu nnt?even bc thread ni pn dh nangis teresak2 apatah lg klu time betul2 nnt.sume org nk kawen kn?xde org yg xnk kawen.yela bl ada suami disisi kita rs sejuk je.susah senang ada org yg sentiasa support kita...chewah cm ada pengalaman jek..hehe..pengalaman xsemestinya yg dialami sendiri ok..

bila bc thread tu aku tertanya pd diri aku sendiri..sdhkah aku bersedia utk melangkah ke alam tu..insyaAllah yg itu aku sdh bersedia..cm persoalannya skrg bersediakah aku utk meninggalkan ibu bapa tercinta terutama umi aku.dr kecik smpi besar..dr dalam rahim sampaila sebesar ni dia duk didik kita..tup2 dtg seorg lelaki amik kita dr kehidupan dorg..bersediakah aku utk melalui semua ini.xdpt aku bygkan apa perasaan ini bl menghadapiny a nnt.aku ni dhla anak umi.manja ngan mak.xleh duk jauh skit mulala nangis je rindu kt mak.aku jugak terfikir apa nnt perasaan umi n abah bl aku dh xjd amanah dorg..mesti dorg akan rs kehilangan..yela aku ni dhla anak sulung.selalunya apa2 sume aku yg bt.dr uruskan hal rumah smpila hal adik2 sume aku yg handle.nnt bl aku dh kawen sapa yg nk bt sume tu.mst umi dh xde kawan utk dia mengadu segala macam perihal family aku.adik2 aku pn dh xleh nk manja2 cm sekarang.mst dorg rs segan bl ada abang ipar.huhu.sedihnye.

tp perkahwinan bukan halangan atau alasan utk aku jauh ngan fimily..family ttp family even aku dh kawen..aku harap dia faham hubungan kami sekeluarga.aku harap sekali sekala aku dpt jenguk umi n abah kt kg.updates gossip ngan adik2.kuar bersama dorg.bg aku perkahwinan bknnya utk menjauhkan seorg isteri ngan family dia tp mengeratkan hubungan dua buah keluarga.

cm 1 yg aku pinta jgnla aku menangis dihari pernikahan nnt.apatah lg ms hari majlis belah dia.mst ms tu rs sedih sgt after family aku sume blk..tinggal aku sorg je kt sana di dunia yg serba baru.family baru, peraturan umah baru, perangai yg baru..sume barula..apa2 pn inilah yg dinamakan kehidupan.adat resam dunia..aku cm mampu doa agar hatiku tabah menghadapi hari2 tersebut..

sebenarnya skrg ni tgh rindu sgt2 kt umi..padahal br je call umi...cne nk kawen nih..cne nk duk jauh ngan umi nih.

'Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu ini.tabahkan hati hambaMu ini menghadapi hari2 mendatang.amin Ya Rabb'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedihnya

bila kita sedih tentu kita nk org yg rapat ngan kita ada bersama kita kn
tp xsemua masa dapat bersama si dia kn
sometimes they say 'i wish to be wif u now to comfort u'
but then when the time comes
why they dont be there
when u r in the middle of two important people
let say A and B n now u r wif A
n suddently B asks u to come and be wif her/him
will u do that?
do u remember situation where u said that u wish to be wif that person
now the situation comes n what will u do
u have the choice to make her/him happy or frustrated
so which one is ur choice?
when ur fren really need u
n at that time u have ur own agenda
will u sacrifice for ur fren?
or just giving excuse to her/him
or maybe just say sorry for not being there
people can say anything they wanna say
but bare in mind
dun give hope when u cant give attention
sometime money s nothing
becoz attention is the most important thing
luangkan masa anda bersama dgn dia
semasa dia betul2 perlukan anda
kerana anda tidak tahu adakah masa itu akan berulang kembali
atau itu adalah yg terakhir bg korg
persoalannya siapakah si dia tu?
bkn pakwe atau makwe k
this is about a life of a friend

merepek lg..bosannya hidup camni hari2
bebaskan diri ini dari kebosanan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lemahnya Hati Seorang Insan

Salam

hati ini kadang2 kuat menghadapi segala dugaan yg mendatang
namun kadang2 ia kalah dalam melawan cabaran yg datang
kadang2 ia terlalu sensitif
walau dgn hanya secebis perkara boleh menyebabkan ia pedih sgt
bila hati ini pedih, sedih maka akan keluarlah mutiara mata
hanya dgn cara ini hati ini dpt dipujuk
dgn meluahkan segala kecamuk dihati melalui mutiara mata

perkara hati hanya tuan empunya yang tahu
kadang2 org tgk empunya diri senyum
tp tiada siapa tahu gelodak hatinya
bagusnye klu dapat menggenggam tabah kn?
bila empunya diri berdiam keseorgan
org akan berkata 'sombongnya dia tu'
kenapa cepat sgt manusia memberi tanggapan negatif
xbolehkah bertanya sebab kenapa empunya diri sedemikian
diam bkn bererti kalah
diam mgkn bererti empunya diri tgh berduka

lemahnya hati seorg insan
bila diuji skit mulala gelabah
baru tau nk cari tuhan
tp ms senang xde plak nk cari sume tu
inilah manusia yg selalu alpa

walau apa pn yg berlaku
selalulah kembali kepada Yang Hak
kerana hanya Dia yg tahu atas setiap apa yg berlaku
seandainya dugaan datang menipa
tabahkan hati menghadapi dugaan
jgn putus asa dlm kehidupan
kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
andai kegembiraan yg dicapai
jgn terlalu alpa
takut2 nnt akan memakan diri


erk..apa yg yus merepek ni..
hanya meluahkan apa yg tersirat dihati
maaf ye..

tabahkan hati ini Ya Allah
moga sentiasa redha dalam mencari hidayahMu
sentiasa redha menerima ujianMu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Story of 3 friends

Salam...just wanna share a story wif u.even it is just simple story but really hit me.

Not long ago, three friends came to the New York city. They decided to stay in a hotel during the visit.

It so happened that their room ended up being on the 60th floor.

The policy of the hotel was that everynight after 12:00 a.m. the elevators are shut down for security reasons.The next day, the three friends rented a car and went out to explore the city. They enjoyed movies, concerts, and other things throughout the whole day. At one point, they remembered that they have to get back to the hotel before 12 a.m.

When they arrived, it was beyond 12 a.m. at night. The elevators were shut down. There was no other way to get back to their room but to take the stairs all the way to the 60th floor. All of a sudden, one friend got an idea.

He said “For the first 20 floors, I will tell jokes to keep us going. Then another one of us could say wisdom stories for the next 20 floors. Finally, we will cover the other 20 floors with sad stories.”

So, one of the friends started with the jokes. With laughs and joy,they reached the 20th floor. Now, another friend started saying stories that are full of wisdom. So, they learned a lot while reaching the 40th floor. Now, it was time for the sad stories.

So, the third friend started thus, “My first sad story is that I left the key for the room in the car.”

Now, what is the point of this story?

This story resembles our lifecycle. For the first 20 years of our life, we spend time in joking and enjoying whatever is out there. Then, after we reach 20, we go into the work force, get marriead, have kids and this is the time when we use our wisdom. Then, if we reach 40, we finally see the white hairs and begin to think that my life is coming to an end and the sadness begins.

It’s better that we start our life in the very beginning by remembering death rather than preparing for it at the end our life when very few of us have the energy to obey Allah completely. We should also remember that there is no guarantee of a life of 60 years for any of us, many have already left this world way before that age.

May Allah give us the ability to make use of our life before death and our youth before old age, Ameen.

"Ya Allah ampunilah dosa2ku dan berilah kesempatan kepadaku utk aku mencari hidayahMu walau ku tahu maut tidak menungguku..amin"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sahabat, jalan ini bukan mudah

Special dedication to my friend

Sahabat..


Aku mencintaimu kerana Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh, jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerana apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerana apa? Kerana dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerana apa? Kerana dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu bahkan tiada niat walau sedikit. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu?aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerana kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

Sahabatmu tercinta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Too tired

Salam..

It's already a week I didn't update blog since I am not feelin well.skrg ni pn mengigil menaip entry ni.sj upate smbl chat ngan fren.dh seminggu xsht.have a back pain.dh bt x-tray doctor kt xde pape.dia bg ms 2 weeks if not ok lg..then dtg blk jmp dia, dia akan refer me to specialist.td msk for buka puasa..1 time msk after sakit ni..really sakit kt pinggang..rs cm nk patah pn ada..ni dh xde tenaga dh.feel like it's become worse..esk bdk2 ofis bt mkn2..hrp2 leh join..

dhla tu..penat dh menaip..rs cm nk tido je..tgu solat isyak jap then tido..esk pg p klinik..

salam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Bersulam Noda

Lately halwa telingaku dihidang dgn nasyid 'Cinta Bersulam Noda' dendangan DeHearty. Apa maksud cinta bersulam noda?it depends on u.how u interpret it.it can be love between girl n guy, it can be love between us and our Creator.but for sure in this nasyid it is between us and our Creator.lagu ni byk bt aku sedar betapa diri byk sgt dosa, lalai dgn kehidupan ini.

Sebagai seorg hamba kita selalu meminta dariNya.janji Allah barangsiapa yg berkehendakkan sesuatu berdoalah kepadaNya.sesungguhnya Dia tidak akan mengecewakan hambaNya.setiap kali kita berkehendakkan sesuatu yg kita rs kita xmampu utk miliki, pasti kepadaNya kita memohon.tp selalu kita tertanya 'aku sentiasa berdoa malah xpernah putus aku berdoa..sentiasa berdoa mg dimakbulkan hajat kita' tp kenapa kadang2 benda yg kita nak sgt2, yg tulah yg Allah lambat makbulkan..inilah sifat manusia sentiasa menyoal andai permintaan tidak dipenuhi.

Sebelum kita menyoal kenapa Allah lambat makbulkan doa kita, cb kita soal diri kita dl.adakah kita dgn istiqamahnya melakukan setiap suruhannya dgn hati yg ikhlas?adakah kita menyempurnakan segala suruhanNya dgn hati yg tenang.kadang2 kita ni terlalu buzy ngan hal duniawi.even nk luangkan masa 15 minit utk solat pn terasa cm ssh.nk luangkan masa sekejap utk wirid pn terasa rugi sb nk kejar cerita kt astro.apatah lg n luangkan masa utk hal2 lain.betapa kita lalai ngan urusan dunia sehingga mengabaikan urusan akhirat.

Kita byk hutang ngan Allah tanpa kita sedari tp kita tanpa malunya menyoal andainya doa kita lmbt dimakbulkan Allah..betapa xmalunya kita ni.siapa kita utk menyoal semua tu..apa hak kita utk bertanya ttg semua itu.bila kita senang kita lupa Allah tp bl kita ssh brla kita nk menangis meratap mohon keampunan drNya.sesungguhnya Allah Maha Penyayang.walau apa yg hambaNya lakukan Dia ttp sayangkan kita.setiap permintaan kita Dia akn makbulkan.Dia tetap akan ampukan dosa hamba2Nya..Subhanallah.terasa betapa kerdilnya diri ini disisi Allah Yang Maha Agung.

Kadang2 kita bt dosa.then bl ada org tegur kita kata 'ala apa ssh.nnt aku taubatla'.kadang2 bl dgr anak2 muda yg mengeluarkan kata2 sebegitu terasa sebak di dada.Astaghfirullah betapa jahilnya mereka.inikah yg dikatakan bakal pemimpin yg akan memimpin negara?bagaimana negara akan teguh andai pemimpin sendiri yg bt hal.

Setiap kali muhasabah diri sendiri, air mata pasti mengalir mengenangkan dosa yg telah dilakukan.betapa Allah Maha Pemurah.Dia xpernah kedekut utk memebri nikmat kepada hambaNya.tp hambaNya ini sentiasa alpa, hanyut ngan kehidupan duniawi sehingga kadang2 terlupa kehidupan di sana yg kekal abadi.

Terasa betapa tak malunya kita kepada Allah.dlm kita berbuat dosa,dlm kita cemari hidup kita dgn kesesatan, sentiasa membutakan hati yg terleka, kita masih tanpa segan silu meminta sesuatu dariNya malah menyoal andai permintaan tidak dimakbulkan.ibarat kita menconteng arang dimuka mak ayah tp still xmalu meminta hadiah2 mahal dari mereka bahkan mengherdik mereka kerana tidak memberikan hadiah itu kepada kita.

Marilah sama2 kita pertingkatkan amalan kita sebagai bekalan di akhirat.sebagaimana kita mempercepatkan langkah kita ke kedai makan andai perut minta diisi, begitu jg dgn makanan akhirat.percepatkanlah langkah kita dlm mencari makanan sebagai bekalan di akhirat nnt.sama2la kita berubah menjadi seorg muslim yg soleh dan solehah andainya kehidupan bahagia yg kita dambakan...sama2lah kita berusaha menambah makanan akhirat supaya nnt kita senang melalui titian sirat..amin...

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mampukah Aku Menjadi Seorg Hamba yang Tawadduk?

Tiba-tiba rasa berkecamuk menginggah dihati ini.ntah apa yg terjadi harini.rs sgt diri ini kerdil.rs diri ini lemah sgt, selalu alpa dgn kehidupan duniawi sehingga kadang2 alpa ttg kehidupan di sana yg kekal abadi.

Ramadhan sudah meninggalkan kita seminggu yg lalu.masihkah kita melakukan apa yg pernah kita lakukan semasa ramadhan dl?masihkah kita amalkan bacaan al-quran setiap mlm?masihkan kta menjaga pancaindera kita?masihkah kita menjaga adab kita sesama kita?soalan2 ini bermain di fikiranku?mampukah aku mengulangi apa yg pernah aku lakukan semasa Ramadhan yg lepas?Ya Allah berilah aku kekuatan utk menempuhi semua ujian mu ini.

Sejak kebelakangan ini semakin hari perasaan itu semakin menerjah dijiwa ini.td kata2 seorg sahabat amat membuat aku terfikir betapa selama ini aku asyik dgn hal itu tanpa aku sedari aku meninggalkan hal diri sendiri.apa kata2 itu biarlah hanya diri ini yg tahu, jua sahabat yg berkata andai dia masih igt apa yg dituturkan.walaupn xsangka kata2 itu keluar dari mulutnya kerana dia bkn seorg yg ckp hal2 sebegitu namun ada benar apa yg dituturnya..terasa diri ini lemah sgt..mengalir air mata ini mengenangkan betapa lemahnya aku.sdh bersediakah aku utk melalui alam itu?rs cm diri ini xlayak utk melangkah ke alam itu.rs byk sgt kelemahan diri ini yg perlu diperbaiki sebelum melangkah ke alam itu.bila aku bandingkan aku ngan dia byk sgt perbezaannya.selama ini aku asyik terfikir apa yg kurang..aku tau aku byk kelemahan..aku hanyalah insan biasa yg tiada apa2..namun aku cb utk perbaiki diri ini dr hari ke hari sebagai persediaan utk hari itu.

Aku tahu sahabatku xde niat utk menuturkan kata2 itu.terima kasih kerana menyedarkan aku ttg semua ini.aku tahu aku belum layak utk ke alam itu walaupn itu yg aku dambakan.terasa cm nk tarik balik apa yg telah aku lakukan namun sekali aku melangkah xmungkin utk aku berundur.

Mulai skrg aku berjanji utk cb berdiri atas kai sendiri tanpa perlu bergantung pd org lain.walau sesusah mana aku akn cb lakukan sendiri.aku akan cb sedaya upaya memperbaiki pertuturanku sebagai persediaan ke alam itu.terima kasih sabahat..jgn risau lepas ni yus akan sentiasa ucapkan ayat tu.terima kasih kerana mengeluarkan kata2 itu.terima kasih byk2 atas segala2nya..walaupn aku tak semulia mu wahai sahabat, walaupn aku xsetaraf dgnmu tp aku sentiasa utk ke arah itu.terima kasih atas perigatan yg diberi...

Aku akan cuba utk memperbaiki diri ini..as what my fren say..sebagai persediaan utk hari-hari mendatang bersama si dia.syukran jazilan kathiran ya ukhti..

'Ya Allah permudahkan segala urusanku.permudahkan aku dlm aku memperbaiki kelemahan diri ini'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari raya penuh bermakna

Salam lebaran semua...

Tadi aku duk surf blog teman2..semua nmpknye dh update ngan hal2 raya..aku pn nk bercerita gakla...

hari raya tahun ni sama ngan tahun2 lepas cm yg special thn ni sb..sb apa ye..ntahla aku pn xtau cne nk elaborate perasaan ni..rs tenang, rs gembira sgt..Alhamdulillah Allah bg aku peluang utk merasai semua ini..raya thn ni sgt bermakna sb aku berpeluang utk merainya dgn sebaik mungkin..walaupn byk duit habis tp aku gembira..rs puas sgt..apala sgt duit beribu2 kalau hendak dibanding dgn family tercinta..hal2 persiapan raya mmg aku tanggung 100%..setiap seorg family member aku belikan baju raya sepasang sorg..sume ada 8 org..pastu kasut2 raya adik2 seramai 3 org aku jgk yg belikan..pastu dorg dpt lg duit raya..bkn nk kata aku kaya ke, nk tunjuk kt org ke..xde langsung niat tu..bkn nk riak..cm apa yg aku nk kongsi ialah..walau sekaya mana pn kamu igtlah pada keluarga tersayang..walau setinggi mana pn kedudukan kamu, u r still a part of ur family member...

thn ni aku msh lg berkesempatan utk blk kg umi ngan abah..even nenek ngan atuk dh xde tp tradisi tu still msh ada.ptg raya kami 1 family gerak dr umah..dlm kol 6.30 smpi umah makcik..kalini kami sume berkampung kt umah makcik sb umah atuk tgh renovate.thn ni kami beraya ngan family member yg baru..sulah (mkck yg bongsu) br je bersalin awal puasa aritu..so adala baby kt umah.ktorg sume dk pakat kacau dia..sian kt aiman kena buli ngan kakak2 ye.nk tido pn xlh.xpela nnt bl kakak n abang blk aiman tidola puas2 ye..hehe

ari raya ke 3 aku beraya kt umah atih adik umi..dh sdh lunch tu ktorg dk borak2 pastu paksu suami atih tny cne umah ktorg..actualy abah tgh bt umah skrg ni..insyaAllah klu ckp budget awal thn dpn siapla..pastu kuarla cite cne abah dpt kumpul duit utk bt umah tanpa bt pinjaman bank lgsg.abah keje biasa2 je..kami org ssh..abah keje kt pasar je.abah sekolah smpi darjah 6..even abah xpandai menulis pn..abah keje kuat utk tampung kami 6 beradik..setiap permintaan kami xpernah abah xbagi..walau susah cne pn abah ttp akn penuhi..alhamdulillah berkat kesabaran umi n abah..abah dpt kumpul duit approximately rm150k hasil berniaga selama 16thn..

bl dgr umi cite cne sshnye umi n abah dl..betul2 menginsafkan.rs sgt betapa umi n abah berkorban demi kami anak2 yg mereka cintai.skrg ni umi n abah dh blh mula senyum.anak2 umi abah sume berjaya dlm pelajaran, dpt keje yg selesa..cm adk aku even dia xpndi sgt dlm akademi xmsk U pn adk aku tu tp dgn sijil yg dia ada skrg ni gaji dia lg tinggi dr gaji aku..cm umi kata Allah dh ckp anak2 itu sndiri adalah rezeki..sesusah mana pn kita Allah ttp bg rezeki anak2.kalau Allah xbg rezeki tu melalui kita, Allah ttp akn bg rezeki melalui anak2..umi ckp mmg btl apa yg Allah janji..kdg2 umi rs cm duit xckp utk belanje sehari2 tp bl kr2 blk rp2nye ada balance utk kami sekeluarga mkn..bak kata umi kalau kita berniaga 1 je yg kt kena practise n kena pegang.the most important thing dlm business ialah amanah.xkira apa yg org nk bt kt kita, kita kena amanah, kena pegang pd janji n jujur..even dlm hidup kita kena sentiasa amanah n jujur.klu tb2 1kita kena musibah redhalah, terima dgn hati terbuka.sb bl kita redha n sabar insyaAllah Allah akan balas redha kita dgn kejayaan yg xdisangka2.

umi kata bl anak2 dh besar, bila anak2 dh berjaya rs cm hilang semua penat lelah yg selama ni dipikul.rs berbaloi pegorbanan mereka selama ni..ms dgr umi bercerita aku rs sebak sgt..aku tny pd diri sendiri andai aku dtempat mereka mampukah aku bt apa yg parents aku bt?bl fkr blk mampukah aku utk balas segala jasa yg mereka beri selama ini?rs insaf sgt..betapa Allah Maha Kaya..Allahuakbar!!!

raya tahun ni byk pengajaran n pengalaman yg aku kutip..thats make my eid very special..bkn sekadar beraya tp ada something yg aku gain..something yg aku semat didada n akn aku bw ke mana saja aku pergi.

igtlah sejauh mana pn kita pergi, sentiasalah igt pd ibu bapa.igtlah segala jasa yg telah dorg bt terhadap kita.tanpa mereka siapalah kita.tanpa didikan mereka mampukah kita utk berada pd kedudukan kita skrg?

ari raya ke 4 aku blk klantan sb ptg tu adk aku dh nk blk johor.aku pn dh nk blk kl esknyer.so nk prepare apa2 yg ptt..tp kita hanya merancang Allah yg tentukan.pg ari Ahad tu lepas anta adk2 g skolah tb2 aku tkr fikiran nk blk ari isnin..mls nk tempuh jam..sementelah parents aku still xkeje so aku igt nk spend ms ngan dorg.bkn sng nk dpt peluang ni..so aku end up smpi putrjaya ptg smlm dlm kol 2ptg...

'Ya Allah murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku.berilah peluang utk aku membalas jasa2 mereka selama ini'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Syawal

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”. Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.

Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.

Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

Dipetik dr web ILuvIslam...


'Moga Allah permudahkan urusanku'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS