RSS
Container Icon

:.alhamdulillah.:

salam...

memegang title seorang isteri bukan sesuatu yg mudah.banyak perkara perlu dijaga.hal berkaitan suami juga rumahtangga.melayan suami juga perlu.segala makan pakai perlu dijaga dengan sebaik mungkin.bak kata umi walau penat cemana pn jangan ajar makan luar.kerana air tangan isteri itu adalah penting untuk mengikat kasih sayang antara suami isteri.insyaAllah nasihat umi akan selalu aku ikut

aku bersyukur dikurniakan dengan seorang suami yg soleh dan ringan tulang.alhamdulillah setakat ini banyak perkara yg dia tolong aku.bila makan dia sendiri yg akan basuh pinggan kami.katanya biarlah dia bantu sementelah aku dh penat masak untuk dia.tenang rasa hati.hilang penat kerja, penat masak utk suami.dia juga tidak cerewet.apa yg dimasak itulah yg dimakan.

alhamdulillah moga ia berterusan untuk selama2nya.syukur Allah atas segala nikmat yang diberikan.terasa penantian selama ini berbalas dengan sebuah kebahagiaan dan ketenangan.moga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga.amin ya rabbal 'alamin

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: