Dedication to my best friend on her birthday...
Sahabat,
Bila disingkap kembali sejarah perkenalan kita, ku tak boleh lari dari perasaan terharu dan bersyukur di atas ni’mat yang dianugerahi ini. Siapa sangka kita telah disatukan oleh Rabbul ‘Izzati di bawah satu ikatan ukhuwwah islamiah yang berlandaskan aqidah Islam yang suci. Kita sama-sama dicampak ke dalam taman perjuangan taman islam yang memberi peluang untuk kita sama-sama mengenali dan memahami serta melebarkan sayap dan mengukuhkan tunjang ukhuwwah fiLLAH ini.
Sahabat,
Sesungguhnya dikaulah sahabatku dunia akhirat. Sejak ku kenalimu, banyak perubahan telah berlaku pada diri ini.Semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat di hati. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di universiti dahulu, aku dapat melihat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita dan menegakkan syiar Islam.Selama aku mengenalmu banyak ilmu yang kupelajari. Terima kasih di atas doronganmu untuk aku berada di jalan yang benar selama kita menjadi sahabat.
Sahabat,
Tanpa memandang asal usulku, kau tetap sabar melayan kerenahku, seringkali berkorban apa saja untuk diri ini, memberi peransang dikala ku kesedihan, menghulur bantuan ketika ku kesempitan, menemani dikala ku keseorangan, mencurah idea-idea bernas pabila ku kebuntuan, menenangkanku ketikaku dikuasai perasaan, dan kau sahabat, dengan ketabahan, dan keikhlasanmu, kau lakukan apa sahaja untuk diri ini bagi membuktikan indah dan bahagianya hidup didalam mahligai ukhuwwah fillah di dalam taman islami. alhamdulillah, Ya ALLAH, hamba bersyukur padaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sahabat,
Apa lagi yang ingin ku dedahkan padamu? Aku lebih banyak kelemahan darimu…Cuma sedikit nasihat ikhlas dariku, jagalah hubunganmu dengan ALLAH S.W.T. Jauhkanlah dirimu dari perkara-perkara yang sia-sia yang boleh mewujudkan hijab antaramu dan DIA. Jagalah solatmu, sesungguhnya Nabi Junjungan kita Muhammad s.a.w pernah bersabda; antara amalan yang utama yang perlu ditunaikan ialah solat di awal waktu. Ini adalah pesanan untuk diriku juga. Semoga kita sama- sama dapat meng’amalkannya. Rabbana, yassir wa la tu’ssir yakariiim. Kurangkanlah bercakap mengenai muslimin atau berhubung dengan mereka tanpa urusan yang betul- betul diperlukan kerana ku takut ianya boleh menyebabkan hatimu lalai dari mengingati ALLAH dan boleh menimbulkan fitnah kerna kau sendiri tahu bukan, syaitan adalah musuh kita yang nyata dan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita. Maka berhati-hatilah, karana hamba ALLAH yang wara’ sentiasa menjaga ‘amalanya dari terjerumus dalam perkara syubhah dan sia-sia. Sama-samalah kita menjaganya agar kita bukanlah penyebab kepada gagalnya perjuangan suci ini tanpa kita sedari.
Sahabat,
Sebelum diri ini mengundur diri, ingin daku ucapkan SANAH HELWA YA UKHTI. Moga dirimu sentiasa dirahmati Yang Maha Esa. Moga persahabatan kita kekal unutk selamanya. Percayalah walaupun kau tiada di sisi, jiwa dan semangatmu akan sentiasa bersamaku. Terasa diri ini tidak layak untuk menjadi sahabat yang sejati namun terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang untuk mendekati dan mengenalimu.Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu. Maaf dipinta atas segala kesilapan yang dilakukan. Diri in mendoakan moga dikau sahabat bahagia dunia akhirat. Lagi skali Happy Birthday My Dear..
Salam mahabbah,
sahabatmu yang lemah lagi kerdil disisiNya

4 comments:
Wan..selamat hari lahir..moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..
p/s: eh nape wish wannye besday kt blog yus ni??eheh
huhu...thanks for the wish..hehe..tlg jwb bg pihak :P
Jazakillahu khairan kathira ya ukhti..kerana cinta yang pada yang Esa..kerana ukhwah kita bersama selamanya insyaAllah..Thank you so much dear for the wonderful birthday celebration.. Moga Allah merahmati persahabatan kita hingga ke syurga..amin..Uhibbuki fillah daiman:)
insyaAllah..mg selamanya kita bersama.walau jasad jauh beribu batu namun dihati kita tetap bersama..mg persahabatan kita kekal dan utuh bt selamanya..uhibbuki fillah daiman ;)
Post a Comment