RSS
Container Icon

Kehidupan Seorang Hamba

Hidup ini penuh dgn suka dan duka.penuh dgn onak dan duri.ada org yg hidupnya smooth je.setiap ap ayg dihajati dlm hidupnya pasti akan dipenuhi..ada org hidup dia byk liku2..setiap apa yg dihajati ssh utk dimiliki.bila dibanding kedua-duanya byk perbezaan (katakanlah A dgn B).yg sorg sementelah hajatnya sentiasa dipenuhi kehidupannya lebih alpa..lupa pada Yang Hak..sementata yg sorg lagi..hidupnya sentiasa tabah menghadapi dugaan.walaupn setiap apa yg dihajati ssh utk dipenuhi tp dia redha..dia sedar akan kedudukannya sebagai seorg hamba.dia sedar siapa dia utk menyoal segala apa yg berlaku..dia hanyalah seorg hamba yang lemah..yg tidak mampu melakukan apa2 melainkan dgn hanya kehendak Allah.hakikat inilah yg membuatkan dia sentiasa tersenyum, sentiasa tabah menghadapi kehidupan yg penuh berliku ini.

Sebagai seorg hamba aku sendiri tidak lari utk merasa seperti apa yg A rasa..aku juga mempunyai keinginan seperti org lain..namun dlm masa yg sama aku ingin menjadi seperti B, yg sentiasa tabah, redha menghadapi ujian hidup..walaupn perit utk ditelan namun aku yakin setiap pengorbanan, kesabaran pasti akan terbalas..aku redha menerima segala ujian Allah malah aku bersyukur menjadi antara yang terpilih utk melalui semua ini..kerana aku takut andainya hidupku tenang seperti yg aku impikan..aku akan mudah alpa..aku akan cepat leka dgn hidup.

Namun aku hanya insan biasa..kadang2 aku kalah pada keinginan hati cm aku sentiasa berdoa mg aku tidak terlalu alpa dgn kehidupan.kerana apa yg aku cari selama ini bkn ada di sini..aku mengharapkan syurga di akhirat kelak.siapa yg xnk masuk syurga n?tanyalh kepada semua org pasti xde sorg pn yg menolak..namun bkn semudah itu utk melangkah ke jannah..perlu ada persiapan yg rapi..perlu teguh hati menghadapi semua rintangan..

Aku berdoa mg aku mampu menghadapi semua ujian ini..walau kadang2 aku rasa macam dah xmampu utk menghadapi semua ini..namun aku tetap tidak patah semangat malah aku makin berusaha menampung mana2 yg koyak.menampal mana2 yg berlubang..

Ya Allah hanya Engkau yang tahu apa yg tersirat di hati ini..bantulah hambaMu ini..hanya padaMu tempat aku bergantung..kerana aku tahu tanpa izinMu Ya Allah aku tidak mampu melakukan apa2 pn walau utk menggerakkan jari ku di keyboard ini..Ya Allah betapa lemahnya aku Ya Allah..hanya bergantung padaMu dalam melakukan apa2 jua perkara..Ya Allah walau apa jua dugaanMu aku ttp akan tabah menghadapinya.aku berdoa mg hatiku sentiasa redha mengharungi hari2 mendatang...

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..

“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Wan Zuriati said...

Ya Allah..janganlah Engkau uji sahabatku dengan apa yang tidak sanggup ia pikul..tapi berilah kekuatanmu padanya dalam mengharungi segala mehnah duniawi agar kelak ia mampu menempah tempat di syurgaMu ya Rabbi..amin ya Mujib

Noli said...

siapakah aku..
a atau b?
subhanallah...

:.Yus.: said...

wanz ->thanks..insyaAllah berkat doamu..diri ini mampu mengharungi kehidupan walau sbesar mana pn dugaan yg mendatang..amin

noly -> tepuk dada tny iman..yus doa mg kita sama2 menjadi seperti b yg xpernah berputus asa walau sentiasa diuji..malah ujain itu membuatkan dia makin dekat kepada sang Pencipta..insyaAllah