RSS
Container Icon

Jendela Hati

Salam

Aku ingin hidup secerah mentari
Yang menyinar di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuah ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Namun aku hanyalah
Insan yang lemah
Tidak mampu untuk mengubah
Apa yang ditetapkan untukku

Seandainya hati ini mampu berkata-kata
Sungguh pasti dia akan merintih
Pasti dia akan menjerit
Meluahkan apa yang terbuku
Tanpa perlu dipaksa

Tenanglah duhai hati
Senyumlah duhai hati
Sesungguhnya apa yang berlaku
Telah tertulis di Luh Mahfuz
Terimalah dengan hati yang redha
Pasti kejayaan menunggumu di hujung jalan

"Innallaha Ma'assabirin"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Afida Anuar said...

Lagu ke ni yus?heeee..
sape yang nyanyi ek?

mylife said...

a'ah..lagu nasyid.saujana yg nyanyi..tp 2 perenggan yg atas tu je..yg bwh2 tu yus karang sndiri