RSS
Container Icon

:.pinjamkan aku ketabahan itu.:

salam...

sungguh aku teramat kagum pada sesiapa yang mampu menahan dugaan.dugaan yang bagi aku,bila difikir-fikirkan aku memang tidak mampu menghadapinya.namun betullah Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.Dia tahu setakat mana kemampuan hamba-hambaNya.

setiap orang lain cara dugaan yang diberikan Allah bertepatan dengan kemampuan masing-masing.aku teringat satu kisah dimana satu keluarga yang miskin.demi untuk sesuap nasi anak-anak, ketua keluarga itu bekerja setiap hari 363 hari setahun.lagi 2 hari cuti raya puasa ngan raya haji.seb baik ada raya.klu xde raya mmg xde langsungla cuti dia.semangat dia bekerja membanting tulang demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta.walau panas,walau hujan tidak pernah sekalipn dia mengeluh dengan nasib hidupnya.semua kerja dibuat sepenuh hati demi isteri dan anak-anak tercinta.

Allah uji dia dengan ujian sebegini.kerjanya memang sentiasa beratapkan langit.hujan panas semua diredah.mahu kerja dipejabat sememangnya tiada kelayakn langsung.sementelah sekolahnya hanyalah setakat darjah enam.menulis pn xreti.namun berbekalkan semangat yang tinggi dicekalkan hati memerah keringat setakat mana yang termampu untuk membesarkan anak-anak seramai 6 orang.

sungguh Allah itu Maha Adil.alhamdulillah sekarang ini pakcik itu sudah boleh tersenyum dengan kejayaan anak-anaknya.anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan masing-masing bakal bergelar engineer.anak-anaknya yang dah tamat belajar masing-masing berjaya dalam karier masing-masing.pakcik itu sekeluarga dari mula kahwin sampailah anaknya bekerja duduk menyewa rumah orang.impian untuk mempunyai rumah sendiri seperti orang lain memang menggunung tinggi.namun kesempitan hidup menghalanginya.juga dipendamkan dahulu impiannya demi melihat anak-anak berjaya.alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan,sekarang pakckik itu telah berjaya membina sebuah banglo tempat berteduh anak-anak dan cucu-cucu di kemudian hari.

betapa Allah Maha Kuasa.dibalasnya keperitan dan pengorbanan pakcik tu sekeluarga dengan kejayaan anak-anak dan kesenangan buatnya di hari tua.sekarang ini pakcik itu bersenang lenang dengan kejayaan yang diperolehi.

itulah dia seorang pakcik bernama Ismail bin Hassan.ye pakcik ini ialah ayahku tercinta.tabahnya dia dalam menghadapi hari-hari demi melihat anak-anak berjaya.hari ini abah mampu tersenyum megah dengan kejayaan anak-anak dalam bidang masing-masing.sementelah imipannya untuk mempunyai rumah sendiri juga telah tercapai.

betapa aku mengimpikan ketabahan yang sebegitu.ya Alah tabahkan hatiku dalam menghadapi ujianMu seperti mana Kau tabahkan hati abahku.panjangkan umur abah dan umi.moga mereka sempat melihat dan berkongsi kejayaan semua anak-anaknya...

amin Ya Rabbal 'alamin

wassalam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: