RSS
Container Icon

:.bravo.:



salam...

tadi aku cite pasal aku buat ujian endoscopy nngan masukkan alat dalam perut.kali ni aku nak cite pasal alat tu plak.nama alat ni bravo.

ni gambar dia.

picture credit goes to billkosloskymd


nampak tak alat yang empatsegi tu yang dalam gambar kecik kt tengah tu..ha yang tu la yang doctor masukkan dalam perut aku.actually bukan kat perutla dia letak alat tu kt dinding esophagus cam dalam gambar yg belah kiri tu.ha kat situ la letaknya alat tu.

yang dalam gambar belah kanan tu plak detector dia.detector ni dia akan detect pH dalam perut aku.so aku boleh tengokla bape pH aku.cam skrg ni pH aku 7.6.aku tak reti nak baca pH dia.so aku tak taula 7.6 tu ok ke tidak.rasanya ok kut sebab doctor cakap kalau 4 ke bawah tu maknanya asid.

alat ni memang sensitif.dia kena sentiasa ada dalam range 1 meter ngan aku.memang tak leh letak jauh.kalau aku letak alat ni kt ruang tamu,aku g dapur kejap je terus dia bunyi warning.cepat2 aku kena amk benda tu letak kt dada bagi dia dapat signal blk.so ke hulu ke hilir memang aku ngan bravo ni la.kira dia jadi best fren aku la kejap untuk 2 hari ni.kalau time mandi plak.kena letak balut bravo ngan plastik ke apa2 ke pastu letak tempat yang tak kena air.seb dia takleh kena air tapi takleh jauh dari aku.so nak mandi pun kena bawak dia masuk bilik air.huhu.agak leceh la jugak sebenarnya.tp takpe untuk kebaikan aku jugak..nak sihat x?nak sihat duk diam2 jgn ngomel :p

keje ni tak selesai kat sini.bukan setakat aku bawak ke hulu ke hilir tapi siap kena buat homework lagi.kena buat cam diari.catat setiap apa yang aku buat.semuanya ada 5 benda yang aku kena catat iaitu meal,sleep,heartburn,cough and chest pain.so setiap kali aku nak makan aku kena tulis kul bape aku makan,abih kul makan kul bape.tido pun sama kul bape tido,kul bape bangun.kalau tetiba aku rasa heartburn,kena tulis jugak kul bape aku aku rasa.tetiba 2 hari ni aku jadi buzy.manjang ngan bravo, pen dan jadual yang disediakan.

seb baik aku dapat mc 2 hari.esok xyah gi keje.so takdela seksa sangat aku kt office nnt.kalau tak,susahla kalu pakai baju kurung sebab xde tempat nak letak bravo.kalau kt umah aku pakai seluar senang letak kt dalam poket.time yang paling susah aku rasa time nak solat.kt office tu tempat amik wuduk jauh sket.kalau aku letak atas sejadah then aku g amik wuduk confirm dia akan bunyi.kalau nk carry sama2 mana nk letak tempat tu kan basah.takkan nk suh orang tolong pegang.menyusahkan plak.alang2 dah dapt mc duk je la kt umah.senang takde nk susahkan orang..

hhmmm itula sedikit sebanyak cite aku ngan bravo ni.aku bari pakai benda ni tak sampai sehari dah memang rasa tak selesa sangat2.rasa cam nak kuarkan je benda alah ni.perit rasa setiap kali menelan.takpe sabar2.harap2 esok okla

time2 cenggini la rasa nak duk dekat ngan mak.time sakitla nak manja ngan mak.nk rasa layanan special dari mak.bestnya..nak balik :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: