RSS
Container Icon

:.impian dan harapan.:

salam...

update blog yang berhabuk ni kejap sambil tunggu defrost ayam.nak masak mee goreng.

eh baru perasan harini 16/3.alhamdulillah cukup 5 bulan kami sah sebagai suami isteri.kejap sangat masa berlalu.rasa macam baru semalam majlis akad nikah berlangsung.alhamdulillah kami makin serasi.sekali sekala merajuk tu biasala.sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.tak kiralah lama mana usia perkahwinan setiap pasangan pasti akan merasai.itulah asam garam dalam rumahtangga.yang penting kami makin bahagia dari hari ke hari :)

oklah bukan itu sebenarnya yang nak cerita.tengah fikir nak taip entry ni tadi ternampak date kat laptop ni.nampak sangat buzy ye sampaikan hari ngan date pun tak sedar cepat berlalu.

kat office sekarang ni memang tengah hectic sangat-sangat.sejak minggu lepas setiap hari balik kerja malam.hujung minggu pun kerja.sian kat hubby kena makan luar malam-malam sebab bini dia ni dah tak larat nak masak sebab penat kerja.harini je memang niat nak balik awal sebab rasa kepala dah tingtong sangat-sangat dah.bolehla spend masa untuk masak untuk suami.alhamdulillah

inilah asam garam isteri bekerja.siang hari berhempas pulas, perah otak untuk siapkan kerja, nak kejar deadline.malam pulak balik kerja terus ke dapur masak untuk suami.ni belum ada anak.dah ada anak nanti tak tahula cemana.walau penat siang dan malam tapi kami tak kisah asalkan suami senang hati.

senario kat atas tu apply dalam kehidupan aku lepas bergelar isteri ni.isteri orang lain aku tak tahu la.tapi setakat kawan-kawan aku semua macam tu.balik terus gegas masak untuk suami pulak.bak kata orang tua-tua penat takpe asalkan perut suami terisi.itu yang paling penting kena jaga.air tangan isteri sangat penting dalam rumahtangga.aku ingat lagi masa mula-mula kahwin aritu nasihat pertama umi untuk aku 'walau penat macam mana pun kena luangkan masa masak untuk suami.biar simple asalkan masak.jangan jadikan perbuatan beli atau makan kat luar sebagai satu habit.itu salah satu cara nak tambat hati suami'

aku sangat setuju dengan kata-kata tu.macam suami aku dia tak prefer makan kat luar.sekali sekala tu bolehla nak makan luar.tapi kalau 2 3 malam aku tak masak, nanti mesti dia cam terpaksa to say yes untuk makan luar.so memang aku akan masak setiap malam.simple ke sedap tak sedap itu cerita lain.yang penting masak.

kadang-kadang terfikir jugak sampai bila aku nak macam ni.siang hari kejar cari rezeki.malam pulak uruskan hal rumah.actually deep inside aku lebih suka jadi suri rumah.suka hidup bebas tanpa perlu terikat dengan orang.sememangnya aku jenis yang tak suka dikongkong.apa-apa yang aku buat biar aku buat dengan rela hati bukan atas paksaaan dari orang lain.aku lebih suka ada kat umah buat hal rumah,menjahit,dekorasi rumah.itu yang aku inginkan sebenarnya

insyaAllah andai ada rezeki lebih aku doa sangat-sangat moga impian dan harapan aku jadi kenyataan.moga dipermudahkan segala urusan untuk kami sekeluarga.moga kami berdua dimurahkan rezeki.amin ya Rabbal 'alamin

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Noli said...

bagus2 jadik suri rumah cam pn noli tuh...hikhikkkk....pastu boring sorang2..haha...tggu anak kuar dulu baru suasana meriah..insyaAllah...

Shy Syaz said...

bagus jugak jadi surirumah..tapi kos sara hidup kdg2 tinggi sgt kesian kat incik husband tanggung sorang2. shy pon kalo bole nk berniaga, senang xyah nak keje under orang. tapi blom rezeki lg..
semoga termakbul doa yus satu hari nnt.
eh..lupe nk tnya...sihat? lama xdgr citer

:.Yus.: said...

noly: hehe.boring sorg2 ye.xpe nnt bby dh kuar dh xboring dah

shy: tu la.sb kos tinggila yus msh kerja.tgu gaji hubby sm byk ngan gaji 2 org bekerja baru blh fikir utk benti ke x.skrg ni mmg xde chan la..alhamdulillah sht ngan kerja bertimbun kt office.shy sht?tmpt keje br ok?

Nazrah Abdul Aziz said...

Samalah kita. Teringin juga nak jadi suri rumah. Tapi belum kesampaian lagi. Kalau buat bisnes yang boleh dapat income macam gaji sekarang barulah boleh berhenti kerja. Buat bisnes jom! Hehehe.. :D

:.Yus.: said...

nampaknya ramai yg sehati sejiwa ngan yus dlm hal ni ye..

sama2la kita doa moga suami kita dimurahkan rezeki.

moga dipermudahkan urusan kita utk bergelar suri rumah..amin

teringin jugak nk bt bisnes.plan tu ada cm nk executeya tak tau bila+tak confident..huhu

Nazrah Abdul Aziz said...

Ahaa..samalah kita..plan panjang berjela tapi sampai sekarang belum buat dengan bersungguh-sungguh lagi..huhu.. :p

Shy & Yus, share la business plan korang dengan Naz. Mana tau kalau ada yang sama bolehlah kita jadi business partner. Hehe.. :D

Pssstt..Puan Yus, Puan Noli & Puan Wan..macam mana dengan business plan kita yang dulu tu? ;)

:.Yus.: said...

hehehe..yus teringin nk bukak kedai makan.tapi lmbt lg kut.kn kumpul modal dl....itu pn tgkla cemana.kn plan betul2

erk..business plan apa ye naz..hehe

Nazrah Abdul Aziz said...

Wahh..kedai makan! Mesti ada Tom Yam kan? Suka2!! :D

Ohh..sudah lupakah? Yang kita buat plan beramai-ramai tu..siap bahagi2 kerja sume..tapi bila tengok kos permulaan je terus terhenti..huhu.. :p