salam...
lama betul blog ni terbiar.kesian dia..malam ni terasa nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati ini
kadang-kadang kita terasa nak bercerita tapi kita tak tahu pada siapa untuk kita luahkan.memang kita sentiasa dikelilingi orang yang dikenali setiap hari.tapi tak semua orang kita boleh bercerita.ada orang faham apa yang kita rasa.ada orang buat-buat tak faham.ada orang yang langsung tak faham!
penat memendam perasaan apabila tiada tempat untuk meluah.terasa bahu berat sangat memikul beban.ke hulu ke hilir seorang diri tiada siapa yang mengerti.setiap kali ingin bercerita terasa tiada yang sudi mendengar.kalau ada pun diri ini pula yang berat untuk bercerita.memikirkan pihak sana juga banyak maslaah yang ditanggung.tidak mahu menambah beban, akhirnya mengambil keputusan berdiam diri sahaja.yes that is the best as of now.cuba untuk menelan masalah seorang diri.cuba untuk belajar tabah.walau tahu hati tidak setabah itu.tetapi tetap ingin mencuba
penat memaniskan muka.penat cuba untuk tidak mengecilkan hati mereka.mnamun aku juga sama seperti kamu.sama seperti orang lain yang juga punya perasaan.aku cuba untuk menjaga perasaan kau setiap kali bercakap dengan kau.tapi kenapa engkau tidak sebegitu?kenapa asyik merungut?aku benci orang suka merungut.betul-betul tak reti bersyukur.
cubalah belajar untuk tidak merungut.orang lain pn sama penat macam kau.sama serabut kepala atas setiap apa yang berlaku.sama penat malah lagi penat dari kau.tapi kami masih boleh bergurau senda.come on lah!be professional. suka,suka jugak.gelak,gelak jugak.joke is still a joke but when it comes to work please be professional.kita semua dah besar kan.bukan budak-budak yang perlu diajar each and everything in this world.akal yang ada jangan disia-siakan
penat mengadap kerenah orang yang tak reti nak profesional.berlagak cam reti semua benda.pantang ditegur.perasan konon apa yang dibuat semua betul tapi hakikatnya hampeh!!!menyusahkan orang lagi adala.remember what you did you get back!jangan nak sesuka hati mengarah orang.jangan sesuka hati menabur janji kalau tak mahu tepati.
harap-harap lepas ni aku dapat hadapi dengan hati yang terbuka.cuba berlagak tenang.walau hati berkecamuk.jangan dikacau andai nampak aku diam.kelak nanti kau jugak yang merana.aku dah muak dengan perangai kau.jangan dicabar aku.nanti parah akibatnya.if anything happen tanggungla sendiri.jangan kata aku tak bagi amaran
rasa cam tak pernah lagi tulis entry yang macam ni.aku cuba untuk tak tunjuk tapi rasa cam tak tahu kat mana lagi tempat untuk bercerita.hanya dairy in sahaja yang ada.yang sanggup telan apa sahaja yang aku cakap.ye la sebab dia takleh bercakap.hehehe
moga dipermudahkan segala.moga tahap kesabaran ini tetap tinggi seperti biasa.moga aku masih mampu untuk tidak bersuara.takut andai aku bersuara menangis la kau nanti..
wassalam
:.Oreo Milkshake.:
11 years ago
0 comments:
Post a Comment