RSS
Container Icon

Kekhilafan Diri Seorang Hamba

Salam 18 Ramadhan..

Alhamdulillah hari ni dh msk hari ke-18 kita menyambut Ramadhan Kareem ni.Hari ni ada test telecommunication.br abh test kol 9.30 td.terasa bosan menyinggah di hati.xtau apa yg perlu dilakukan.nk study utk coming exam terasa malas sgt.utk merehatkan minda yg penat aku melayari laman2 web bt seketika..seketika teringat dh lama aku xjenguk web ILuvIslam.com..dh byk article br yg aku terlepas utk baca..antara byk2 article, aku tertarik pd satu cerpen bertajuk 'Air Mata Tafakur Ramadhan'..seketika aku terdiam sesudah membaca cerpen tersebut.tersentap seketika bl memikirkan perihal diri ini.

Ya Allah Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..namun apa yg aku dapat.akhir2 ini aku agak sibuk ngan hal2 kerja di office, di rumah plak sibuk menyiapkan biskut2 raya utk dibawa pulang sebagai buah tangan di hari raya.Ya Allah terasa sgt akhir2 ini aku jauh drMu Ya Allah..ampunkan hambaMu yg alpa ini Ya Rabb.utk aku bertafakur di sejadahMu kadang terasa berat sangat dihambat kantuk yg teramat..Ya Allah betapa hamba ini kehilangan pahalaMu Ya Allah..apa yg aku kejar Ya Allah?terasa amat bersalah kerana membiarkan diri ini alpa dgn urusan duniawi.

Tp Alhamdulillah dlm perjalananku menuju office halwaku basah dgn alunan zikirMu..begitu jgk di office..sambil2 study utk exam msh sempat utk aku mengalunkan zikir2Mu.alhamdulillah masih ada zikir2 yg masih menemani jiwa ini yg tersa kosong..“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..”..

Teringat surah Al-Anfal ayat 2 :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!” Aku teringat doa yang diajarkan Rasulullah SAW: “Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”

Ya Allah jgnlah Engkau tinggalkan aku sendirian dgn hal2 duniawai..sesungguhnya aku sentiasa perlukanMu Ya Allah...aku perlukan bimbinganMu..aku perlukan hidayahMu..kembalikan aku ke jalanMu Ya Allah.sedarkan aku andai aku leka, tarik aku kembali ke sisiMu aku andai aku alpa.hanya kepadaMu tempat aku bergantung..

Namun Ya Allah sesungguhnya Engkau tuhan yg Maha Pengasih, Maha Pemurah..dan benarlah segala kata2Mu.ruginya seseorg itu andai tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan yg mulia ini.sungguh Ya Allah aku terasa betapa nikmatnya bulan Ramadhan ini, aku terasa betapa berkatnya bulan yg mulia ini.walaupn akhir2 ini aku agak jauh dariMu namun nikmatMu xpernah surut Ya Allah..td trainer aku panggil kami semua masuk ke training lab to give back our paper.n alhamdulillah aku masih lg dpt markah yg selesa.dan yg paling bt aku terkejut aku adalah antara top ten dlm senarai..alhamdulillah Ya Allah sesungguhnya Engkau benar2 tidak memungkiri janji..dan aku terasa inilah berkat kesabaranku selama ini..dicampur dgn berkat bulan yg mulia ini..

Sebelum datangnya bulan Ramadhan ini,aku telah diuji dgn ujian yg bertimpa2 sampaikan kadang2 aku terasa dh xmampu utk menanggung segala ujian ini..namun aku tetap yakin dgnMu Ya Allah..aku yakin setiap yg berlaku ada hikmahnya..aku yakin Engkau telah mengatur sesuatu yg terbaik utkku..alhamdulillah berkat sokongan rakan2 aku mampu mengharungi semuanya dgn hati yg tabah..

Aku terigt pesan sahabat baikku..katanya setiap apa yg berlaku pasti ad sebabnya..sabarlah dalam menghadapi setiap dugaan kerana diakhirnya pasti akan gembira sebagai balasan kita redha atas segala yg berlaku..alhamdulillah harini aku terasa sgt apa yg berlaku ini adalah berkat yakin kepadaMu..walaupn aku pernah miss 1 exam tp still aku dlm list top ten..alhamdulillah Ya Allah..

Namun jauh disudut hati terselit rs bimbang dan takut andai ini merupakan satu ujian btku..aku takut diri ini alpa dgn nikmat yg diberi..Ya Allah walau apa yg berlaku jgnlah Engkau tinggalkan aku Ya Allah..

Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” aku terkenangkan, sesungguhnya rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar..
alhamdulillah Engkau masih beri aku peluang utk merasa kenikmatan iman ini..Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik.di saat hati ini terasa down, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita.betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”..

Betapa doa itu penting sgt dlm kehidupan ini..klu nk diikut logik xperlu pn kita nk mengadu kt Allah betapa kita byk sgt bt dosa.sebab mmg Dia dh tau..tp Allah tetap srh kita doa tanpa henti sebab Dia sgt mengharapkan hambaNya berdao dan mengharapkan keredhaanNya, supaya kita lebih akrab nagn Dia..sebab Dia rindu sgt nk dengar rintihan hambaNya..Ah..terasa sebak di dada.terasa panas kelopak mata..

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, aku terasa kalbuku lebih ringan.mudah-mudahan langkahku selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.amin Ya Allah...


"Yakinkanlah dirimu pada Tuhan yang hidup tiada mati dan bertasbihlah dgn memujinya dan Tuhan cukup mengetahui dosa2 hambanya"(furqan :58)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Wan Zuriati said...

benar yus..bila hati itu telah dibeli Allah..maka hambanya akan sentiasa merasa rindu padaNya & mendamba cintaNya..

Marilah kita sama-sama mengisi hari-hari yang berbaki dalam madrasah ramadhan ini agar berakhirnya ramadhan dengan redha Allah & pengampunanNya ke atas segala dosa-dosa kita..amin

Noli said...

wan..nk tumpang aminkn je..
amin...

:.Yus.: said...

wan ->alhamdulillah Allah masih memberi diri peluang ini utk merasa nikmat Allah..insyaAllah sama2 kita mengukuhkan lagi ibadah kita sementara masih ada peluang ini.

noly -> nk aminkan jugak..hehe..amin Ya Rabbal 'alamin