RSS
Container Icon

Kehidupan...

Kenapa aku pilih tajuk ini sebagai entryku kali ini?Aku pn tak pasti cuma teringin meluahkan apa yang terpendam dihati.

Kehidupan bg setiap manusia berbeza-beza.Ada yg hidup serba mewah, ada jg yg hidupnya xpernah lekang dr ujian Allah.Kepada yg mewah igtlah pd yg miskin dan kepada yg ssh bersabarlah dgn ujian Tuhan moga ada sinar bahagia dimasa hadapan.Setiap yg berlaku ada hikmahnya.

Kembali kpd diriku.Aku ini berada dlm kategori yg mana agknya?Erm…dtengah2 kut.Nk kt mewah tidak tp alhamdulillah dh xperlu sshkan mak ayah lg dh sb dh keje.Dugaan??Siapa yg xpernah diduga tp alhmadulilah aku dpt hadapi semua dgn hati yg tenang.Aku bersyukur kerana diuji kerana dgn ujian inilah aku sedar dan ujian inilah yg membawa ku kembali kejln kebenaran.Cuma yg aku terkilan dan sedih sgt sb apabila melihat persekitaran remaja muda mudi skrg ni ramai yg alpa, lupa diri.Kepada lelaki tegakah kalian mengusung anak dara ke hulu ke hilir tanpa sebarang ikatan???

Inikah yg dikatakan lelaki yg bakal menjadi ketua keluarga, imam dlm sebuah masjid?? Andai diri sendiri tak terjaga jgn impikan sebuah masjid yg kukuh.

Andai diri tidak kuat jgn impi nk bina keluarga yg berkualiti…

Kepada kaumku sendiri di manakah maruah anda?

Murahnya diri apabila dgn senang blh dibawa ke mana2 sesuka hati, blh di sentuh di setiap inci tubuh,gembira andai diri menjadi tumpuan lelaki…

Apa lg yg tinggal utk tatapan istimewa suami tercinta andai semuanya sdh dirasmi oleh org lain??

Setiap hari dlm ahkbar ada je 1@2 isu tentang kes rogol, khalwat yg berlaku.Siapa yg melakukannya??Tak lain dan xbkn org melayu..org Islam…Islamkah anda andai maruah diri blh ternoda dgn mudah…hanya dgn kata2 sdh blh mengadai maruah diri.Atau anda Islam hanya pd nama???Islam warisan…Kdg2 apabila ada yg menegur perbuatan itu salah. Malangnya bkn hendak berterima ksh malah dimarah, dimaki hamun dikata dikata ngada2 suka jg tepi kain org.Tak abh smpi situ sj diperli plak org yg menegur ktnya cerminlah dulu diri sendiri sblm menegur org lain.Masalahnya org yg ditegur itu pernah ke mereka bertanya pd diri sendiri aku ni blhkah ditegur?Pernahkan aku cb mengubah diri ini??Cubalah renung diri sendiri apa salah yg dibuat smpi ada org menegur…Itulah persepsi org skrg..persepsi org Islam skrg..pntg ditegur pasti melenting..ego terlalu tinggi..tidak blh diajk berubah..merasa diri itu betul..diri itu pndi sgt..apa nk jd dgn org Islam akhir zaman ini…

Inilah punca org Islam semakin lemah..Sedarlah wahai manusia…wahai saudara saudari ku sekalian..Bila kalian akan berubah??Hendak tunggu umur 40thn br nk berubah??Sebelum target 40thn tny pd siri sendiri dl smpt ke kita mencapai umur iut??Andai DItakdir Allah esk nyawa kita diambil sempat ke kita nk bertaubat??Umur kita semakin ahri semakin bertambah bkn semakin berkurang..bkn semakin muda..Bila lg hendak bertaubat??Esk?Lusa?Minggu dpn?Bln dpn?Thn dpn?BILA????Jgn smpi anda menyesal di kemudian hari kerana pd waktu itu menyesal pn tiada guna.Smntr umur msh muda,sementara blm ada komitmen berusahalah utk meningkatkan iman anda.Tingkatkan amalan anda sbg bekalan di akhirat nnt jg bekalan di alam kubur nnt spy kt xkeseorgn disana..ada amalan yg menemani kita…

Dunia ini adalah 1 pentas kehidupan.Kita adalah pelakonnya.Berlakonlah dgn ikhlas smg kita mendpt award di akhirat nnt.Jgn sia2kan peluang yg ada.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin..Aku tulis entry ini bkn sekadar menulis tp renung2kanlah isi dalamnya.Jadikan sebagai teladan dan peringatan kpd semua tak terkecuali kpd diri sendiri.Sentisalah berusaha utk menambah iman dihati sepertimana kt berusaha menambah duit sbg bekalan di masa hadapan.Amalan jg adlah bekalan kt yg plg pntg..Muhasabahlah diri sentisa mg kita semua sentiasa berada dlm rahmatNya dan sentiasa diberkati Allah dlm apa jua yg kt lakukan…Amin Ya Mujib..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Wan Zuriati said...

Risau tgk remaja zaman skrg.Seolah-olah hilang rs malu pd Allah. Kerana 'cinta' nafsu merajai hati. Marilah kita sm2 insafi kesilapan diri sblm ajal dtg menjemput keesokan hari...

:.Yus.: said...

Tulah...xtau apa nk jadi dgn remaja zaman kini.lebih mementingkan keseronokan yg hanya sementara.mg kita sama2 mengambil iktibar dr apa yg berlaku..semoga Allah tidak menguji kita dgn hal sebegini...