RSS
Container Icon

:.ceramah agama di Pandan Indah.:


Salam...

Semalam alhamdulillah berkesempatan untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Dato' Ismail Kamus di Masjid Al-Azim Pandan Indah

Dah lama dah teringin nak dengar ceramah ustaz azhar ni secara live.alhamdulillah tak sangka semalam dapat.siaps empat dengar slot bersama Imam Muda Ashraf dan Ustaz Norhisham.bila kita dalam majlis ilmu rasa cepat sangat masa berlalu.mendengar ilmu2 yg keluar dari mulut mereka walau sedikit tapi bermanfaat.dalam gelak ketawa ada sesuatu yang ingin disampaikan.walau gelak tapi kata2nya berisi.jauh beza dengan kita.kadang2 tak gelak pn kata2 tak berapa nak berisi

oklah sementara tengah fresh ni nak kongsi sket tentang ceramah semalam.

tajuk forum semalam Indahnya Hidup Besyarait.ni sempena nama buku yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus.ada satu kt umah dapat hadiah masa kawen dulu tapi jarang buka.tak elok betul perangai.kena betulkan eprangai yang satu ni.banyakkan buka buku agama dari novel melayu

Antara isinya Ustaz Ismail Kamus bgtau manusia adalah sebaik2 kejadian.seperti yang kita tau ni adalah kata2 Allah.dalam al-Quran ada ayat ni ttg kejadian manusia itu sendiri.dalam banyak2 anggota yg ada pada diri kita hati adalah anggota yang paling hebat.sebab di sinilah letaknya Qalbu@roh.qalbu kita lah yang kontrol apa yang kita buat sehari2.control setiap perkara yang berkaitan dengan agama.kalau qalbu kita elok insyaAllah eloklah agama kita tapi kalau qalbu kita sakit maka sakitlah iman kita.qalbu inilah yang beriman dengan Allah.

yang kedua ustaz juga ada menyentuh tentang sifat manusia itu sendiri.perkataan manusia itu kita sendiri tau datang dari perkataan nasia iaitu lupa.ada 3 sifat utama manusia.pertama lupa.manusia mmg sentiasa lupa.sebab itu kenapa kita kena sentiasa menghadiri majlis2 ilmu,berkawan dengan para ilmuan sebab inilah yang dpt sentiasa mengingatkan kita tentang asal kejadian dan tujuan kita di dunia ini.yg kedua kedekut.mmg sifat manusia bila dapat sesuatu suka pegang sorg2.tak suka berkongsi dengan orang.sebab itu kita kena control dengan mendekatkan diri dengan Allah supaya kita sentiasa bersifat pemurah.yang ketiga terburu-buru.sentiasa nak cepat.sebab tu bila manusia ditimpa musibah mereka akan menggelabah.sebab mereka terburu-buru.

point yg ketiga hidup berlandaskan addin.apa itu addin?addin adalah peraturan hidup yang perlu kita patuhi.berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.iman dan taqwa kena sentiasa di hati.sebagai pedoman hidup kita supaya kita tak tergelincir dari landasan yang betul.yang paling penting dalam kita beramal mestila dengan ilmu.sebab tu kita kena berguru untuk mendapatkan ilmu.bukan dengan youtube atau ceramah mp3 semata-mata.bak kata Ustaz Ismail Kamus trend sekarang kalau ceramah mmg sabutannya hangat diluar jangkaan tapi kalau kelas2 pengajian tak ramai yang datang.aku setuju dengan kata2 ustaz.yang sepatutnya adalah sebaliknya.kelas2 pengajian lagi ramai dari ceramah.

point keempat dari ustaz Azhar Idrus hiburan berlandaskan Islam,berlandaskan syariat.Islam tidak menafikan hiburan.even Rasulullah dulu pun berhibur tapi perlulah berpada-pada dan tidak melebih-lebih.letakkan syariat sebagai tiang ukuran sempadan hiburan,pasti kita tidak tergelincir.seperti skrg tengah demam EURO 12.apa salahnya celahkan agama dalam bersukan.selepas tengok bola selitkan tahajud.2 rakaat pun cukuplah.untuk pemain2 bola ambillah berkat dari solat.solat itu boleh dimana-mana even tepi padang.tutup aurat dalam bersukan.kerana disitulah datangnya keberkatan

yang kelima - buat lima perkara sebelum datang lima perkara.rasanya yang semua orang tau.sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.semasa muda inilah kita perlu rebut peluang dengan sebaik mungkin untuk beribadah menambah pahala.sebabnya bila kita dah tua dah tak larat nak berjaga malam.tak larat nak pegi dengar ceramah atau kelas2 pengajian.itu belum lagi fikir sempat atau tak kita untuk merasa tua.entah2 esok pun kita dah tiada dah.2 hari lepas baca FB kawan.kawan dia meninggal kemalangan jalan raya.dengan suami dan anaknya sekali.dengar cerita sejak kawen mereka suami isteri belum sempat tinggal serumah kerana tuntutan kerja.sampai anak dah umur 9 bulan masih tinggal berasingan.namun perancangan Allah itulah yang terbaik.mereka tak sempat tinggal serumah di dunia namun mereka bersama2 di akhirat insyaAllah.semua ketiga2 beranak ditanam dalam 1 liang lahad.itulah kehidupan bersama yang kekal abadi.

bila masa dah sampai takkan lambat atau cepat sesaat.sangat tepat pada masa.sebab tu lah kita tak boleh nak lengah2 dalam menuntut ilmu sebab kita tak tahu bila masa kita akan sampai.ya Allah bila fikir balik dah cukup ke amalan kita untuk dibentangkan depan Allah nnt?dalam banyak2 amalan yang pertama akan ditanya ialah tentqng solat kita.betapa pentingnya solat itu.kita renungkan kembali solat kita.sempurnakan solat kita?yakin ke solat kita selama ini diterima Allah?atau hanya sekadar tunduk bangun je.memang kita perlu bersangka baik dengan Allah tapi dalam bersangka baik itu kita sendiri perlu berusaha untuk perbaiki,perelokkan solat kita.

moga kita sama2 dapat muhasabah diri dengan sedikit perkongsian ilmu ini.maaflah kalau tak lengkap.oh ya sebelum terpula ustaz juga ada selitkan pasal solat malam tahajud.paling kurang buatlah walau dua rakaat.yang ni aku masih lagi brmujahadah untuk bangun malam.sungguh mmg susah untuk tinggalkan tidur sebab itulah ganjaran untuk bangun malam bukan sedikit.pahalanya sekali bangun malam bersamaan dengan 1000 rakaat.yang fardu ni pun agak2 sampai tak 1000 rakaat kita buat?ya Allah permudahkan aku untuk aku bangun malam.inilah bekal kita di alam kubur nanti.solat malam inilah yang akan jadi lampu kubur kita.makin rajin kita bangun makin teranglah kubur kita.

lagi satu sedekah.Allah suka hambaNya yang bersedekah tapi Allah lagi suka hambaNya yang miskin bersedekah.sebenarnya duit yang kita sedekahkan itulah duit kita.itulah bahagian kita.kalau kita ada harta banyak pun bila meninggal nanti kita bawak ke duit2 tu semua?duit2 tu bukan dapat kt kita pun.akan jadi hak waris.semua kekayaan kita tinggal.yang kita bawak hanyalah amalam.antaranya amalan sedekah itu.kalau kita rasa bila sedekah kita akan kurang duit tapi yakinlah kalau kita sedekah Allah akan cukupkan duit utk kita malah kadang2 terlebih pulak.kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah

apa yang yus kongsikan ni juga untuk diri sendiri.ingatan utk diri yang sentiasa alpa dan iman yang sentiasa lemah.untuk berdakwah pada orang kena dakwah kt diri sendri dulu.insyaAllah moga kita sama2 dapat manfaat dari ilmu yang sedikit ini

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: