RSS
Container Icon

:.alkisahnya.:

Salam...


Sebelum mula bercerita.. Selamat Pagi Jumaat semua :) moga kita semua berada dalam barakah Allah insyaAllah

OK back to main topic.nak cite alkisahnya 2 3 hari lepas kami berlima; aku,wan,lels,fiza,int as usual lunch ktorg mestila kt terminal kan.

masing-masing dah order makanan tengah2 nak makan tetiba lels bisik 'ko tengok org belakang tu.dia pegi letak nasi dia dlm pinggan kawan dia.banyak giler kut nasi kawan dia tu'.ktorg yg baru nak bukak mulut makan ni xjadi nak makan.duk gosip jap tetiba.pastu lels sambung lagi 'dia nak kenakan kawan dia ke apa.ko tgkla dia siap tekan2 lg nasi yg dia letak dlm pinggan kwn dia tu'

mamat yg lels cite tu duk belakang aku.direct ngan lels n wan.sb tu dorg nmpk.aku pusing la skjp.jeling2 je tgk sapa mamat yg dimaksudkan tu.kebetulan ms aku paling tu dia tgh letak nasi dlm pinggan kawan dia.mmg gile byk la nasi kawan dia tu.

ktorg kt meja tetiba je duk berdiskusi hal mamat tu.lels ckp mst dia letak tu kawan dia xtau n xnk kawan dia tau.sebabnya dia siap tekan2 lg nasi tu so that xdela nmpk cm ada org add on nasi.int plak kata dia bt cmtu sb tkt tumpah since nasi tu mmg membukit tinggi.ktorg sume duk argue hal tu.wan pn kata dia bt cmtu sb xnk bg kawan dia tau.klu x,no point la dia nk tekan2 nasi tu.ala cm kita la.klu nk bg kt kawan mst la kita just letak dlm pinggan dia je kn.xdela nk tekan2.masing2 curious jap.

tgh2 duk argue tu lels ckp aku xsbr nk tgk sapa kawan dia tu.nk tengok reaksi kawan dia.dan dan la setiap org yg lalu kt tepi meja mamat tu sume ktorg aim.sume dah duk 'oh yes' lepas tu 'oh no'.sume dh yes no yes no dah.yes sb rs cm btl dh org yg ktorg aim as his fren tu.tp rupanya salah aim.tu yg jd no blk.tgh duk yes no tu tetiba dtgla sorg mamat ni.brla masing2 'ha ni br btl'.masa ni yg tkg jadi mata2 nye lels n fiza la.sb dorg direct blh tgk.aku n int xleh tgk sb mamat tu kt blkg ktorg.

tgh masing2 duk tahan gelak melihat reaksi mereka berdua sekali fiza kata 'eh kawan dia ckp apsal byk giler nasi aku nih'.ktorg 1 meja tibai gelak tpi dlm nada control la.kang tetiba gelak besar kantoi plak kang.pastu blh plak kawan dia g bg blk nasi tu kt dia.kanon2nya kawan dia tgk nasi dia byk so dia pass kat budak tu..erk faham x?cmnila aku namakan dia si A.kawan dia si B.memula awal2 cite si A letak nasi kt pinggan si B tanpa pengetahuan si B.dia siap tekan2 lg nasi tu so that si B xperasan la yg nasi dia bertambah.but unfortunately si B perasan nasi dia bertambah.dia ckp kt si A nasi dia byk.tp si A bt2 xtau je la.padahal byk sb dia yg tmbh nasi kt pinggan kawan dia si B tu td.bila si B perasan nasi dia byk dia pass kan nasi tu ke pinggan si A.last2 si A pasrah je sb nasi yg dia bg kt B dpt blk kt dia..faham dah ke?

masa ni fiza yg tkg update cite.ktorg punyala tahan gelak tkt dorg perasan.lepas tu masing2 dh ngadap makanan terus lupa kt cite mamat meja sebelah.ending dia xtau apa jadi ngan mereka berdua.sb masing2 syok ngadap makanan.

cmtula alkisahnya.klu bc mgkn cm xklaka sangat.kn imagine sket.tp ms tgk tu mmg kelaka sgt2.ada jugak manusia cmtu ye.huhu

so moral of the story.jgn bt naye kt kawan sndiri.kan dah kena balik.dpt cash plak tu..hehehehe

okla dah nak kul 10.nk start bt keje dah..renung2kan dan slamat beramal..hehe ;)

ppsstt..nape ofis giler lengang harini.sume org cuti ke.erkkkk....

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.happy and sad.:

Salam...

Update early in the morning. First thing that I do when I reach office is updating my blog.sementara tengah panas2 ni kan.nnt dh suam2 kuku tak best plak.

Ye sekarang ni semua rakyat Malaysia tengah bergembira sebab semalam Malaysia menang SEA Game lawan Indonesia.walaupun menang penalti tapi mmg terbaiklah Malaysia mampu bawa sampai kena buat penalti sebab seri 1-1.walaupun Malaysia main agak kureng sketla tapi alhamdulillah at last menang gak.

Semalam memang sakit jantung beb tengok bola.tak senang duduk sepecially time nak buat penalti memang serius seram sejuk diri ni.rasa camnak demam pun ada.tak penah tengok bola sampai rasa cam tu.huhu hebat sungguh penangan bola :P

Dalam bergembira hip hip horeyy petang semalam dalam dekat kul 6 time nak balik dapat call dari number yang tak dikenali.memula tak nak angkat tapi last2 angkat gakla.dengar suara pompuan

Dia: boleh saya cakap ngan yusnida
Aku: ye saya cakap. (dalam ati sapa plak ni)
Dia: ni kak Mira ngan Asrul.. dengar je nama asrul trs rasa cam xsedap ati
Aku: ye kak.ada apa ye?
Dia: ktorg ni kawan Zul dr Xyratex.nk bgtau tadi zul sakit kt ofis.akak dh bwk dia ke hospital.srg dia warded la..
Aku: Ha? dengan nada yg sangat terkejut..warded lagi ke?
Dia: ha'ah.dia sakit sgt td smpi flat dah.ktorg trs bwk dia dtg spital.bla bla bla

masa ni dalam fikiran tak bape nak dengar dah akak tu cakap apa.terus tangan rasa menggigil n seram sejuk.risau sebab tau cemana keadaan dia bila dia sakit.adui tak senang duduk aku dibuatnya.akak tu siap cakap lagi 'Yus relex jgn risau.zul dh msk wad dh.yus blk rumah rehat dl.solat mkn sume.lepas tu br dtg.xyah rushing2 ye'

Ye kak tapi hati saya mmg risau.kelam kabut terus balik rumah dalam keadaan ujan yg sangat lebat.lepas je kak mira call dpt lg 1 call.hubby call bgtau dia warded.alhamdulillah dpt dengar suara dia rasa lega sket.dengar suara dia pn dh ok.

Kebetulan mak metua ada kt sini.blk umah pack apa yg patut.call mak tny nk pegi hospital x.since mak tak ikut so aku call adik aku teman.seb baik dia free.ye la seremban tu jauh la jugak.malam2 sorg takut beb.lgpun umi sendiri tak bagi aku drive malam sorg2.kena ada teman katanya.tu yg call adik jadi teman.

Sampai kt spital terus sambung tgk bola smpila abih.barula gerak blk umah.masa kt spital mmg gegak gempita bilik.seb baik bilik single.nurse pun sporting xhalau kitorg even lepak kt smpi tengah malam.sebab visiting hour smpi kul 9 je.ktorg lepak ramai2 smpi kul 12 kut.huhu

To Harimau Malaya congrats berjaya tumpaskan lawan dan berjaya harumkan nama Malaysia.tambah 1 sejarah manis utk malaysia

Paling penting to my hubby.get well soon dear.moga lepas ni hubby dh tak sakit dah.saya risau tau..harini half day je tgh hari nak g spital jumpa buah ahti.duk office pun hati tak keruan.takleh focus bt keje

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.hujan.:

Salam...


Hujan sangat lebat.as usual resultnye astro mmg xde signal langsung.bosan menyampah dengan astro.

So here I am blogging.baru je plan nak kuar beli barang2 sket.tapi dah hujan lebat cenggini gayanye.dengan guruh kilat segala bagai.xde maknanya den nak kuar.

Hujan2 camni klu kt kg best nih.blh mkn ubi kayu panas2 ngan kelapa parut.wow mabeles.

Nak tido br sdh mkn.mn blh tido.xmo dah ternak lemak nih.berazam utk kuruskan badan.dh turun 2 kilo.6 kilo more to go...hehe

Wasalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.sapa jaga sapa.:

Salam...

Ingat tak entry semalam aku cakap ada something happen masa kt hospital.maybe ada yang dah tau.

Ceritanya husband aku kan masuk wad ari selasa pagi.tgh harinya aku balik umah jap.then datang spital balik.nak jadi cerita pn yusnida ni mana boleh sejuk.alegik ngan sejuk.bilik tu sangat sejuk okey!

Maka bermula episod batuk tak henti2.dahla lupa bawa sweater.tak pasal2 mr husband berkorban bagi jaket dia kt bini dia yg dah batuk2 tak keruan ni ha.alhamdulillah ok sket lepas pakai jaket.

Ingatkan dah okla.malam tu mau dia bt hal lagi sekali.kalini rasa sakit sangat kt dada sampai hubby pun dh tak keruan tengok bini dia batuk tak henti2 sakit dada segala bagai.kebetulan plak masa tu la mak call.mak a.k.a mak metua.xpasal mak plak risau dua2 anak menantu dia sakit.xtaula dia cite apa ngan hubby sb aku dah takleh ckp dh ngan mak.mak call phone aku tp anak dia plak yg angkat.tu yg mak tau tu.

Dah aku macam tak keruan siap muntah sume hubby trs pggl nurse.nurse kata trn bawahla check.sekali kn gak trn bawah siap naik wheelchair laagi.haha.terbaik pagi tu hubby naik wheelchair.malam wife dia plak naik wheel chair.masa kt A&E lama la jugak tunggu dr.dan suasana kt situ panas.automatically aku pn dh kurang la sakitnya.masa tu rasa cam nak je ckp saya dh ok dh.xyah jumpa dr la.tp alang2 dah ada kt situ tadah je la.

BIla dr dtg dia check.katanya xde kesan astma kt paru2.mmg aku sendiri pn xde rasa cm kena asthma.dr check perut.dia ckp ni kesan gastrik.tp aku pelik sebab aku xde rasa sakit.hubby pn ckp kt dr tu wife saya xde plak sakit perut.dr kt mmg even tak sakit tp batuk2 aku sebab angin dlm perut banyak sangat.last2 kena injection.aku taknak tapi terpaksa.masa ni hubby dah ok dah.dia cm bosan duk tunggu dr siap jalan2 lagi.sume nurse kt situ tanya dia warded ke sebab nampak kt tangan dia ada jarum drip.dia kata ha'ah warded pagi td masuk.malam ni wife plak yang kena.

Masa tunggu nurse siapkan ubat2 utk inject hubby dtg duk sebelah.pastu dia senyum n cakap sapa jaga sapa ni.hehe.aku yg tengah sakit terus tergelak.kalaka plak bila dia ckp cmtu.betul juga ckp dia.aduyai biasala kata sehati sejiwa.sorg sakit yg sorg lagi mesti akan kena tempiasnya kan.huhu dan dan cover :P

Masa nak cucuk jarum drip tu pn 1 hal jugak.aku tau dah nurse mgm ssh klu bab2 nak cari urat kt tangan aku ni.biasanya klu kena inject mmg ssh nk cari urat.tepuk punya tepuk tangan aku ni jumpa la jugak uratnya.sekali dia masukkan jarum.aku mmg tak tengok sebab mmg jenis yg takut jarum.tapi aku dengar dia ckp adui tak masuk la plak.masa tu mmg rasa kt tangan dia duk nk kuarkan jarum tapi xdapat.punyala sakit.adoi aku tahankan aje.diam je sorg2.sekali hubby tgk hubby kata kena amk darah jugak.nurse tu cakap saja amik prepare incase dr nak.dalam ati aku dah cm apa kes xpenah2 gastrik dr nk check darah.bl jarum dah kuar dr tangan aku,aku tengok dia tengah lap darah kt tangan aku.glove getah dia kt ujung2 jari dah jadi kaler merah dah.adui ni mesti darah kuar banyak ni.

Then dia tkr plak ke tangan kiri.cari2 xjumpa jugak.last2 inject kt lengan.barula dapat.xpasal2 kiri kanan kena inject.baring jap kt situ bila dah ok baru kuar amik ubat.since masa turun tadi aku turun ngan wheelchair so naik pn ngan wheelchair la.memula taknak naik sb aku dh ok tp hubby kata xkn dia nk tolak wheelchair kosong.alang2 naik je la dia tolak.aku tibai gelak je.mana taknye rasa cam tgh main tolak2 je.tambah2 plak aku mmg dah tak sakit naik wheelchair.

Elok je naik sampai tingkat 4 hubby kata dia lapa n decide turun balik g restoren seberang jalan makan.masa tu dah kul 11 malam dah.haha mmg bt keje giler.pesakit kuar spital semata2 cari makanan.balik je dr makan nurse cari laki aku sb nk amk bp.nurse ckp suppose kn sign form klu nk kuar.incase ada apa2 sng nurse tau mana pesakit pegi.

Dalam tak best kena inject ada yang bestnye.dr kasi mc 2 hari yeay!!!mak suka okeh!!tak penah aku g klinik sb gastrik dpt mc 2 hari.selalunya sehari je.sebelum tu dr tanya nak mc br hari.aku takut2 nk cakap 2 hari ckp je la sehari.baikla katakan.hehe.dr plak ckp kt aku cukup ke sehari.saya bg 2 hari la.aku apa lagi angguk aje la.rezeki beb.jangan tolak :P

Alhamdulillah sekurang2nya save dah cuti aku 2 ari jaga hubby.kira minggu lepas aku EL 2 hari MC 2 hari.

Aku sakit ari selasa kan.ari rabunye terus kena cirit birit.xtau kenapa .mungkin sb aku minum susu coklat kut.klu xsilap org gastrik xleh mium susu.yeke aku pn xsure.sb jarang minum susu time sakit.tu yg malam tu trs hubby suh aku blk tido rehat kt umh.katanya awak duk spital asik sakit je.balik umahla rehat.huhu.apala hubby ni.baru nak manja2 sket time sakit :P

Cenggitula kisahnya aku kt spital.okeh dah abih lunch hour sambung buat keje.babai

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.berkampung di ward.:

Salam...

Tahun ni merasa beraya di rumah mertua.hari raya haji aritu balik beraya kt Manjung.biasa2 aje.mgkn sb raya haji.betul la org kata raya kt kelantan lagi meriah.dulu bila org ckp cmtu dalam hati tertanya betul ke meriah.rasa cam xdela meriah sangat.tapi bila merasa sendiri.yup kt kelantan mmg meriah.even family kami xsambut dgn meriah sgt2 tp still rasa menyambut hari raya

Okla bukan nak cite pasal raya.tu selitan je.al kisahnya balik dari kampung hari isnin.so plan hari selasa nak keje la.pagi2 buta tu time subuh tetiba adik call suh amk dia kt putrajaya sentral.pulak dah.dlm kul 7.30 gerak la g amk dia.smpi umah dah kul 8.br nk rushing mandi2 siap nk g keje

Elok je masuk umah terkejut sebab bekas ubat bersepah kt ruang ramu.ubat2 merata2.dalam hati apa plak la hubby buat ni smpi bersepah bekas ubat.sebelum g amk adik dia tido kt bilik lain.alih2 masuk blk lain plak.letak kunci kete atas meja makan baru niat nk tanya dia.tetiba dia panggil.suara lain macam je.terus gegas masuk bilik.terkejut tengok dia tengah terbaring kesakitan.

Dia cakap sakit datang balik n srh pn wife dia bwk g klinik.aku dh gelabah sebab tak penah tgk dia sakit n tak penah ada dalam situasi cmtu.huhu.ok2 relek cool down...tarik nafas.dahla masa tu pakai mmg sangat selebet sb ms g amk adik xde kuar kete.janji ttp apa2 yg ptt je.tp sb panic punya pasal xsmpt salin baju apa dah.terus gerak g hospital.memula dia nk g klinik depan umah je tetiba tkr pg hospital.seb baik otak aku cepat fikir hospital KPJ yang terdekat.luckily aku tau tempat tu ktne.alhamdulillah

Dari rumah aku nak ke hospital KPJ Kajang tu dlm 10-15mnt je tapi aku rasa ya Allah lama giler nak sampai.rasa cm nk marah sume kete yg lembab2.tengok dia menggelupur tahan sakit kt sebelah adui menangis beb.tapi dalm ati je la.cover2...

Sampai hospital terus g A&E.tunggu doctor xdela lama.dah lepas jumpa doc,nurse ckp kn warded.masa ni hubby kt atas wheelchair.nampak dia sangat tak selesa.ye la sakit kut.aku plak yg cuak tgk dia.dr dah jab pain killer pn xjalan.pains till not go.pastu tgu la utk admit.punyala lama.time ni nurse bawak g 1 bilik suh dia baring smbl tgu registration utk wad settle.serius aku taktau nak buat.dia baring pn tak diam.kejap pusing kiri kejap pusing kanan.masa ni dah rasa cm apa je.punyala lembab nk settlekan hal admission.time tu ada prob sket ngan insurance, tp yg buat aku rasa nak marah sebab dorg bukannya nk dtg tny aku.seb baik la aku g tanya kt kaunter dah settle belum brla dia explain masalah tu.sebbaik nurse tu preggy.klu x,mmg dh kn dh ngan aku.laki aku tgh sakit blh plak dia duk relek.2 kali plak tu.mau x angin.

At last settle gak.mau dekat sejam rasanya baru settle.dah naik atas hubby still sakit.dia mnt nurse tambah pain killer.nurse ckp xleh tmbh sb takut overdose.then da bg panadol je.masa dia nk bg tu punyala dia explain panjang.katanya ni ubt yg plg rendah dosenya.pastu apa lg ntah bla bla bla.sklai masa hubby nk mkn hubby tny nurse tu.ni panadol ke?nurse tu teraga2k jawab ha'ah.hahaha hubby pandang aku.masing2 senyum.lepas nurse tu kuar.ktorg dua2 gelak.kemain lg bercerita panjang lebar.ckp je la ni panadol kan abih cite.huhu.macam2

Alhamdulillah tak lama lepas tu huby pn dh nmpk ok.dah blh tido ngan lena.then dr dtg bgtau dia suspect stone but since bt ultrasound xnampak kn bt ct scan.masa ni insurance tak approve lg.kn tgu insurance approval baru blh proceed.bl dr dh kuar n nampak hubby pn dah ok aku cabut blk umah jap amk apa2 yang patut.

Lepas dah blk dr umah masa kt spital.masa ni dalam kul 4 cmtu la.dr dtg lg skali n tanya pasal ct scan.nurse cakap takleh proceed sb insurance tak settle lg.masalahnya hubby dh dpt approval sms dlm kul 3 lbh lg.yg aku heran nurse cam xpeduli je.dia xtau pn insurance dah approve.bl hubby cakap barula dia kt nnt dia check.tak pasal2 kn sound ngan dr.dr nak scan haritu jugak n its already 4 o'clock.

So malam tu bermalam la aku kt spital.seb baik dpt bilik best.blhla tido dgn amannya.masuk hari kedua request blk lain sb insurance cover utk bilik yg rm20o je.since blk 200 sume penuh ktorg duk blk 300.additional 100 kn byr sndiri la.bl dh pindah blk 200 mmg sgt beza ngan blk 300.xde sofa panjang utk tido.ada sofa yg 1 seat tu je.malam tu tidola aku dalm keadaan tak selesa.tiap kali gerak mesti bunyi smpi hubby pn takleh tido.last2 dlm kul 3 blh cmtu dia kejut suh tido atas katil.switch ngan dia.dia plak tido atas sofa.huhu sape ntah yg sakit.nak tido 1 katil segan tkt nnt tetiba nurse masuk tgk ktorg tido gaya pelik2.aku ni bkn blh kira.klu tido mst nk kena peluk something.maunye tgh2 tido g peluk dia n nurse masuk.tak ke kantoi..malu ia beb.even dah sah tp agak2la spital kut..huhu

Malam ketiga n ke empat hubby suh aku blk tido kt umah sb dia xsmpi ati tgk aku xselesa tido.lagipn dia dh sihat so okla utk tinggalkan dia malam2.dia pn dh xsabar nk kuar wad.bosan katanya.makanan tak best.

Yang jadi lama kt wad sb doctor nak make sure stone tu betul2 dh resolve.if not then somebody has to take it out la.aku dengar dah cuak dh.harap2la hubby xsmpi kn operate.alhamdulillah akhirnya ri sabtu dah boleh discharge.igtkan ari jumaat dah discharge tapi sb dr dtg bt round ward lmbt.so kn la extend lg sehari.

Pengalaman pertama berdepan dengan hal2 cmni.sebelum n mmg xpenah.dalam family aku xpenah ada yg admit wad.aku je pecah sejarah penah admit skali.seb baik ada hosmet yg jaga.tu pubs eb baik 2 mlm je.klu xkesian kt hosmet.blk keje kn dtg spital teman aku.thanks ye kawan2.

Harap2 lepas ni hubby dh tak sakit.serius tak sanggup tengok dia sakit.sebab dia xpenah sakit.sekali kena rasa cm cukupla.xsanggup nk tengok dia kesakitan.sedih sangat.nak tolong taktau cemana nak tolong.klu sakit kepala tu blhla jugak tolong picit.sakit camni tak tau cemana nak tolong.huhu

Begitula ceritanya holiday kami di hospital.hehe

To my lovely hubby.lepas ni xmo sakit lg ye.jaga diri elok2.yus sedih bila hubby sakit.

Baru perasan entry ni panjang.tapi rasanya mmg treadmark aku la taip entry panjang2.huhu

Wassalam...

ppstt...masa kt spital ada 1 hal lg yg berlaku.next entry ok :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.2.46am.:

Salam...


Yes as per title now my clock time shows 2.46am and amazing im still awake.

Kepala sangat sakit dan sangat ngantuk tapi tak lena.makin dipaksa pejam makin sakit kepala.aduyai tolongla esok mau kerja.

So here I am end up updating blog early in the morning while everybody is peacefully sleep..hhmmmm

I need to sleep. Please....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.Yeay Berjaya.:

Salam...

Ye sambungan dari entry sebelum ini.yeay experiment berjaya.mungkin orang lain dh tau tapi saya lambat sket.maklumla saya ni mmg xreti bab2 ni.pastu plak tak terfikir pun pasal ni.lepas ni rajinla saya update blog.sebab sebelum ni nak update kt umah mmg sgt malas.bukan apa kt ofis 9-6 dah ngadap benda alah ni.so bila balik rumah rasa taknak sentuh dah pc.rasa cam nak lepak2 tengok tv sambil tunggu mata layu.

Okla back to the point.alkisahnya tadi tengah2 duk surf blog tetiba mata ternampak bilangan post untuk tahun ni.baru perasan tahun 2011 ni baru ada 33 post.sangat sket ok.nampak sangat perangai berubah sejak jadi isteri orang ni.huhu.saje cari alasan.tapi memang betul pun.sejak kawen ni taktau la kenapa rasa nak update blog tak berapa nak ada.

Ye la.weekdays balik rumah macam yang kat atas la.dah malas nak ngadap pc.rasa nak ngadap benda lain plak.pastu biasala buat kerja umah sket2 settlekan apa2 yang patut.ujung minggu plak ofkosla masa untuk mengemas rumah.even takdela nak kemas sangat pun.bukannya ramai pun duk kat umah tu.2 orang je pun.tapi taktau la kenapa.tambah2 sejak pc berubah tempa kat dalam bilik lagi la jarang on pc.sampaikan setiap kali nak guna pc mesti kena bersihkan habuk kat keyboard.sampai camtu sekali.tak pun on laptop hubby je.sebab laptop dia kt ruang tamu.leh on sambil tengok tv.

Itula sedikit sebanyak faktor2 blog ni jarang berupdate.tuannya dah malas nak ngadap pc yang kat dalam bilik tu ha.klu on pun sebab nk update antivirus je.tak pun nak downlaod cite.tu pun download je tapi tengoknye tak.huhu.pelik betul perangai makcik sorg nih.

Tapi skrg ni since dah boleh update kt office akan cuba diusahakan untuk update sekerap yang mungkin.time2 bosan takde keje bolehla update blog.cam harini kebetulan saya puasa.so lunch hour diisi dengan update blog..hehe

Okla benti dulu ye.jumpa lagi..daaa..

Wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.testing 1 2 3.:

Salam...

Testing update blog kt office..tgk jadi ke x

sebelum ni xleh..pastu adala sket bt trick.so now nk tryla.klu setakat blogspot sume tu dh lepas.xyah gn proxy dh.

let see the result :)

Bismillah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.Cream De Fruta.:

Salam...

Aritu masa tengah bosan-bosan kt office sambil2 blog hopping terjumpa satu blog masakan ni.tgk masakan dia teruja nak try buat sebabnya sume best2 dan senang nak buat.setiap resepinya dia akan letak sekali ngan gambar bahan2 yg diperlukan as well as step by step nak buat satu2 masakan tu termasuk gambarnya skali.so kita yg xpenah bt ni rasa cam confident sket nak try.klu agak2 tak faham tengok gambar gerenti faham.

Since saya ni jenis yg suka masak western lbh dr masakan tradisional maka blog ni sangat2 sesuai dgn selera saya.dan saya sangat teruja untuk mecuba setiap resepinya cumanya kena try 1 sebulan je.sebabnya tau2 je la masakan barat ni especially dessert2 dia banyak guna cream cheese.nak beli cream cheese selalu rabak poket beb! mahal tau cream cheese.

Ni resepi bulan 11 yg saya baru try.nama dia Cream De Fruta atau Fruit Cream.Pelik kan nama dia.saya pn terbelit2 lidah nak nyebutnya.kata tuan punya blog ni resepi asal from Philippine.sebab tu la nama dia pelik sket.

Komen saya resepi ni mmg sgt2 senang nak buat.smbi tgk tv pn blh siap.xsmpi 15 minit.cumanya saya ikut resepi asal dia sebiji2 dan hasilnya sedap sangat tapi agak manis.pada tekak saya la.mungkin lepas ni klu nak bt lg skali kena kurangkan sukatan susunya.

Okla taknak bebel banyak2.tengok la ye hasilnya. Ops sebelum terlupa.sapa2 nak try blh la jenguk blog dia.resepi Cream De Fruta ni saya amik kt sini.



Ni yang dah siap dibuat.sebelum dimasukkan
ke dalam fridge utk disejukkan semalaman.



Ni la hasilnya selepas disejukkan semalaman.
kebetulan plak saya puasa.mampu telan air liur je la.


Ni plak hasilnya bila dah potong.masa ni potong utk bg ofismate rasa.
masa tgh potong tu hampir2 dh nk jilat jari.seb baik teringat tgh puasa.huhu


Ni lagi 1 sudut yg dlm loyang.saya guna loyang yg blh bukak tepi tu.sng nk potong.
cam tuan blog tu cadangkan.

Dah sudah menjamu mata.terliur tak semua?nk try?buatla sndri ye.hehe.gerenti sapa yg tak reti masa pn confirm blh buat.mmg sgt2 senang.tp dgn syarat kn follow aturannya la.xfollow tak jadila.hihihi

Ok sekian utk kali ini.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.request from silent reader.:

Salam...

Saya baru tau rupa-rupanya blog saya ni ada silent reader.ingatkan takde org baca blog saya.saya juga igt hanya kawan2 dekat je yg tau kewujudan blog ni.tu pn bkn sume baca rasanya.xde benda best pn utk dorg bc.banyak merapu je

2 3 ari lepas ada sorg junior saya ping saya kt fb.tgh2 duk tanya kabar sembang sket2 psl dia tetiba dia tanya 'nape akak dh lama xupdate blog'.erk saya salah baca ke apa?terkedu jap tetiba dia tanya psl ni.bkn terkedu sb xsuka.tp terkedu ada gak org yg sudi bc blog ni.rasa malu pn ada sb blog ni mmg byk yg merapu.dia siap ckp lg 'nnt akak update blog ye.saya nk baca'..hehe

Buat silent reader saya tu.nah akak dah update.siap buat special entry untuk awak lagi ni ha.akak update semata-mata sebab awak requesy tau.update kt phone lg ja.ssh tau nk taip dgn screen kecik nih.hihi saje bg alasan ye.padahal malas nk on laptop.haha buruk perangai betul la pn yusnida ni.

Okla ni enty pendek saya untuk silent reader saya.harap kamu puas ati dpt bc update dr akak ye.peace ^_^

ppstt...pendek ke entry ni.rasa cm xdela pendek sgt.mmg xreti la nk bt entry pendek2.walaupun terhegeh-hegeh menaip kt hp ttp kena panjang entry nya..huhu

Ok2.kn dh ckp melalut je kejenye.yea2 ni last.betul2 nak stop dh ni. bye

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS