salam...
semalam on the way ke tempat kerja, dengar ceramah pagi jumaat kt IKIMfm.tajuknya tentang 'Oh ibu'. drive smbl dengar ceramah, meleleh-leleh ayaq mata ni kuar.
sambil dengar ceramah aku cuba reflek dengan apa yang aku telah lakukan sebagai seorang anak kepada mak aku.banyak yg aku nk kongsi kt sini
ustazah tu ada bgtau pengalaman dia sendiri berdepan dengan ibu mertua.husband dia orang kelantan mungkin sebab dia cakap kalau balik umah mak metua kt kelantan.ibu mertua dia dah meninggal dunia.dia cerita masa arwah ibu masih ada, ibu mertua dia akan tunggu mereke sekeluarga sampai depan pintu.walau tengah malam,mak dia tetap setia menunggu kepulangan anak menantu.penah sekali mereka sampai lambat dalam puul 2 pagi.sampai2 je mak metua dah tunggu dah depan pintu.lepas masuk rumah terus dibawa ke meja makan.hidangan dah siap dihidang.tnuggu makan je.beg2 baju semua mak suruh adik2 ipar yang angkut naik.memang dilayan seperti raja.masa ibu masih ada,mereka tak terasa sangat.tapi bila ibu sudah meninggal,memang sangat terasa.bila sampai kg,mereka sndiri yg akan bkak kunci rumah,masak sendiri.masa sampai rumah kosong,bila balik pn rumah kosong.masa ni la baru mereka rasa ya Allah bertuahnya pada sapa2 yg masih mempunyai ibu.
masa ustazah tu bercerita, aku dh memang leleh dh teringat umi kt kg.teringat pengorbanan umi selama membesarkan aku.
lg 1 cerita,ustazah tu ckp,dia penah pegi satu rumah ni.mak dia kena strok.tapi yg buat ustazah ni rasa terharu,anak2 ibu ni seramai 4 orang, mereka bergilir2 menjaga ibu yg sedang sakit.sepanjang ustazah kt rumah tu,xpenah nampak ibu tu baring atas bantal.kesemua anak2 ibu bergilir meriba ibunya.bergilir meletakkan kepala ibu atas ribaan masing-masing.dalam masa yg sama mereka berguru senda dengan ibu.tenang hati melihat ibu ketawa walau tengah sakit.ya Allah andainya perkara itu terjadi pada aku,mampukah aku untuk berbakti sebegitu sekali pada ibuku.masyaAllah betapa bahagianya ibu itu melihat anak2 yg dididik sejak kecil berbakti padanya.sekali lagi airmataku mengalir
juga kisah yg ustazah tu cerita, pada zaman nabi SAW ada seorang sahabat.dia begitu setia melayan ibunya.dalam apa jua hal dia tak pernah membelakangkan ibunya walaupan dengan isteri atau anak2nya.ada satu ketika,sahabat baru pulang dan dia melihat ibunya masih belum makan.dia terus bergegas masak untk ibunya.sesudah masak dia tunggu ibunya bangun untuk bagi ibunya makan.pada masa yang sama, anak2 kecilnya menangis kelaparan.menangis meeminta diberikan makanan kerana lapar.tapi sahabat ini berkeras untuk tidak memberikan makanan pada anak2nya yg sedang menangis kelaparan kerana ibunya masih tidur dan belum makan.masyaAllah sampai tahap tu sahabat memuliakan ibunya.sanggup mengenepikan anak2 yg kelaparan demi ibu tercinta.
cuba kita fikir, samakah kita dengan sahabat itu?kalau kita rasanya tak kisah untuk memberi anak kita makan sambil menunggu ibu kita bangun.even dalam hal lain,kadang2 kita agak berkira.nak bg duit lebih sket utk ibu pn berkira.takut kita xcukup duit nak belanja sepanjang sebulan.ingatlah kalau kita ikhlas demi ibu kita, insyaAllah Allah permudahkan segala2nya bt kita.mungkin kita rasa kita akan kekurangan duit kalau bg lebih kt ibu tp igtlah Allah Maha Berkuasa.yakinlah pada Allah.ya Allah banyak lagi perkara yagn aku masih tak lakukan pada ibuku.masa semakin singkat ya Allah tapi aku tetap ditangga yang sama.aku masih mendahulukan perkara lain berbanding ibuku.ya Allah berikanlah kesempatan padaku.airmata masih lagi berjujuran
ustazah juga ada bgtau.semasa zaman nabi SAW ada sabahat bertanya pada nabi.dia melihat sahabat lain mendukung ibunya untuk mengerjakan haji.ya Allah kalau kita fikir sanggup ke dia nak dukung seseorang semasa melakukan haji?dengan orang ramai yang bersesak-sesak,dengan keadaan yang kelam kabut.beratnya mendukung ibu.dilihat dengan mata kasar,besarnya perngorbanan anak itu sanggup bersusah payah mendukung ibunya untuk melakukan haji.sabaht in bertanya ya Rasulullah adalah ini cukup untuk membalas budi ibu selama ini?apa jawapan nabi SAW?nabi jawab langsung tidak.perbuatan itu masih lagi belum mampu untuk membalas 1 hembusan nafas ibu membesarkan kita
sama2 kita fikirkan.dari kecil sampai kita besar,berasa banyak dah ibu kita bernafas.peristiwa besar macam tu masih lg belum mampu membalas walau 1 hembusan nafas ibu.ya Allah betapa banyaknya jasa ibu terhadap kita.betapa banyak kita terhutang budi dengan ibu kita.berilah harta bergunung ganang,masih belum mampu untuk membalas jasa ibu membesarkan kita.airmata masih belum berhenti mengalir.
duk muhasabah diri sendiri rasa cam selama ni apa je yg aku lakukan demi untuk ibuku sendiri.kadang2 aku terlebih pentingkan diri sendiri dari ibuku.ampunkan dosa-dosaku ya Allah
kepada semua yang masih mempunyai ibu,hargailah ibu kalin sementara beliau masih hidup.kepada yang merantau,rajin2kan diri telefon ibu di kampung bertanya khabar.jangan sampai ibu yg telefon kita dahulu.
kepada ibu tercinta Fatimah Hassan Selamat Hari Ibu UMI.terima kasih kerana jasa umi membesarkan kak.love u so much umi.kepada ibu mertua Robiah Mohamad Selamat Hari Ibu Mak.terima kasih kerana sudi terima yus sebagai menantu mak.love u so much mak
kepada semua ibu2 di dunia selamat hari ibu.terima kasih kerana sidu membesarkan kami anak-anak...
wassalam...
:.Oreo Milkshake.:
11 years ago
2 comments:
like :)
like jugak :)
Post a Comment