RSS
Container Icon

:.bukit cerakah shah alam.:

salam...

walaupun dah bertahun-tahun menjadi warga kota nih.tapi bukan sume tempat aku dah pegi.buktinya bekit cerakah shah alam ni belum pernah aku jejak ye...huhu

semalam bersempena dengan cuti-cuti malaysia en hubby ajak pn bini dia ni pegi bukit cerakah.apa lagi tersenyum lebar le pn bini.maklumla teringin nak pegi sebelum kawen lagi tapi hajat tak tercapai.bagus jugakla sebenarnya..ye la sebelum kawen faham2 je la ada batasnya.ni dah kawen nak angkut pegi mana2 pun boleh.dah halal kan...

so pagi semalam ktorg gerak la pegi shah alam.memula pg breakfast dulu.xtau seksyen bape sb hubby yg bawak.melantak roti canai sampai 2 keping.aku pun terkejut sampai 2 keping aku order.sampaikan hubby tanya abih ke makan roti canai tu.dengan confident je menjawab 'abih' sambil tersenyum...

dah abih makan ktorg pun gerak ke bukit cerakah.sampai sana dalam kul 10 kut sb tak tengok jam masa tu.memula plan nak naik basikal tapi tengok2 orang beratur punyala ramai.tak jadi nak naik basikal so ktorg decide jalan je.kang penat nnt naikla tram dia.jalan punya jalan sampai 1 simpang hubby kata jom kita pegi menara sapu tangan.kt menara ni blh nampak seluruh bandar shah alam.bini dia yang tak tau apa2 ni ikut je la.

masa mula2 tu dah rasa cam pelik je sebab rasa cam jauh je kena jalan.tapi teruskan je la.punyala jalan sampai dah penat2 dah semput dah tak sampai2 jugak kt menaranya.bayang2 pun tak nampak lagi nih.takpe2 dah nak dekat dah kut.memang penat sampai 2 3 kali gakla benti.atlast sampai jugak kami kt checkpointnya.ingatkan tu dah area menara dah rupa2nya.....nampak signboard bukit sapu tangan 1.8km.aduyai jauh lagi ke.tapi hubby kata alang2 dah sampai redah je la.kalini memang betul2 panjat bukit.even jalannya berturap tapi mak aih dugaan dia hebat betul.jalan2nya sangat2la curam.sangat2 mendaki.sampai 1 tahap mmg dah give up sb penat yg teramat dah tapi paksa diri jugak sebab hubby still nak naik.dengan susah payah sampai la jugak kami kt puncaknya.memang nampakla 1 bandaraya shah alam.

dah abih rehat bagi ialng penat kitaorang pun gerak turun.masa tu tengok jam kul 11.30.bayangkan kitaorang sampai dalam kul 10 lebih kurang kul 11.30 sampai kt puncak.memang lama berjalan.masa nak turun ni la challenge baru bermula.nak turun lagi seksa deari nak naik.punyala sakit kaki sebab jalan sangat2 curam jadi kena sangat berhati-hati takut tersadung memang tergolek sampai bawah la.masa turun ni klu curam sangat lari je sebab kalau jalan memang sakit sangat kt kaki.sampai kt kakai bukit dalam kul 12.setengah jam amk masa nak turun.kul 12.30 ktorg selamat keluar dari kawasan bukit cerakah tu.

memang penat yang teramat sangat.dahaga air sangat2 sampai tak rasa lapar.lunch tu dengan pakaian tracksuitnya ktorg pegi the curve hubby belanja makan manhattan..best ada orang belanja.thanks hubby moga murah rezeki hubby.boleh pn bini tumpang sekaki lagi..hehe.lepas sudah makan sume gerak balik sampai umah kul 5.30.terus mandi and solat asar.penat punya pasal sampai nak tido pun tak ngantok.baring je tengok tv.

harini penangan panjat bukit semalam dua2 sakit 1 badan.nak solat punya susah.nak duk bersila pn sakit.kena luruskan kaki je.macam2 rasa ada.nak demam pun ada.mana taknya dah lama tak exercise tetiba sekali kena amik nak.terus extreme.huhu

bulan depan hubby ajak pegi lagi.tapi kalini hubby nak main skytrek plak..hhmm harap2nya takdela gayat sangat.haishh susah orang ada penyakit gayat ni.takleh tinggi..

nak rehat dah.penat dah kaki nih.

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.progress.:

salam...

aritu ada cite pasal cross stitch kn?beberapa minggu yang lepas dah bermula project stitch kusyen.punyalah semangat duk ngadap tiap2 malam.ujung minggu pun takde dah tengok tv.duk tengok lubang2 XS ni je.sungguh gigih puan yusnida menyiapkan XSnya

nak jadi cerita dah pening2 menengok dan membilang lubang2 sampai pening buntang mata2.tetiba perasa kenapa cam xsama je.daun dia pn cam pelik je.punyala celik mata kira bilangan dia berkali2.rupa2nya salah bilang daaa..adoyai dah silap..hhmm xpe2 skit je blh adjust ni..

continue lagi buat bahagian bunga plak.jaiht punya jaiht aik salah lagi ke...aduh!!!pening gue.gi mana nih.hhmm kali ni mula takde mood sb dah banyak yg kureng.fikir punya fikir.rasa2 cam kena alter ni.kena buka balik yg dah jahit n jahit lagi sekali ikut kiraan yg betul.

TAPI ada tapi yang sangat besar..dah banyak masa yang abih duk ngadap XS tu.benang pun banyak yang dah abih.dahla benang dia mahal.hmm lepas di ambil kira dari segala aspek.lepas tanya pendapat sifu.lepas tambah tolak darab bahagi terpaksarela buka balik jahitan.nk buka jahitan tu dah amk masa 2 malam.seb baik ada benang yang masih boleh diselamatkan.boleh la reuse benang tu.

mula dari semalam ngan harini gigih menjahit kembali benang2 itu.alhamdulillah kalini pua hati dan setakat ni xde lg la yg salah.barula nampak elok daun tu.bunga pun nampak dah nak jadi kelompok dah.

susah jugak rupanya buat XS ni.patutla kalau yg dh siap tu deme jual mahal sebab susah beb!ingat senang ke nak menatap lubang2 tu.makin kecil lubang makin susah nak tatap.

tak sabar nk tunggu siap.nnt yus tempek gambo progress pembuatan Xs ni ye.gambo ada lam hp malas nk trasfer..huhu

wassalam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.hari ibu:.

salam...

semalam on the way ke tempat kerja, dengar ceramah pagi jumaat kt IKIMfm.tajuknya tentang 'Oh ibu'. drive smbl dengar ceramah, meleleh-leleh ayaq mata ni kuar.

sambil dengar ceramah aku cuba reflek dengan apa yang aku telah lakukan sebagai seorang anak kepada mak aku.banyak yg aku nk kongsi kt sini

ustazah tu ada bgtau pengalaman dia sendiri berdepan dengan ibu mertua.husband dia orang kelantan mungkin sebab dia cakap kalau balik umah mak metua kt kelantan.ibu mertua dia dah meninggal dunia.dia cerita masa arwah ibu masih ada, ibu mertua dia akan tunggu mereke sekeluarga sampai depan pintu.walau tengah malam,mak dia tetap setia menunggu kepulangan anak menantu.penah sekali mereka sampai lambat dalam puul 2 pagi.sampai2 je mak metua dah tunggu dah depan pintu.lepas masuk rumah terus dibawa ke meja makan.hidangan dah siap dihidang.tnuggu makan je.beg2 baju semua mak suruh adik2 ipar yang angkut naik.memang dilayan seperti raja.masa ibu masih ada,mereka tak terasa sangat.tapi bila ibu sudah meninggal,memang sangat terasa.bila sampai kg,mereka sndiri yg akan bkak kunci rumah,masak sendiri.masa sampai rumah kosong,bila balik pn rumah kosong.masa ni la baru mereka rasa ya Allah bertuahnya pada sapa2 yg masih mempunyai ibu.

masa ustazah tu bercerita, aku dh memang leleh dh teringat umi kt kg.teringat pengorbanan umi selama membesarkan aku.

lg 1 cerita,ustazah tu ckp,dia penah pegi satu rumah ni.mak dia kena strok.tapi yg buat ustazah ni rasa terharu,anak2 ibu ni seramai 4 orang, mereka bergilir2 menjaga ibu yg sedang sakit.sepanjang ustazah kt rumah tu,xpenah nampak ibu tu baring atas bantal.kesemua anak2 ibu bergilir meriba ibunya.bergilir meletakkan kepala ibu atas ribaan masing-masing.dalam masa yg sama mereka berguru senda dengan ibu.tenang hati melihat ibu ketawa walau tengah sakit.ya Allah andainya perkara itu terjadi pada aku,mampukah aku untuk berbakti sebegitu sekali pada ibuku.masyaAllah betapa bahagianya ibu itu melihat anak2 yg dididik sejak kecil berbakti padanya.sekali lagi airmataku mengalir

juga kisah yg ustazah tu cerita, pada zaman nabi SAW ada seorang sahabat.dia begitu setia melayan ibunya.dalam apa jua hal dia tak pernah membelakangkan ibunya walaupan dengan isteri atau anak2nya.ada satu ketika,sahabat baru pulang dan dia melihat ibunya masih belum makan.dia terus bergegas masak untk ibunya.sesudah masak dia tunggu ibunya bangun untuk bagi ibunya makan.pada masa yang sama, anak2 kecilnya menangis kelaparan.menangis meeminta diberikan makanan kerana lapar.tapi sahabat ini berkeras untuk tidak memberikan makanan pada anak2nya yg sedang menangis kelaparan kerana ibunya masih tidur dan belum makan.masyaAllah sampai tahap tu sahabat memuliakan ibunya.sanggup mengenepikan anak2 yg kelaparan demi ibu tercinta.

cuba kita fikir, samakah kita dengan sahabat itu?kalau kita rasanya tak kisah untuk memberi anak kita makan sambil menunggu ibu kita bangun.even dalam hal lain,kadang2 kita agak berkira.nak bg duit lebih sket utk ibu pn berkira.takut kita xcukup duit nak belanja sepanjang sebulan.ingatlah kalau kita ikhlas demi ibu kita, insyaAllah Allah permudahkan segala2nya bt kita.mungkin kita rasa kita akan kekurangan duit kalau bg lebih kt ibu tp igtlah Allah Maha Berkuasa.yakinlah pada Allah.ya Allah banyak lagi perkara yagn aku masih tak lakukan pada ibuku.masa semakin singkat ya Allah tapi aku tetap ditangga yang sama.aku masih mendahulukan perkara lain berbanding ibuku.ya Allah berikanlah kesempatan padaku.airmata masih lagi berjujuran

ustazah juga ada bgtau.semasa zaman nabi SAW ada sabahat bertanya pada nabi.dia melihat sahabat lain mendukung ibunya untuk mengerjakan haji.ya Allah kalau kita fikir sanggup ke dia nak dukung seseorang semasa melakukan haji?dengan orang ramai yang bersesak-sesak,dengan keadaan yang kelam kabut.beratnya mendukung ibu.dilihat dengan mata kasar,besarnya perngorbanan anak itu sanggup bersusah payah mendukung ibunya untuk melakukan haji.sabaht in bertanya ya Rasulullah adalah ini cukup untuk membalas budi ibu selama ini?apa jawapan nabi SAW?nabi jawab langsung tidak.perbuatan itu masih lagi belum mampu untuk membalas 1 hembusan nafas ibu membesarkan kita

sama2 kita fikirkan.dari kecil sampai kita besar,berasa banyak dah ibu kita bernafas.peristiwa besar macam tu masih lg belum mampu membalas walau 1 hembusan nafas ibu.ya Allah betapa banyaknya jasa ibu terhadap kita.betapa banyak kita terhutang budi dengan ibu kita.berilah harta bergunung ganang,masih belum mampu untuk membalas jasa ibu membesarkan kita.airmata masih belum berhenti mengalir.

duk muhasabah diri sendiri rasa cam selama ni apa je yg aku lakukan demi untuk ibuku sendiri.kadang2 aku terlebih pentingkan diri sendiri dari ibuku.ampunkan dosa-dosaku ya Allah

kepada semua yang masih mempunyai ibu,hargailah ibu kalin sementara beliau masih hidup.kepada yang merantau,rajin2kan diri telefon ibu di kampung bertanya khabar.jangan sampai ibu yg telefon kita dahulu.

kepada ibu tercinta Fatimah Hassan Selamat Hari Ibu UMI.terima kasih kerana jasa umi membesarkan kak.love u so much umi.kepada ibu mertua Robiah Mohamad Selamat Hari Ibu Mak.terima kasih kerana sudi terima yus sebagai menantu mak.love u so much mak

kepada semua ibu2 di dunia selamat hari ibu.terima kasih kerana sidu membesarkan kami anak-anak...

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.project cross stitch.:

salam...

dulu masa sekolah menengah dulu penah jugak terlibat secara tak langsung dlm hal2 berkaitan cross stitch ni.tp masa tu tgh sekolah.xsmpt sentuh bnd lain.duk sentuh buku je 24 jam.tambah2 sekolah agama lagi la banyak keje.mana nak siapkan homework,mana nk kena hafal apa2 yg ptt.mmg sehari tu rasa sekejap je.lagi pn sekolah mn ada duit lebih.duit cukup2 utk mkn n tambang bas je.klu ada lebih pn bt simpan.

masa tu mkck yus ada buat cross stitch ni tp yus tukang tengok je la.teringin sangat2 nk bt tp sb xckp masa,jeling je la yg mmp.

skrg ni kebetulan plak member ofis ada yg sekepala suka bt cross stitch,so hobi yg dh lama terkubur ni muncul kembali.dulu sekadar tengok je.skrg ni sendiri buat dan merasai susah payah mengira lubang utk jahit kain.

aritu dah buat 1st project.beli kit dia yg kecik.ye la mula2 kenala beli yg kecik dl.agak2 dh ok brla up sket..ye dak??

td tgh hari smpt pg kedai DMC n beli kain as well as benang utk jahit cross stitch ni.tak saba nk start project kedua.kalini buat sarung bantal.tgkla jadi sarung ke x.agk2 malas nk bt bantal,jadikan frame je pn cantik gak.

okla mau start menjulingkan mata membilang lubang kain.status akan diupdate kemudian..babai

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS