RSS
Container Icon

:.cepatnya masa berlalu.:

salam...

cepat benar masa berlalu.rasa cam baru semalam menyambut 1 Ramadhan, pejam celik pejam celik,mingu depan Syawal akan menjelang tiba.macam2 perasaan bertamu di hati.

tak sabar menunggu Syawal.tak sabar ingin pulang ke pangkuan keluarga walaupn baru je balik dari kampung.tak sabar mahu merayakan hari yang bahagia ini bersama keluarga..dalam kegembiraan masih terselit kesedihan.sedih kerana Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Ramadhan tahun depan adakah aku masih berpeluang untuk menyambutnya sekali lagi?

sungguh Ramadhan kalini terasa cepat berlalu.belum puas mengecapi ketenangan malam2 berterawih di masjid.walaupan Ramadhan tahun ini ditakdirkan aku berseorangan di rumah sewa ini namun tak terasa kerana aku sentiasa dikelilingi saudara2 semasa di masjid.memang rasa lain sangat berbuka di masjid dengan di rumah.rasa meriah sangat.rasa bersemangat untuk berterawih setiap malam.rasa rugi kalau satu malam tertinggal terawih di masjid.Ya Allah betapa besarnya kebahagiaan yang Kau beri..syukur Alhamdulillah

moga dipanjangkan umur,moga diberi keizinan untuk merasai kemanisan Ramadhan tahun depan ya Allah...

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: