salam...
hanya padaMu ku bersujud
hanya padaMu ku berserah
Engkau Yang Maha Mengetahui
setiap baik dan buruk kejadian
hanya padaMu ku memohon
syukur ku panjatkan padaMu
kerana memberi peluang untukku melalui semua ini
walau kekadang dilanda badai
namun akhirnya senyuman terbit jua di bibir
wassalam...
:.hanya padaMu.:
:.review meeting.:
sekarang ni setiap hari ada review meeting.nampak cam bizi kan..tp takdela bizi sangat pun.okla dari langsung takde keje.atleast separuh hari tu dah confirm tak duk diam.sebab lepas meeting kn buat report plak.dah sudah buat report barula boleh ngadap internet.
review meeting ni kekadang blh jadi bosan.kekadang blh jd very interesting.tp bg aku bosan ke interesting ke tetap best dan sangat berguna testing nnt.sebabnya masa kita bt test case,kadang2 banyak benda kita terlepas pandang.maklumla bila berdepan ngan requirement yang berlambak2, kita sendiri pn pening sampai ada yg termiss,tak tercover dalam test case.tu belum lg klu ada typo error ke apa ke.masa ni la kita jumpa benda2 camtu.masa ni jugakla kita nak debate pasal certain2 requirement yg perlu@tak utk dijadikan test case.
as for my personal view,it really helps the team.and of course help me to gain new experience in testing world since this is my first time doing the review meeting.sebelum ni tau teori je.part of testing knowledge.after 3 years in testing only now i can practice it.okla dari takde langsung kan..alhamdulillah :)
wassalam
:.best..best..best.:
salam...
alhamdulillah masuk harini dah 3 hari aku puasa.ada lg 3 hari nak abihkan puasa 6 Syawal ni.harap2nya dapatla aku habiskan 3 hari yg masih berbaki.
td tengah hari pg teman kawan g klinik sebab dia kena alergik.doktor cakap takle makan seafood,ayam,ikan kecik.boleh makan ikan besar2 je..huhu.demand tinggi betul ye.ikan besar jawabnya yg mahal2 je la..yg bestnya masa kt klinik td sempat timbang.terkejut sebab turun 3 kilo dari minggu lepas.huhu..betul2 tak percaya.buat penat je pening kepala minggu lepas cemana nak turunkan berat badan ni.belum sampai seminggu balki dari kg dah turun 3 kilo
mmg terbaiklah..nampak sangat kt kampung aku asyik makan je ye.kt sini plak tak cukup makan.huhu.ye la kt kg makanan best2.cakap je nak makan apa mesti mak aku akan masak.siap dapat makan ketam lg tu.kat sini selamatla..mampu telan liur je la klu nak makan apa2.susah nak dapat.apatah lg klu masakan kampung.
skrg ni aku teringin nak makan pulut gaul ngan kelapa pastu makan ngan ikan masin.adui kecur liur aku ni..balik kg kalini kena suruh mak aku buat ni..huhu
wassalam
:.back to normal.:
salam...
kegembiraan menyambut 1 Syawal di kampung sudah berakhir.puas sangat dapat menghabiskan masa seminggu bersama keluarga malah sempat balik kampung umi yang hampir 2 tahun aku tak jenguk.banyak perubahan kt kampung.rumah arwah nenek dah bertukar wajah.tiada lagi rumah papan.yg ada skrg ni hanya rumah batu.seb baik separuh dari rumah asal masih dikekalkan.kira rumah tu skrg half papan,half batu la.
halaman rumah arwah nenek juga sudah tiada.sebab pakcik aku dah buat rumah dia kt situ.kiranya nnt akan ada tiga buah rumah la.senangla kami nnt klu blk.banyak rumah yg blh dpilih untuk kami berteduh.tapi biasanya rumah pakngah aku jugak yg jadi tempat berkumpul kami anak beranak.
aku juga sudah kembali ke bandar dan kembali kepada kehidupan biasa.pagi pegi ofis, ptg blk rumah.kt ofis takde keje yg nk dibuat walaupn project dah start.
raya tahun ni raya yagn paling meriah aku rasa.sebabnya tahun ni beraya kt rumah baru,pastu dapat cuti raya agak lama.perjalanan pergi dan pulang juga agak lancar tak macam tahun2 lepas.klu tak ckp 12-13 jam atas jalan tak sah.yg pasti ni raya terakhir aku sebagai orang bujang.sebab tu la aku beraya sakan.walaupn tak menang tangan nak beraya ngan uruskan hal kahwin, tp aku puas hati :)
hhmmm wonder taun depan cemana ye rayanya..harap2 1 syawal kt Kelantan..hehe
wassalam
:.Selamat Hari Raya.:
salam...
Hari in hati sangat excited sebab mau balik kg.insyaAllah tengah hari ni gerak balik ke kampung halaman yang dirindui.
dikesempatan ini nk ucapkan Selamat Hari Raya pada semua.Maaf atas segala salah silap.kepada yang memandu balik kg tu hati2 di jalan raya.klu ngantuk benti la tido kejap.jangan paksa drive tengah2 ngantuk.jangan berebut di jalan raya.sabar itu penting.semua nak cepat sampai kn.klu sume pakat2 sabar insyaAllah semua dpt sampai dengan selamat.moga selamat sampai ke kg ye semua.
Raya nnt jgn pulun makan plak.nnt kang ada yg sakit tak dapat blk kl.tak pasal2 jadi cite lain plak.masa nak blk ke kl minggu depan pn sama gak.hati2 di jalan raya.moga selamat sampai ke kl dengan jayanya
insyaAllah aku akan bercuti sampai 19hb.ari isnin 20hb tu dah start keje dah.sapa2 yg bt open house jgn lupa jemput ye..hehe
Selamat Hari Raya.minal 'aidil wal'faizin
wassalam...
:.cepatnya masa berlalu.:
cepat benar masa berlalu.rasa cam baru semalam menyambut 1 Ramadhan, pejam celik pejam celik,mingu depan Syawal akan menjelang tiba.macam2 perasaan bertamu di hati.
tak sabar menunggu Syawal.tak sabar ingin pulang ke pangkuan keluarga walaupn baru je balik dari kampung.tak sabar mahu merayakan hari yang bahagia ini bersama keluarga..dalam kegembiraan masih terselit kesedihan.sedih kerana Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Ramadhan tahun depan adakah aku masih berpeluang untuk menyambutnya sekali lagi?
sungguh Ramadhan kalini terasa cepat berlalu.belum puas mengecapi ketenangan malam2 berterawih di masjid.walaupan Ramadhan tahun ini ditakdirkan aku berseorangan di rumah sewa ini namun tak terasa kerana aku sentiasa dikelilingi saudara2 semasa di masjid.memang rasa lain sangat berbuka di masjid dengan di rumah.rasa meriah sangat.rasa bersemangat untuk berterawih setiap malam.rasa rugi kalau satu malam tertinggal terawih di masjid.Ya Allah betapa besarnya kebahagiaan yang Kau beri..syukur Alhamdulillah
moga dipanjangkan umur,moga diberi keizinan untuk merasai kemanisan Ramadhan tahun depan ya Allah...
wassalam...