RSS
Container Icon

:. nikmatNya jangan dipersia .:

salam...

Setiap apa yang ada pada diri kita semuanya adalah pinjaman dariNya kepada kita.sekali Dia tarik nikmat ini walaupn sekecil zarah tiada apa yang mampu kita lakukan.seperti dalam cerita yang aku tengok kt astro..suami dia accident dan kudung kedua-dua belah tangan.kehidupan dia semua isteri dia yang uruskan.satu hari dia dapat berita isteri dia pregnant..betapa dia gembira tapi dalam masa yang sama dia sedih sebab dia xmampu nak merasai kegembiraannya bersama isteri..satu ayat yang keluar dari multnya 'saya teringin sangat untuk peluk awak'..sedih sangat bila dia cakap cmtu.nasib baik isteri dia mengerti..isteri yang peluk dia.dari sini aku terfikir betapa nikmat Alah itu besar..betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya.bila-blia masa saja Dia boleh tarik nikmat yang diberikan.

bayangkan kita dalam situasi sebegitu.apa perasaan kita? xperlu fikir sejauh itu cm fikir seandainya kita selsema terus kita rasa tak selesa 1 badan.nak buat keje pun xde semangat.itu baru ujian kesakitan.bukan ujian kehilangan.apatah lagi kalau Allah uji kita dengan kehilangan salah satu dari anggota badan kita..na'uzubillah moga Allah tak uji kita dengan ujian yang tak mampu kita hadapi.

sebagai hambaNya kita hendaklah sentiasa kembali kepadaNya walau dalam keadaan susah atau senang.sentiasa muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri.terima diri seadanya.jangan sombong dengan apa yang ada pada diri sendiri kerana semua ini bukan hak kita tapi hanya dipinjamkan sahaja.bila-bila masa Dia boleh tarik balik apa yang dipinjamkan.

Ya Allah hanya padaMu aku berserah.aku hanya insan yang lemah.kepadaMu aku memohon.tetapkan hati ini.jauhkan aku dari segala godaan.moga aku sentiasa berada dalam rahmatMu..amin Ya Mujib

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

en_me said...

salam cek yus itteww.. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

:.Yus.: said...

salam en_me..kita hanya manusia yang lemah.sentiasa bergantung padaNya..

mari kt sama2 muhasabah diri spy kita xlari jauh drNya :)