salam...
20/09/1961-Seorang anak lelaki telah dilahirkan,membesar bersama kedua ibu bapa menjadi seorang lelaki yang taat pada keluarga. Apabila besar mengambil alih perniagaan turun temurun dari arwah datuk.walau hanya perniagaan kecil-kecilan namun dia tidak pernha membantah malah terus berusaha untuk memajukan pernigaan tersebut.
1982-Setelah berusia 21 tahun, dia telah berjumpa dengan pujaan hatinya dan berkahwin dengan puteri hati yang dicintainya.bersama-sama mengharungi onak duri kehidupan,jatuh bangun dihadapi bersama tanpa rasa menyesal walau sedikit.
31/12/1983-Detik yang paling bererti dalam hidupnya kerana pada tanggal inilah dia bergelar seorang ayah kepada puteri sulungnya.kehadiran puteri sulungnya ini menambah kebahagiaan dan keharmonian mereka sekeluarga.namun dengan pertambahan ahli keluaga, dia terpaksa mengerah lebih banyak keringat demi sesuap nasi untuk isteri dan anak tercinta.puterinya ini dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang serta harapan yang tinggi agar menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.
Dari tahun ke tahun anaknya semakin bertambah seorang demi seorang.alhamdulillah rezeki yang diberikan Allah terhadapnya tidak pernah kurang.dengan kehadiran 4 puteri dan 2 putera kehidupannya sekeluarga semakin bahagia.adat kehidupan apabila ahli keluarga semakin bertambah maka perbelanjaan jua semakin bertambah.apatah lagi anak-anaknya sudah ada yang bersekolah yang sememangnya memerlukan duit yang banyak unutk menampung persekolahan.
Walaupun dia terpaksa bekerja kuat, menambah keringat berkali ganda demi keluarga tercinta namun tidak pernah keluar dari mulutnya perkataan penat walau sekali.setiap permintaan anak-anak walau besar pasti akan ditunaikan walaupun lambat.demi permintaan anak-anak tercinta dia sanggup bekerja lebih keras, menahan impian sendiri demi impian anak-anak.tidak pernah sekali dia menolak setiap permintaan anak-anak.walau susah, walau perit dia sanggup berkorban demi anak-anak.
Walaupun mereka sekeluarga bukan di kalangan orang senang, namun anak-anak mereka tidak pernah kenal erti berlapar, tidak pernah kenal erti berkongsi makanan.malah sentiasa ada makanan untuk mereka.makan pakai mereka sentiasa cukup walaupun hakikatnya ibu dan ayah yang terpaksa berkorban.
Betapa besar pengorbanannya sebagai seorang ayah.banyak yang terpaska dikorbankan demi isteri dan anak-anak tercinta.sehinggakan impiannya terpaksa diketepikan dahulu.
2009-Alhamdulillah sekarang ini lelaki itu sentiasa tersenyum bangga dan puas dengan apa yang dilalui.pengorbanannya selama ini telah terbalas.anak-anaknya semua sudah besar dan mereka semua berjaya dalam pelajaran juga dalam kerjaya masing-masing.sekarang ini dia sudah boleh dia sudah boleh menarik nafas lega dan berbangga dengan anak-anaknya.ke mana saja dia, sahabatnya memujinya kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan kudrat yang ada.malah ada yang bertanyakan rahsia disebalik kejayaan ini.tiada apa yang rahsiakan.katanya hanya ikhlas dalam sesuatu yang dilakukan demi anak-anak selain dari doa yang tidak putus-putus untuk kesejahteraan anak-anak.
Itulah dia
ISMAIL BIN HASSAN hero dalam hidupku..
Abah,terima kasih atas segala pengorbanan abah selama ini membesarkan kami adik beradik.walau kami nakal, walau kami degil namun tidak pernah sekali tangan abah mencubit kami apatah lagi memukul kami.di rumah kami tidak pernah ada rotan.
Abah akak doakan moga impian abah dan umi akan tertunai dalam masa terdekat ini.kesejahteraan abah sentiasa ada ruang dalam doa kami.moga abah bahagia di sisi isteri abah tercinta.pengorbanan abah tidak dapat kami balas.betapa banyak keringat abah habis untuk kami namun abah tidak pernah mengungkit.walau abah penat, walau abah letih abah sentiasa senyum melayan karenah kami adik beradik.walaupun sekarang kami dah besar dah ada kehidupan sendiri, andai ada apa-apa yang kami inginkan abah pasti akan usahakan tanpa banyak soal.malah abah masih melayan kami sepertimana abah melayan kami semasa kami kecil.
SELAMAT HARI BAPA kepada
ABAH tercinta.moga abah dan umi panjang umur dan drahmati Allah selalu.insyaAllah ada kelapangan anakanda akan pulang menjenguk ayannda dan bonda tercinta di kampung.
I LOVE U SO MUCH ABAH
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS..MMUUAAHHH