RSS
Container Icon

DISEBALIK 5 JARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam2. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu? Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas utk dinikmati.

Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaka makhluk mseti bermula dari kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula dari kecil. Saat ini ia mengingatkan kita kepada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Kegagalan mendidik dalam usia ini memberi kesan yang melarat di usia hadapan kelak.

Jari Manis
Pergi pula ke jari yang kedua. Jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.
Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Hari tua, kita sudah baligh dan mukallaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.

Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari yang ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliiti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun kita mesti berhati-hati kerana dikala itu banyak ’hantu pengacau’ yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hari dan segala macxam hantu lg. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terjerumus dalam perangkap nafsu dan syaitan. Justeru amal ibadat msesti dilipatgandakan.

Jari Telunjuk
Kita beralih pula kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan Keesaan Allah ketika bersolat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada ditahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjuk kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsir pelbagai perkara.

Buat generasi muda, rujuk dulu kepada orang tua atau yang berpengalaman dalam melakukan sesuatu perkara. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.
Nasihat mereka barangkali amat berguna dengan nasihat itu dibelakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata 'good' atau 'yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.

Akhir kalam, cuba lihat sekali selima-lima jari kita. Renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

Di manakah ita dan siapakah kita?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Wan Zuriati said...

a very touching tazkirah Yus..thank you for sharing it with others. Let us try our very best to be the best Muslimah in the eyes of Allah :)