RSS
Container Icon

:.kasih ibu.:

*ni entry yg dh lama dlm draft tp baru publish hrni...

salam...

baru-baru ini di office sementelah tengah takde keje sangat.yus menghabiskan masa yang ada dengan membaca blog Prof Kamil penulis buku travelog haji dan travelog dakwah.sapa-sapa yang belum pernah baca buku ni disarankan untuk baca.banyak sangat ilmu yg boleh diperolehi.menunaikan haji di usia muda!insyaAllah moga tercapai impian yang satu ini

salah satu entrynya prof ada menceritakan tentang bagaimana ibunya membesarkan anak-anak di usia remaja. ya ibunya berkahwin apda umur 13 tahun dan mendapat zuriat sulung setahun kemudian.silih berganti selepas itu setahun seorang sehingga cukup sedozen anak-anaknya.rezekinya di usia muda!

apa sesuatu dalam entry ini yang mengetuk pintu hati saya.
ini kata-katanya yang saya quote

'Perhati dan fikirkanlah pengorbanan setiap ibu kita!

Berdoalah kepada Allah agar ibu kita dirahmati Allah, dikasihani, di beri taufik dan hidayah dan mudah-mudahan mereka semua terlepas daripada siksa kubur dan akhirnya dapat bertemu di syurga Firdaus. Doa-doa ini perlu dimohon kepada Dia yang Maha Berkuasa, tidak kira mereka masih ada ataupun sudah lama meninggalkan kita.

Pengorbanan ibu terlalu besar untuk diabaikan!'

ya Allah sungguh terasa seperti orang yang baru sedar dari tidur.betapa selama ini saya lalai.lalai dari menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak terhadap ibunya.bukan saya mengabaikan ibu saya.tak pernah sekalipun saya lupa terhadap ibu saya.walau jauh di mata namun saya sentiasa akan berhubung dengan umi.walau tak mampu bertentang mata dengan kerap,saya akan pastikan sentiasa mendengar suara ceria seorang ibu.tak pernah jemu mendengar segala keluhan jiwa umi.

namun selepas saya membaca kisah Prof Kamil, betapa saya rasa kurangnya bakti saya terhadap umi. ya Allah ampunkan aku atas kekhilafan hambaMu ini.setiap kali selepas solat saya tak pernah tinggal doa untuk umi dan abah.moga mereka sentiasa di dalam rahmat Allah.selama ini setiap kali lepas solat saya hanya doa sungguh-sungguh hanya untuk saya dan kehidupan saya.doa untuk rumahtangga saya dan suami.moga hubungan kami sentiasa dalam rahmat Allah.doa sungguh-sungguh yang tak pernah putus.even pada masa-masa doa mudah dimakbulkan seperti selepas azan,sebelum waktu berbuka doa untuk saya dan suami tak pernah putus.

inilah kekhilafan saya.hanya doa sungguh untuk diri sendiri sahaja.betapa saya terlupa tentang umi abah saya.ibu yang bersusah payah bertarung nyawa melahirkan saya ke dunia.abah yang tak pernah mengeluh bekerja keras demi sesuap nasi saya.betapa saya mementingkan diri.sekali lagi ya Allah ampunkan hambaMu ini atas kesalahanku.

sepatutnya sebagai anak saya lebih mendahulukan umi saya.ya saya sudah berkahwin dan perlu patuh pada suami namun pada saya dalam berdoa, doa untuk umi abah juga sangat-sangat penting.bukan saya tak pernah berdoa untuk mereka namun ia hanyalah doa biasa yang semua orang akan baca dalam doa mereka.

ya saya perlu berubah.berubah kepada lebih mendoakan umi abah lebih banyak dari doa untuk diri sendiri.juga doa untuk mak dan bapak mertua saya.kerana mereka juga ibu dan bapa saya.setelah sah saya bergelar isteri,saya mendapat keistimewaan ada 2 orang ibu dan bapa yang perlu saya doakan.itu amanah saya yang perlu saya pikul.

betapa diri ini lalai ya Allah.ampunkan hambaMu.

ya Allah hanya padaMu ku berserah.aku tak mampu untuk selalu menjenguk umi abah serta mak dan bapak di kampung.hanya padaMu aku seahkan segala-galanya.pada aku sandarkan.lindungilah mereka dari segala bencana.panjangkan umur mereka.kami masih belum puas bermesra.masih belum puas merasai kasih sayang ibu dan ayah.belum puas merasai hangatnya pelukan seorang ibu.kuatkan iman mereka.kuatkan tubuh badan mereka agar mereka mampu beribadah kepadaMu ya Allah

sungguh perngorbanan seorang ibu tersangat besar dan tak mampu dibalas.hanya doa yang tak putus mampu dititipkan buat mereka moga Allah balas segala jasa mereka.moga umi dan mak diberi balasan syurga ameen

boleh click disini untuk baca entry prof Kamil http://muhdkamil.org/blog/2010/03/05/kasih-ibu/

ps:wan thanks sebab share blog ni.sangat bermotivasi :)
wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.salam aidilfitri.:

Salam...

Syawal dh masuk minggu kedua.tapi rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua.alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merayakan hari kemenangan ini.

Tahun ni Alhamdulillah diberi kesempatan berhari raya buat pertama kali sebagai seorang isteri.tak banyak sangat beza dengan beraya sebagai anak dara dulu.beza yang paling ketara ialah tahun ni ada 2 kampung yang perlu diziarah.alhamdulillah juga tahun pertama ini giliran di kelantan.raya ketiga baru gerak balik manjung.itu perjanjian kami maaa awal kawen dulu.setiap tahun akan balik dua2 kampung cuma turn raya pertama yang bertukar.tahun.pertama ini 1Syawal di kelantan.tahun depan insyaAllah 1 Syawal di manjung pulak then balk kelantan raya ketiga.begitulah kami setiap tahun.akan dipastikn balik kedua2 kampung.walau dpt beraya sekejap pada tiap2 kampung sekurang2nya dpt beraya bersama keluarga.

Tahun ni hanya dpt berbuka puasa dengan umi abah hanya 1 malam shj sebab blk kg ari ahad.seb baik jalan krg jam.so smptla berbuka di rumah.esoknya hari last puasa biasanya umi abah tak berbuka kt rumah.dorg akan balik lepas waktu berbuka.cmnila klu org berniaga.smpi saat nk berbuka pn still ada org dtg beli brg.walau agak sedih tp xpela atleast masih ada sehari dari xde lgsg.

Hari raya pertama kami menziarah sanak saudara.maghrib br smpi rumah.penat sgt.hari raya kedua dh krg.xde g mana2.cm pg pengkalan kubur jemput sedara mara dr thailand.raya ketiga adik lelaki tunang.sepatutnya buat pagi sebab kami akan bertolak ke manjung ptgnya lepas zohor.tapi pihak perempuan nak buat lepas zohor.ptg raya kedua baru tau.so nk xnk kenala balik ari jumaat aka raya keempat.

Pagi raya keempat gerak balik manjung.1st time pegi perak dari kelantan.redah aje ikut signboard ngan sedikit arah yg diberi oleh abah.sampai jeli singgah hospital jap tengok sepupu husband yg excident pasa raya kedua on the way dr ipoh ke pasir mas.alahmdulillah kete xbyk sgt dan kami berjaya sampai manjung tanpa sesat :-)

Raya kelima dan enam beraya di rumah mertua kt manjung.1st time makan lontong.my feveret hubby during raya.hhmm not bad rasanya.makan sket pn dh kenyang.sempat pegi kenduri kt marina island dekat lumut.dapatla merasa rendang.kt umah pn mak metua madak rendang 2kali.maklumla anak bongsunya suka makan rendang.kt klantan mmg xjmp rendang sb itu bkn masakan tradisi kami.

Ahad malam kami gerak balik kl.sengaja balik lmbt sebab nk elak jam.alhamdulillah lgsg xjam.cm ada 2 excident yg teruk arah perak kt area tg karang n kuala selangor.mana taknya sume main tekan minyak je.dahla jalan xde lampu.gelap je.apa2 jadi mmg sah nak mengelak sb kete tgh laju.alhamdulillah kami selamat sampai di kajang kul 1 pagi. eaoknya ari isnin memulakan tugas seperti biasa.

Itu saje laporan raya kalini.moga dapat berjumpa lagi dengan ramadhan dan syawal tahun hadapan insyaAllah

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS