RSS
Container Icon

:.tukar baru.:

salam...

lepas post entry beberapa minit yg lepas.aku just browse through blog aku ni.tetiba rasa cm bosan dh ngan template ni.hhmm adakah aku akan bertukar template lg sekali?jeng..jeng..jeng..

hmm tgkla mlm ni ke esk ke aku surf template2 yg best.klu rajin adala rezeki blog aku ni bertukar wajah.klu malas tatap je la yg sedia ada ni

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.eh tak ramai org?.:

salam...

dh lama rasanya tak g shopping barang2 rumah kt supermarket.selalu nk beli apa2 lauk utk masak aku just beli kt psr mlm je dh alang2 ada kt situ kn.

but then since semalam cuti n ujan lebat waktu petang, so tak jadila aku nk pegi psr mlm.pg td lepas dh mandi2 segala bagai aku gerak g alamanda utk shopping brg dapur.kali ni rasa lain.even skrg ni ujung bulan which is sume pekerja dh dapat gaji termasukla aku tapi kt careffour tak ramai orang.I take less than 5 minutes utk byr brg2 aku.agak terkejut sedangkan airni aku sabtu which is aku mmg dh expect ssh nk dpt parking n nk beatur byr mst pnjg yg teramat.

seb baikla tak ramai org.aku tgk lain yg lain2 pn sume cmtu.yg tgh quene tak lebih dr 3 org.semua ni mst gara2 pakat2 blk kg sempena cuti hari wesak.kt area umah aku ni pn sunyi je..kete pn tak banyak kt parking lot.

hhmm itu je la nk cite di waktu remba senja ini.oklah dh nk mahgrib ni

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.realiti TV.:

salam...

akhir2 ni semua stesen TV duk berlumba-lumba menerbitkan rancangan realiti TV.cam sebelum ni yg br abih last week Akademi Fantasia.kt tv3 plak ada Mentor tp yg ni yus tak tengok sebab tak suka.yus cm layan AF je.

tp rancangan reliti TV yg baru bermula semalam membangkitkan keinginan yus untuk follow blk rancangan2 sebegini.kalau yg jenis kaki TV mgkn dorg tau la.realiti TV yg baru bermula tu ialah Imam Muda siaran Astro n Akademi Quran 4 (AQ4 )siaran TV9.

suka sangat tengok dua2 rancangan ni.rasa sejuk je hati.alahmdulillah di saat2 masing2 berebut utk bt rancangan nyanyi2 yg sebenarnya yus tak gemar sangat terselit jua rancangan2 sebegini.sambutan juga amat menggalakkan.walaupan keadaan skrg agak kritikal ngan masalah sosial namun masih ramai lg yg terbuka hati emreka untuk mendalami ilmu agama.moga mereka2 ini berjaya dalam menjadi pemimpin negara di masa hadapan.pelapis negara yg kuat ilmu agamanya.

cam dalam Imam Muda semua peserta2 begitu bersemangat menimba sebanyak ilmu dari rancangan itu.walaupn antara tugasan mereka ialah memandikan jenahzah namun mereka tampak bersungguh2 dlm meyelesaikan tugnsan tersebut.cmtu jugakla dlm AQ4 kebanyakkan yg dtg utk bertanding tu budak2 sekolah yg baru mencecah alam remaja.kecik2 lg dorg sume dlm form 1 n form 2 baru.tp betapa mereka semangat nk mendalami ilmu Allah ini.bl dengar dorg baca Quran rasa meremang bulu roma.yus pn kalah ngan dorg.

moga rancangan2 sebegini akan berterusan di masa2 akan datang.moga rancangan2 sebegini dapat memberi manfaat yg banyak kepada remaja2 Islam kita insyaAllah

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.ahli syurga.:

salam...

yeya harini saya bercuti.cuti sempena hari wesak.semalam buat pertama kali dlm hidup balik keje kul 8.30.perut dah meragam minta diisi.cepat2 pg mkn dan terus berkejar untuk pegi usrah pula.walaupn dalam keadaan badan yg penat sgt2 namun bl difikirkan ini je masa yg aku ada utk santapan rohani,aku kuatkan jua,gagahkan jua diri ini menghadiri usrah.alhamdulillah Allah permudahkan.usrah selesai dlm kul 10.45.terus pulang sebba belum solat isyak lg.dlm kepala terfikir ada lg ke parking malam2 cmni.sorg2 takut nk parking jauh2 sbb kn jln dlm suasana samar2.smpi2 je kat parking lot sedikit terkejut sebab banyak sangat parking kosong.baru terigt esk cuti (harini la).patutla parking kosong.ramai org blk kg.alhamdulillah dpt parking dekat ngan blok.alhamdulillah berkat sabar Allah tolong hambaNya.

3 4 hari yg lepas hosmet aku ada bg aku link blogspot tentang seorang ibu yg kematian anakknya sebab tercekik susu.pastu dlm bloglist kwn2 dia aku jmp lg link yg juga seorang ibu yg mengalami nasib yg sama anak meninggal tp y gni sebab excident.pastu ada dia bt bloglist yg sume ibu2 kematian anak.aku baca blog2 mereka yg melalui pengalaman sebegini.aku menangis sambil bc blog dorg.menangis sampai tak henti2 airmata ni mengalir.bercucuran.ya Allah betapa dorg diuji.aku yg tak mrasai ni pn dh nangis bagai nak rak dh apatah lg ibu2 yg lelaluinya.9 bulan duk kendong anak ke hulu ke hilir.tu belum lg campur yg kena alahan.campur ngan sakit2 yg ditanggung sepanjang pregnant.sakit bersalin tuhan aje yg tau.bertarung nyawa antara hidup dan mati.tp tak lama dorg dpt kecapi saat bahagia itu,anak dorg dh dijemput Ilahi.

tuhan je yg tahu betapa sakitnya mereka melalui pengalaman ini.ya Allah minta jauhla aku dr pengalaman sebegini.namun aku gembira sebab yg pasti mereka2 ini telah bergelar ibu ahli-ahli syurga.dari bacaan aku,walau mereka sedih atas kehilangan insan tersayang namun betapa mereka gembira dan bangga kerana anak2 mereka dah bergelar ahli syurga.dah ada yg menunggu mereka di syurga.betapa beruntungnya mereka.sungguh setiap atas apa yg berlaku ada hikmahnya.walau umur mereka di dunia ini tak panjang namun mereka sudah bergelar ahli syurga.bg aku inilah hikmah yg paling besar.tak tehingga besarnya.bukan semua orang dapat.kebanyakkan bayi2 yg meninggal ni yg berumur kurang dari setahun setengah.still a little baby.

these little babies dah sah bergelar ahlul jannah,kita yg masih meneruskan kehidupan ni adakah dapat bersama2 dengan mereka sebagai ahlul jannnah juga?adakah perjalanan kita masih jauh atau sudah dekat dengan penghujungnya?

sama2 kita berfikir dan muhasabah diri sendiri.sementara diberi peluang tambahlah apa yg kurang.perbetulkan apa yg salah.ingatan untuk diri sendiri di hari jumaat yg indah ini

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.get set go.:

salam...

at last...

bermula harini kehidupanku di office akan berubah wajah.aku akan mula busy dengan test case yang berlambak-lambak yang perlu disiapkan sebelum mid June.

hari ni pecah rekod balik office kul 6.30.huhu.duk biat keje sambail tunggu test lead siapkan keje dia

lepas ni takde dah la pening kepala duk fikir apa aktiviti yang nk dibuat kt office.akan diganti dengan pening kepala mengadap test case plak.which is better..for me la..

till then..

wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.layan.:

salam...

as usual di pagi hujung minggu.lepas sapu umah dan buatkeje apa2 yg patut, pc ni la yg akn aku hadap.

dh lama tak layan movie.sejak dua menjak ni busy manjang sampai nak sentuh pc pn tak sempat.hari rasa cam nak kuar jap dari kebizian itu.rasa nak layan movie je sepanjang hari ni.

hmm kita tengok berjaya atau tidak misi ini.

adios amigos

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.entry rajin.:

salam...

mood aku skrg tgh rajin ye.so bila aku rajin inilah jadinya.2 entry sekaligus.

skrg ni kt ofis aku dh mula rasa sangat bosan.baru smpi kt ofis dh bosan tak tau nak buat apa.kadang2 rasa cm nk je aku bwk brg2 bunga telur aku bt kt ofis.smpi aku rasa cm buang masa je aku duk melangut kt ofis takde keje.kalu aku duk umah blh jugak aku siapkan bunga telur aku yg ntah bila nk siap nih.

kalaula tak memikirkan amanah aku kena pg keje mmg aku takkan pegi keje.tp tak boleh cmtu.walaupn aku takde keje kat ofis tp itu amanah yang perlu aku pikul.aku taknak nanti gaji yg aku dpt tak berkat.walau takde keje tp aku masih dibayar untuk pg ofis.jadi aku tak boleh sewanang-wenang tak pegi ofis.tak boleh main pegi ofis bila rajin je.rajin ke tak rajin ke aku mmg kena pegi sebab itu tanggungjawab aku.aku takde keje bukan salah aku.dh boss taknak bagi keje.tu dorg punya hal la kn.yg penting aku jalankan tanggungjawab aku.bab kata tunang aku 'wah bestnya awak.g ofis takde buat apa.ujung bulan tau2 je dpt gaji ye'..hehe.kalau awak nk rasa mehla dtg keje kt kampeni saya nih.confirm awak akan rasa.huhu

mood skrg ni ialah nak tengok wayang.dh lama tak tengok wayang.aku pn dh lupa bila last aku tengok wayang.kalau tak silap aku cite sherlock hoolmes kut.hhmm betul la tu.itulah last cite aku tengok kt wayang.aku tengah tunggu cit diary of a wimpy kid kt wayang.mmg dh kuar p tak sume pawagam ada.yg ada sume jauh2.tak kuasa aku nk redah pg jauh2 semata2 nk tgk wayang.kos pegi blk lg mahal dr tiket wayang.takpe aku akan sabar menunggu cerita itu ada kt gsc alamanda.

skrg ni kt ofis aku duk baca novel dia je.kejap je dh abih.maklumla takde keje.duk ngadap buku tu je la.gelak sorang2 sampai wan tegur aku duk gelak2 sengih2.kelakar cite tu.kadang2 tu dia bt benda yg tak masuk akal.bnd yg aku tak terfikir pn nak buat.mmg best la.thanks to shy.ko la yg kenalkan aku ngan cite ni.klu shy tak ckp aku takkan tau psl novel ni.sekali baca terus addicted.

atleast skrg ni kt ofis aku dh ada aktiviti utk dibuat iaitu membaca novel..hehe

ps:wan,ok lg baca smbl gelak dari sengguk2 kn..hehe..jangan marah ye :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.masa berlalu dengan cepatnya.:

salam...

last post 9 May..harini dh 19 May..nak masuk 2 minggu blog ni tak berupdate.biasala tuan blog ni lately kurang idea untuk dilontarkan di blog ini.campur plak agak bz di rumah sehingga tak sempat nak sentuh pn pc ini apatah lg nk update blog.huhu (kt ofis je byk ms free tp time ni idea plak tak bape nk free)

bercerita tentang 19hb iaitu harini genapla 6 bulan aku jadi tunang org.tak sedar masa berlalu.pejam celik pejam celik dh 6 bulan.rasa cm baru semalam bakal mak metua aku sarung cincin kt jari manis aku ni.hhmm tak lama lagi dh nak kawen.

bercerita bab kahwin ni,bukan senang nak kawen.sapa2 yang pernah alami je yg tau cemana rasa menjadi bakal pengantin.mana nak fikir psl diri sendiri lg,hantaran la,bunga telur la,jemputan la serba serbi la.bak kata kak fida dlm blognya perasaan pn nk kena jaga.yg tu mmg aku setuju 100%.kalau ikutkan aku,aku nk yg simple2 je.tp tu la ada je mulut2 yg nk mengomen itu ini.seb baik la umi abah jenis yg tak suka grand2.jenis yg ikut ngan kehendak anak dia ni.kdg2 tu naik geram gak aku.sapa yg nak kawen ni sebenarnya.aku ke dorg.haihhh.macam macam ada.kepada yg bakal menjadi bakal pengantin sila la prepare mental anda sebaik mungkin ye.

tp dlm byk2 preparation,yg plg penting ialah persediaan rohani,ilmu agama.aku ni dh ckp ke ilmu nk jadi isteri org?ada org kata 'ala dh jd bini esk2 ko akn tau ngan sndiri'..hhmm betul ke cmtu?bg aku persiapan dlm bab agama sgt2 penting.kawen ni bkn perkara main2 kn.jgn disebabkan bz ngan preparation majlis perkahwinan,preparation untuk menjadi seorang isteri terabai (ingatan utk diri sendiri).preparation mental dan fizikal adalah sangat penting.ye la dari dh biasa hidup sorg2 tetiba hidup berdua.sekali fikir seriau pn ada gak..huhu

aku doa moga segalanya berjalan lancar.amin.so far still ok lg.still on track.

that's it for tonite...wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.ratu hatiku.:

salam...

sempena hari ibu nih aku nak buat special dedikasi untuk mak aku yang tersayang.

sejak aku kecik sampaila sekarang aku tak penah rasa kena rotan ngan umi.rotan pn xde kat umah apatah lg nk merasa kena rotan.baiknya mak aku kan.dulu masa sekolah dulu kalu g skolah bila sembang ngan kawan2 pasti aku akan dengar dorg cakap dorg kena rotan ngan mak sebab tak dengar cakap.aku heran nape umi xpenah rotan aku.rotan pn aku xbape nak kenal masa tu.somehow aku cam wish nak rasa kena rotan.penat gakla kadang2 tu buat nakal nak suh umi rotan tp xde maknanya.bila dah besar sket baru la aku tau apa itu rotan.masa tu aku bersyukur sgt sb xpenah kena rotan ngan umi.xsanggup weh.walau aku tak tahu setakat mana sakitnya tp xpela aku mmg xnk kena rotan.bila fikir2kan blk pelik juga aku nih.ada ke plak buat wish nk kena rotan.huhu.sampai skrg aku masih lagi taktau setakat mana sakitnya kalu kena rotan.seb tak penah kena rotan.baik kan umi.setakat kena marah tu mmg biasala.budak2 tak sah kalu tak kena marah.

umi mmg jenis yang tak suka marah kt anak2.apatah lagi membebel sehari suntuk.umi jenis yang jarang minta tlg kt anak2.kalu di amnt tlg pn cuma sekali je dia cakap.contohnya 'kak lepas bt keje sekolah nnt tlg umi angkat kain ye'.tu je dia ckp.simple je ayatnya.tp anak sulung umi ni mmg jenis yg short term memory skit kecik.lepas habis buat keje skolah blh plak aku landing baik punya depan tv tgk cite cina kul 6.tetiba nnt kang aku tgk umi masuk umah dengan kain penuh kt tangan.masa tu la baru aku igt umi pesan suh agkt kain.tp umi xde ckp sepatah pn.apatah lg igtkan aku suh agkt kain.aku plak yg rasa bersalah sb tak tlg umi.tp itulah umi.cara dia didik anak2 dia mmg special sgt bg aku.gn cara phycology.dan ianya amat berkesan sb jiwa anak2 tak terseksa asyik kena marah n rotan.tp at the same time anak2 sedar akan kesalahan dan tanggungjawab masing2.

aku kan anak sulung.as usual tentula menjadi harapan keluarga untuk berjaya sekaligus jadi role model utk adik2 aku.selalunya kt umah bl umi masuk dapur utk masak aku akan masuk sama2 tlg umi.biasanya ni la time umi brainwash aku.sambil2 masak umi akan bg kata2 nasihat,semangat kt aku supaya aku belajar sungguh2,berjaya dalam pelajaran dan hidup.kata2 ini aku pahat betul2 dalam igtan aku.setiap kali aku down aku akan igt kata2 umi.kata2 umi sentiasa jadi peransang dalam hidup aku.

masa UPSR aku dpt 4A.punyala gembira umi smpi umi bt kenduri kesyukuran siap ngan pulut kuning tu.siap tempah caterer utk masak.punya la gembira umi abah aku dpt 4A.dapat masuk uia adalah adiah paling bermakna utk umi ngan abah.ni la 1st time aku berpisah ngan family aku.sejak kecik smpila besar aku xpenah duk jauh ngan family.masa family anta aku kt matrik uia pj, umi kalu blh dia nk sume keperluan aku lengkap sblm dia tinggalkan aku kt pj tu.masa lepas regist,byk kali umi pesan kalu nk apa2 call je nnt umi belikan.sume benda dr A smpi Z dia pastikan semua ckp lengkap.setiap kali blk cuti umi mesti akan masak masakan kegemaran aku.pastu kalu ada time adik2 nk makan apa2 yg agak special mst umi akan cakap 'tunggula time akak cuti nnt.blh mkn sama2 ngan akak.hehe best tau.high priority :)'

skrg ni aku dh keje.alhamdulillah rezeki aku murah tak tunggu lama lepas grad trs aku dpt keje.aku kn anak sulung.so mmg xde sapa2 yg blh tlg aku kt kl ni.nk apa2 sume kn bt sndiri hanya dengan bantuan kawan2 je.so ms mula2 dpt keje aku mmg xde kete..g keje pn kawan aku yang dan anta.lepas bbrp bln aku ckp kt umi aku nk beli kete sb xnk dh sshkan kawan.seb baik umi bg.duit down payment kete aku tuh umi yang bg.memula aku nk bt down payment rm500 je.sb ye la masa tu mn ada duit lg.pastu umi tak kasi.umi ckp nah amik duit umi buat down payment.tekejut aku umi bg 10K kt aku.terharu sgt2 sb ms tu mmg umi tgh kumpul duit nk bt umah.even kt umah kt kg pn perbelanjaan sume kena control.tp senang2 je umi bg 10K kt aku.baiknya umi...

masa aku tunang aritu plak aku hanya kuarkan duit utk beli cincin kt tunang aku je.hantaran lain2 ngan lauk2 untuk kenduri sume gn duit umi abah.umi cakap xpelah bukan selalu.org lain tunang abih duit ribu riban.aku tunang xsmpi seratus pn duit yg melayang.hehe best kan umi aku nih.

baru2 nih aku kn tak bape sihat.umi asyik call aku je tny pasal kesihatan aku.risau sgt umi kt aku.masa lepas buat endoscopy tu tiap2 hari umi call tny aku dh makan ke belum.siap pesan apa yg blh mkn apa yg tak blh mkn.walaupn masa tu umi duk jauh aku rasa cam umi dekat ngan aku.masa blk kg minggu lepas punyala aku teringin nk makan durian.smpi2 je kt umah aku terus suh umi beli durian.thg hari tu umi blk keje,umi bwk blk durian 2 biji.abih aku pulun durian 2 biji aku sorg2.esoknya umi beli lg 2 biji.puas aku dpt mkn durian walaupn malam2 aku asyik tersedar sebab badan panas takleh nak tido.huhu.sayangnya umi kt aku.yg bestnya aku dpt belikan kerusi urut utk umi ngan abah.adiah sempena hari ibu dan hari bapa.aku combine terus.lepas ni xde dhla umi ckp asyik skit urat je.

masa malam nk blk kl tu tetiba umi ckp 'ni taktau la bila plak nk balik ye.ntah bl plak blh blk'..wa...masa nih aku dh sedih dh.bunyi sura umi cm sedih je sb aku dh nk blk kl.mmg kalu blk aku nk je duk kg ngan umi abah.sementara aku masih bujang aku nk duk dekat ngan dorg.nnt bl aku dh kawen mst ms utk parents aku makin kurang.tp apa blh buat rezeki aku kt kl.dalam masa yg makin singkat ni aku cuba utk pulang setiap bulan jumpa umi abah.

aku risaukan umi sebenarnya.umi skrg dh tak bape sht.selalu sakit.dulu aku selalu makan durian sama2 ngan umi.sama2 buat sambal belacan pastu cicah ngan perut lembu.terangkat abih klu pekena ngan sambal belacan umi..mmg superb..tp skrg ni takleh dh.perut umi sangat sensitif skrg.mkn durian pn seulas je.klu mkn byk nnt umi sakit perut.tu yg bt aku skrg ni mkn risau.aku sentiasa doa moga umi abah panjang umur.jauh dari segala sakit2.umi jaga diri elok2 ye.akak doa moga umi sentiasa sihat.nnt kalu umi sakit cemana nk main2 ngan cucu umi nnt.thn ni insyaAllah umi dpt sorg menantu.thn depan dpt sorg lg.umi kena jaga diri elok2.so that anak2 umi dpt kongsi hari bahagia kami ngan umi.

kasih sayang seorang ibu mmg tiada galang ganti.walau susah walau perit akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk anak2 tersayang.walau umi sakit,umi tetap gagahkan diri masak masakan special untuk anak2.berhabis duit beli makanan untuk anak2.berpanas untuk anak2.

umi akak sayangkan umi.akak rindukan umi.moga umi sentiasa sihat.umi jaga diri elok2 ye.aku akan sentias berusaha untuk bahagiakan umi abah walau aku terpaksa berkorban.kerana walau sebesar mana pn pengorbanan aku pasti tak lebih dari pengorbanan umi mengandungkan aku selama 9 bulan.keperitan melahirkan aku tak dapt aku balas.

untuk umi tersayang Fatimah Hassan.
selamat hari ibu umi.
terima kasih atas segala penat lelah umi melayan karenah anak umi ni yg kadang2 masih keanak-anakan walaupun dh besar.

I LOVE U SO MUCH UMI

juga kepada mak,mama,ibu,mommy di luar sana SELAMAT HARI IBU.tnapa kalian tiadalah kami di dunia ini.

wassalam

p/s:menaip entri ini bersama air mata mengalir di pipi 'tks..tks'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.to-do list.:

salam...

to-do list for this weekend

1)kemas rumah+bilik

2)mop rumah+bilik

3)lipat kain yang dah bertimbun dari 2 minggu lepas (yang ni mmg kelemahan aku.sangat2 tak suka lipat kain)

4)sambung buat bunga telur yang banyak lagi tak siap

5)masak (walaupn duk sorg tp still kena masak.train diri untuk rajin masak+polish skill masak)

6)basuh kete.kotornya kete.sampai dah tak nampak keler putih dah.dasat betul

7)iron baju untuk seminggu terus (kalau rajin..huhu)

8)basuh baju

fuh panjangnya list.harap2 dapat siapkan sume especially lipat kain.aku ni bukan blh kira sangat.kalau dah dtg en malas..xyah cakapla.mmg takkan jeling pn.apatah lagi nk sentuh.huhu

okla time to breakfast..then stat buat keje

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.welcome back.:

salam...

hhmm dh selamat kembali ke ibu kota pagi semalam.tak bestnya dah blk sini.kalau la dapat stay kt umah untuk selama-lamanya kan best..tp jangan berangan la.terima la hakikat kt sinila tempat kamu mencari rezeki.huhu

hujung minggu as usual duk sorang2.tapi tak kisah pn.ujung minggu kali ni mungkin hujung minggu yang agak bizi bagi aku.banyak benda yang perlu dibereskan.keje yang dah lama tertangguh,keje yang perlu disiapkan juga menimbun menanti giliran untuk disiapkan.erk skemanya ayat :p

harap-harap mana2 keje yang tertangguh tu dapat disiapkan secepat mungkin.serabut kepala dah tengok rumah bersepah..

wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS