RSS
Container Icon

Malam Jumaat

Malam ni malam Jumaat. Banyak kelebihan mlm Jumaat ni. Mlm penghulu segala malam. Mlm ni disunatkan membaca surah Al-Kahfi..aku xbc lg..hehe..japg nk lepas solat isyak br nk bc, td xsempat.xsabar nk tgu esk..cb teka apa yg akn berlaku esk..esk pg aku akn blk kg.yey!!bestnya dpt blk kg.windu sgt2 dh ngan family.sabar ye familyku..esk daku pulang.mlm ni nk abhkan bc novel br yg br dbeli.novel br karya aisya sofea 'selagi ada dia'.

Ofis skrg ni mmg bosan sgt even dh ada keje tp still bosan.skrg ni tgh dlm project jd shadow utk testing nokia project.xlh nk bgtau byk2 confidential..hehe..hrp2 cpt dpt project br.DPN skrg ni kt India..hopefully dia blk nnt bw berita gembira utk kami yg dh kebosanan kt ofis ni..tp syukur sb atleast adala keje nk bt even just jd shadow pn.yg pntg experience..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persahabatan

Persahabatan? Apakah definisi persahabatan bagi seseorg? Mungkin berbeza dari seorg dgn seorg yg lain..mgkn ada yg kt sahabat ialah seseorg yg berdada di sisi ketika susah dan senang. Ada juga yg kata sahabat ialah seseorg yg blh di ajak berbicara, bergembira dan berkongsi segala suka dan duka. Yg lain mgkn jg berkata sahabat ialah seseorg yg blh menegur antara satu sama lain apabila salah seorg berbuat salah dan sama2 cb memperbaiki kelemahan diri. Byk definisi yg terbit dr mulut apabila ditanya soalan ini kepada kawan2..Tp persoalannya apakah benar apa yg dijawab sama seperti apa yg zahirkan melalaui perbuatan? Ramai yg apabila ditanya berbuih mulut menjawab definisi sahabat tp apabila sampai kepada praktik langsung xsama dr apa yg dibahaskan. Layakkah anda digelar seorg sahabat andainya anda berpura-pura di depan sahabat anda? Layakkah anda digelar sahabat andainya anda tidak telus dgn sahabat2 anda? Konon sahabat tp bl sahabat dlm keadaan kesusahan dimanakah anda utk sahabat anda meminta tlg? Itukah yg digelar sahabat? Sahabatkah anda sehingga sanggup menguris perasaan sahabat disebabkan perangai anda yg pentingkan diri sendiri. Semasa susah anda tanpa segan silu , mulut manis meminta pertolongan tp bl anda senang anda sombong dengan sahabat anda, anda jauhkan diri dari sahabat anda, xsudi menerima apa2 dari sahabat anda.

Mungkin ada yg agak terkejut tatkala membaca entryku kali ini agak pedas nmpk cm marah je kn? Bkn marah sebenarnya tp kecewa dan sedih ngan masyarakat sekarang. Mungkin ada yg xpercaya, mugkin jgk ada yg terasa pedasnya. Yela biasala sapa mkn cili diala yg terasa pedasnya. Bg yg xpercaya, percayalah. Inilah realiti kehidupan sekarang. Perkara sebegini juga berlaku pd seorg dr sahabatku yg aku kenali semasa di universiti lg. Alhamdulillah walaupn masing2 dh keje tp masih lg berhubungan.

Cukupla aku namakan sahabatku ni sebagai A dan sahabatnya sebagai B. A bgku seorg yg baik. Dia xpernah cb utk sakiti hati sahabat dia. Walau macammana sekali pn dia ttp akn tlg sahabat2nya sekira diminta pertolongannya sehingga kadang2 smpi sanggup menolak ketepi hal sandiri andainya ada sahabat meminta pertolongan. Ya Allah betapa sucinya hati sahabatku ni. aku teramat kagum melihat ukhuwwah A dgn sahabat2 yg lain sehingga kdg2 terbit rs cemburu kerana xmampu menjadi sahabat yg sepertinya. Dalam hati aku berdoa mg aku juga sebegitu dalam bersahabat.

Sehinggala suatu hari sahabatku ini mengadu mengatakan dia amat terguris dgn seorg sahabatnya. Aku terkejut kerana sepanjang perkenalan dia xpernah terguris hati dgn sahabat. Klu ada pn dia akn cpt2 buang perasaan itu tp kalini hatinya mmg terguris dalam sgt. Ya Allah apa yg telah berlaku ni? Setelah diceritakan kepadaku rp2nya ada antara sahabat2nya seperti cb menjauhkan diri darinya. Mulanya dia cb mengusir perasaan itu takut2 andai itu hanyalah suara syaitan yg ingin melihat hambaNya lemah. Namun lama kelamaan perasaan itu mkn bersarang dhati sahabatku ini. Kalau dulu A sahabatku ini baik dgn B, selalu berbicara ttg agama, bermuzakarah ttg isu2 semasa, berkongsi pendapat ttg apa sahaja. Tp sejak akhir2 ni ktnya B sdh xseperti dl. Sehinggakan diajak makan bersama-sama pun,mst akn ada alasan. Mcm2 alasan yg keluar dr mulutnya. Jumpa pn dh xsemesra dl. Andai ditegur pn cm nk xnk je tgrnya. Puas sahabatku bertanya pd diri sndiri apa yg xkena sbnrnya? Apakah ada perkara yg dilakukan yg melukakan hati B? Puas dia berfikir tp buntu dlm mencari kesalahan dirinya thdp shbtnya. Even sampai tahap tu dia msh cb berbaik dgn sahabatnya. Terasa dari hari ke hari hubungan tu semakin renggang. Terasa seolah2 spti ada jurang yg besar sgt antra dua shbt ini. Sehingga suatu hari A terguris smpikan mengalir airmata sedih , kecewa dgn sahabatnya. Semasa A bercerita dgn aku pn dia menangis. A memberitahu padaku dia seolah-olah sudah tidak kenal shbtnya itu. Bgnya shbtnya sudah berubah. A terasa spti disisih oleh sahabtnya. Aku smpi xtau nk kata apa...sanggup B bt cmtu. Apakah kerana skrg ni dia dh ada sahabat lain maka dia pinggirkan A? Atau A ada berbuat sesuatu yg menguris perasaan B yg A xperasan? Lupakah B pd zaman silam dl siapakah yg selalu memotivasinya andai dia jatuh tersungkur? Siapa yg xpernah jemu memberi kata2 semangat andai dia kalah dlm berjuang dijalan Allah? Mengeluh aku mendengar kata2 sahabatku. Hnya yg mampu aku katakan bersabar jela dlm mengharungi ujian Allah ini. Yakinlah setiap yg berlaku ada hikmahnya. Skrg ni A mmg terasa hati dgn sahabatnya smpikan dia berkata kpdku dia xkn tgr B. Appa2 pn dia cm akan tgu B tgr dl brla dia akn membalas. Bkn bermaksud ingin bermusuh tp yela setiap manusia ada pridenya. bkn senang2 je nk pijak kepala.

Cuma satu yg ku pinta andai B terbaca entry ini sedarlah ada sahabat anda yg terguris dgn perilaku anda sekarang. Mungkin anda xperasan sbnrnya dlm diam anda telah mengguris hati seorg sahabat. Dalam hal ni aku xde nk salah sesiapa pn baik A atau B cm apa yg blh aku katakan ialah jagalah hati sahabat anda sekalipn waktu ini anda sdh ada teman baru yg serasi dgn anda mungkin. Tp jgn sekali2 kita lupakan sahabat kita. Ingatlah mungkin Allah bagi kita sahabat yg lain sebagai ujian utk kita dalam persahabatan. Adakah kita seorg yg pentingkan diri sendiri atau pentingkan persahatan.

Dalam apa jua yg kita lakukan selalulah muhasabah diri. Kita hanya insan yg lemah yg kadang2 tanpa sedar melakukan sesuatu yg menguris hati sahabat. Apa2 pn igtlah sekiranya kita bt begitu kdp sahabat kita suatu hari nnt xmungkin ada sahabat kita yg akan bt begitu kepada kta.

Akhir kalam renung2lah kisah ini. Mg dijadikan teladan dalam bersahabat. Igtlah Allah amat membenci hambaNya yg cb menutuskan hubungan persahabatan. Aku jg mengambil kisah ni sebagai teladan sama2 mihasabah diri sndiri. Mg kita sentiasa mencari dan mendapat redha Allah

Wa'llahu 'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekadar renungan...

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar

Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan

Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti
Muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah".

KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS