RSS
Container Icon

:.entry marah+bengang+geram.:

salam...

lama betul blog ni terbiar.kesian dia..malam ni terasa nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati ini

kadang-kadang kita terasa nak bercerita tapi kita tak tahu pada siapa untuk kita luahkan.memang kita sentiasa dikelilingi orang yang dikenali setiap hari.tapi tak semua orang kita boleh bercerita.ada orang faham apa yang kita rasa.ada orang buat-buat tak faham.ada orang yang langsung tak faham!

penat memendam perasaan apabila tiada tempat untuk meluah.terasa bahu berat sangat memikul beban.ke hulu ke hilir seorang diri tiada siapa yang mengerti.setiap kali ingin bercerita terasa tiada yang sudi mendengar.kalau ada pun diri ini pula yang berat untuk bercerita.memikirkan pihak sana juga banyak maslaah yang ditanggung.tidak mahu menambah beban, akhirnya mengambil keputusan berdiam diri sahaja.yes that is the best as of now.cuba untuk menelan masalah seorang diri.cuba untuk belajar tabah.walau tahu hati tidak setabah itu.tetapi tetap ingin mencuba

penat memaniskan muka.penat cuba untuk tidak mengecilkan hati mereka.mnamun aku juga sama seperti kamu.sama seperti orang lain yang juga punya perasaan.aku cuba untuk menjaga perasaan kau setiap kali bercakap dengan kau.tapi kenapa engkau tidak sebegitu?kenapa asyik merungut?aku benci orang suka merungut.betul-betul tak reti bersyukur.

cubalah belajar untuk tidak merungut.orang lain pn sama penat macam kau.sama serabut kepala atas setiap apa yang berlaku.sama penat malah lagi penat dari kau.tapi kami masih boleh bergurau senda.come on lah!be professional. suka,suka jugak.gelak,gelak jugak.joke is still a joke but when it comes to work please be professional.kita semua dah besar kan.bukan budak-budak yang perlu diajar each and everything in this world.akal yang ada jangan disia-siakan

penat mengadap kerenah orang yang tak reti nak profesional.berlagak cam reti semua benda.pantang ditegur.perasan konon apa yang dibuat semua betul tapi hakikatnya hampeh!!!menyusahkan orang lagi adala.remember what you did you get back!jangan nak sesuka hati mengarah orang.jangan sesuka hati menabur janji kalau tak mahu tepati.

harap-harap lepas ni aku dapat hadapi dengan hati yang terbuka.cuba berlagak tenang.walau hati berkecamuk.jangan dikacau andai nampak aku diam.kelak nanti kau jugak yang merana.aku dah muak dengan perangai kau.jangan dicabar aku.nanti parah akibatnya.if anything happen tanggungla sendiri.jangan kata aku tak bagi amaran

rasa cam tak pernah lagi tulis entry yang macam ni.aku cuba untuk tak tunjuk tapi rasa cam tak tahu kat mana lagi tempat untuk bercerita.hanya dairy in sahaja yang ada.yang sanggup telan apa sahaja yang aku cakap.ye la sebab dia takleh bercakap.hehehe

moga dipermudahkan segala.moga tahap kesabaran ini tetap tinggi seperti biasa.moga aku masih mampu untuk tidak bersuara.takut andai aku bersuara menangis la kau nanti..

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.impian dan harapan.:

salam...

update blog yang berhabuk ni kejap sambil tunggu defrost ayam.nak masak mee goreng.

eh baru perasan harini 16/3.alhamdulillah cukup 5 bulan kami sah sebagai suami isteri.kejap sangat masa berlalu.rasa macam baru semalam majlis akad nikah berlangsung.alhamdulillah kami makin serasi.sekali sekala merajuk tu biasala.sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.tak kiralah lama mana usia perkahwinan setiap pasangan pasti akan merasai.itulah asam garam dalam rumahtangga.yang penting kami makin bahagia dari hari ke hari :)

oklah bukan itu sebenarnya yang nak cerita.tengah fikir nak taip entry ni tadi ternampak date kat laptop ni.nampak sangat buzy ye sampaikan hari ngan date pun tak sedar cepat berlalu.

kat office sekarang ni memang tengah hectic sangat-sangat.sejak minggu lepas setiap hari balik kerja malam.hujung minggu pun kerja.sian kat hubby kena makan luar malam-malam sebab bini dia ni dah tak larat nak masak sebab penat kerja.harini je memang niat nak balik awal sebab rasa kepala dah tingtong sangat-sangat dah.bolehla spend masa untuk masak untuk suami.alhamdulillah

inilah asam garam isteri bekerja.siang hari berhempas pulas, perah otak untuk siapkan kerja, nak kejar deadline.malam pulak balik kerja terus ke dapur masak untuk suami.ni belum ada anak.dah ada anak nanti tak tahula cemana.walau penat siang dan malam tapi kami tak kisah asalkan suami senang hati.

senario kat atas tu apply dalam kehidupan aku lepas bergelar isteri ni.isteri orang lain aku tak tahu la.tapi setakat kawan-kawan aku semua macam tu.balik terus gegas masak untuk suami pulak.bak kata orang tua-tua penat takpe asalkan perut suami terisi.itu yang paling penting kena jaga.air tangan isteri sangat penting dalam rumahtangga.aku ingat lagi masa mula-mula kahwin aritu nasihat pertama umi untuk aku 'walau penat macam mana pun kena luangkan masa masak untuk suami.biar simple asalkan masak.jangan jadikan perbuatan beli atau makan kat luar sebagai satu habit.itu salah satu cara nak tambat hati suami'

aku sangat setuju dengan kata-kata tu.macam suami aku dia tak prefer makan kat luar.sekali sekala tu bolehla nak makan luar.tapi kalau 2 3 malam aku tak masak, nanti mesti dia cam terpaksa to say yes untuk makan luar.so memang aku akan masak setiap malam.simple ke sedap tak sedap itu cerita lain.yang penting masak.

kadang-kadang terfikir jugak sampai bila aku nak macam ni.siang hari kejar cari rezeki.malam pulak uruskan hal rumah.actually deep inside aku lebih suka jadi suri rumah.suka hidup bebas tanpa perlu terikat dengan orang.sememangnya aku jenis yang tak suka dikongkong.apa-apa yang aku buat biar aku buat dengan rela hati bukan atas paksaaan dari orang lain.aku lebih suka ada kat umah buat hal rumah,menjahit,dekorasi rumah.itu yang aku inginkan sebenarnya

insyaAllah andai ada rezeki lebih aku doa sangat-sangat moga impian dan harapan aku jadi kenyataan.moga dipermudahkan segala urusan untuk kami sekeluarga.moga kami berdua dimurahkan rezeki.amin ya Rabbal 'alamin

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.bz bz bz.:

salam...

lately sangatlah bizi ngan kerja ofis sampai sabtu ahad pun dtg ofis jugak.rajin kn saya ujung mgu pn keje..hheeee.skrg ni UAt tgh berlangsung.system byk yg tak test.so tester2 sume di request utk dtg weekend test system before client test.

hhmm tak kisah pn.biasala asam garam org bekerja.sekali sekala keje ujung mgu apa salahnya.tp yg tak bestnya sb project tu cm ntah pape.communication fail!org s'pore xnk share news lgsg ngan org msia.pastu klu UAT fail ktorg jugak yg disalahkan.what is the.....dorg yg xnak share info kita plak yg kena..rasa cm apa yg ktorg bt selama ni sia2 je.

tp takpe..tak kisahla apa yg dorg bt.cemana dorg treat kami kt sini.like what my manager said.you can be frustrated because you have feeling.you are human not robot.its normal for you to feel sad,angry,frust but whatever happen dont lose your value.yg penting experience yg kami dpt.its something that you cant buy.tak blh nk banding dgn harga.teramat bernilai utk masa depan kami.

bunyi semacam je ye.cam ada ura2 nk bealih arah je.insyaAllah klu ditakdirkan beralih arah,klu taknak pn ttp akan beralih.sumenya di tangan Allah.apa2 pn lets strive for the best..hopefully project ni abih dlm masa yg ditetapkan.ada lg 2 bulan nak abih..

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.sila jawab tag ye pn yus.:

salam...

dah lama rasanya tak kena tag nih.kalini kena tag plak ngan bakal ibu pn. noli.sekali sekala kena tag best jugak.hehe.dh bbrp kali tertangguh nk bt tag nih.biasala asik bz je ngan keje umah.bk internet pn skjp2 je.tak smpt nk ngadap lama2.mlm ni je ada ruang skt sb tak masak n hubby pn blm blk lg.

okla xmo cite pnjg dh.jom layanzzzz

5 NAMA SAMARANKU
(1)Kak/kakda - ni panggilan dalam family.since aku anak sulung adik2 sume pggl aku kak.adik2 sepupu plak plgg kakda..kak ye bukan kak long..
(2)Da - ni pn panggilan dalam family.umi abah,sedara mara sume pggl aku Da.
(3)Kak LOng - ni kawan2 umi yg pggl aku.klu jmp ngan kawan2 umi mst dorg pggl aku kak long.even aku tak bape berkenan tp layankan je la.seb baik kawan2 umi.huhu
(4)Yus - ni plak panggilan kawan2.aku pn tak igt cemana kawan2 blh pggl nama ni.yg aku igt ms darjah 2 kawan2 mmg dh pggl ngan nama tu. family in law pn pggl aku ngan panggilan ni.sb masa kena suami,dia pggl aku dgn nama ni.
(5)Honey - ini tentula insan istimewa dalam hidup aku yg pggl..en hubby pggl ngan nama ni.cair aku dengar.hihihi
.
5 TARIKH PENTING
(1) 31 dec - my birthday.last day of the year.hehe
(2) 5 july - tentula birthday hubby
(3) 19 dec - tarikh sah bergelar tunang org
(4) 16 oct - alhamdulillah dh sah tukar status jd isteri org
(5) 20 sept - birthday umi n abah.dorg ni sama birthday.best kn.nama atuk dua2 belah pihak pn sama Hassan..byk btl kebetulannya.best2..hoho
.
5 PERKARA SAYA BUAT SEMALAM
(1) pegi keje pd ari ahad..huhu.sejarah hidup nih.sian hubby kn tggl sorg2 kt umah
(2) sebelum pg keje masak dl utk hubby..kari ayam..shedapnya..hehe ^__^
(3) sebelum masak kemas umah,jemur kain.biasala rutin biasa suri rumahtangga
(4) hhmm apa lg ye.oh ya.1st time bt lempeng.menjadi.yeay!!
(5) blk dr keje dh malam.so takde g mn.rehat dpn tv je la ngan hubby.sumenya ngan hubby..suke2 lompat2..haip!!sudah2!!
.
5 PERKARA BUAT SAYA GEMBIRA
(1) dapat sms/call dari en hubby syg..
(2) dpt layann cm princess dr hubby
(3) hubby tlg masak n bt keje umah
(4) sambut hubby blk keje..hohoho sumenya berkaitan ngan hubby.tlg jgn muak ye :P
(5) ye la..yg ni takde kaitan ngan hubby dh.dpt mkn apa yg diidamkn especially tomyam...eemm yummy!!!
.
5 PERKARA SEBAB JAWAB SOALAN
(1) tengah takde keje smbl tgu hubby blk kije
(2) sb kn tag ngan pn. noly.haha
(3) saja suke2 sb dh lama tak jawab tag.hoho
(4) klu tak jwb tag ni sure lmbt lg la nk ada update blog ni.so sbnya utk tmbh entry blog.wink wink!
(5) hhmm lg apa ye.pikir2..err..ni kira sbgi sebab x.hihihi:P
.
5 KAWAN UNTUK DITAG
hhhmmm yg ni taktaula nk tag sapa.sapa2 yg terbaca klu tetiba rasa rajin nk bt sila la ye.tp ada ke org bc blog aku nih..huhu

sekian yeay siap gak akhirnya.noly yus dh jawab dh.hehe ;)

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.12pm-5.30am.:

salam...

harini bangun pagi terus amik baldi n basuh kete.skrg lega tgk kete dh berkilat.klu x, nk drive pn rs tak lalu sb kete kotor sgt.biasala bl lepas blk dr kg, klu tak kotor tak sah.wajib kotor.tgh rehat nk keringkan peluh before g mandi.sekali sekala best gak.takyah g exercise lari sana sini.basuh kete pn dh cukup utk mengeluarkan peluh.duit pn jimat.hati pn puas sb sendiri basuh.all in 1..i like hehe ^__^

pasal tajuk kt atas tu.sbnrnya cite ni dh agk basi dh.tp saja nk tulis jgk.kenangan di masa depan la katakan.

last weekend cuti CNY. so kami berdua buat keputusan balik kg aku Kelantan.sejak kawen inilah perjanjian kami.klu cuti lama sket blk Klantan.balik Manjung sebulan sekali.ni kira 1st time ktorg blk la lepas kawen.bayangkan sejak kawen bulan 10 aritu tak penah blk lg.huhu.tersangatla lama.

balik kalini lain sket.sb kami akan pulang ke kg bonda kt Thailand.sedara masa kt sana dh bising bila nak bwk menantu blk kg.so since cuti agk lama ktorg de Thailand.klu tak blk masa ni taktau bl plak blh blk.lepas ni cam takde dh cuti lama cmni.

since ari Rabu both of us still keje takleh nk amk cuti ktorg decide nk blk awal pg Khamis.gerak dari Kajang kul 5pg n sampai Kota Bharu dlm kul 1.30.rehat jap kul 4 gerak blk Thailand.sampai umah nenek agk lewat dalam ku 11 malam sebab ktorg singgah umah makcik jap mkn malam kt sana.tu yg lmbt smpi.esoknya ari Jumaat ada kenduri sket kt umah nenek.umi bt kenduri arwah.ari sabtu tengah hari gerak blk Kelantan.ari Ahad ktorg nak blk KL dh.rasa cm sekejap sgt blk kg.mmg tak puas sb rasa skjp je duk umah.byk duk atas jalan ke sana sini.

ari Ahad memula aku plan nk gerak awal pg lepas Subuh terus gerak.tp umi cakp pgla pasar dulu beli apa2 yg ptt utk bwak blk KL.kebetulan plak kakak ipar aku ada kirim barang.so okla decide nk gerak lmbt sket.dlm kul 10 cmtu ktorg gera dr umah n pg bandar jap beli apa2 yg ptt.giler banyak beli buah2,keropok..mmg penuh 1 kete.kali ni blk KL adik2 aku 2 org tu join skali.jimat duit tiket bas.alang2 aku balik KL,balikla sama.denga orgnya yg mmg dh penu 4 org.bonet blkg penuh dh ngan beg masing2.adik2 aku beg dorg mengalahkan ktorg ni.kami walau 2org 1 be je.dorg 2 org dh 4-5 beg.mak aih mana la tak penuh bonet tu.so dh beli sume brg2 td sumbat je la kt depan.masing2 dh bersila dh sebab brg penuh kt kaki.

masa tu gerak dlm pukul 12.dalam kete pasang radio.tetiba dengar siaran traffic.kt PLUS highway sesak teruk dr Utara ke Selatan ke dua2 sesak menghala ke KL.dr LPT n Lebuhraya Karak pn kete dh gerak perlahan kt tol Bentong n tol Gombak.aku dlm hati 'ha sudah.asam ni dh start jam dh kt sana.aduyai bala2'.masa tu aku pandang hubby.hubby pn pandang aku jugak.masing2 sengih.takyah ckp masing2 dh faham dh apa yg ada dlm fikiran masing2.

dr Kota Bharu perjalanan okla takde jam sgt cm biasala kete banyak menghala ke arah KL.sampai je kt Machang sudah terus start jam.aku ingatkan ada excident ke apa sb masa tu ada 2-3 kali ambulans lalu.rupa2nya bukan jam sn excident tp jam sb kete banyak.bayangkan dari Machang ke Kuala Krai sepatutnya tak sampai sejam je tp aritu 4 jam br smpi Kuala Krai.start jam kul 1.15ptg sampai Kuala Krai kul 5 ptg.aduyai punyala lama jam.masa tu jugakla kita blh tgk betapa teruk perangai org2 Malaysia ni.punyala dorg tak sabar.main potong kut lane emergency.tak pn potong kut lane kanan.mentang2 dr arah sana takde kete.pastu bl ada kete dtg dr arah sana mulala nk mencelah tgh2 jam tu.masa tu aku yg drive.mmg aku lgsg tak bg peluang dorg nk cilok tgh2.lantakla dorg nk ckp apa.org lain pn nk cepat gak smpi.tapi agak2la jalan tgh jam kn.dorg igt pompuan yg drive blh bt sesuka ati la.silap org la.husband aku kt sebelah siap gelak lg sb aku mmg lgsg tak bg chan.sekali je bolos.itu pn sb dia main terus masuk je.terus aku bg hon.amk nak.sapa suh cilok cmtu.org lain pn nk blk KL jugak.sabo sket tak boleh ke.tu pn ada yg kena sman ngan polis.aku mmg puas atila.padan muka.sapa ajar potong ikut emergency lane

itu br separuh perjalanan.ktorg smppi kt Gua Musang maghrib.masa t masing2 dh kelaparan.sb ktorg makan pg je kt umah.terus benti solat n makan.then gerak balik.smpi je kt Benta ke cmtu.aku dh tk tahan dh.ngantuk sgt2 tkar driver ngan husband.smpi je kt Bentong jam kejap kt bandar dia.bila naik je Ya Allah terus jam.giler2 punya jam yg mmg tak gerak.bayangkan tak tekan minyak pn.duk tekan brek je sepanjang highway tu.biasanya dr situ nk smpi ke tol Bentong rasanya tak smpi 15 minit.ti kalini adala dekat sejam.nk lepas tol Bentong tu punyala lama.sampai jalan pn bau hangit.kete penuh benti tepi jalan memasing benti tido n rehat.sb penat sgt n lama sgt stuck dlm jam.jam dr memula masuk highway smpila ke RnR Genting Sempah.lepas tu brla jalan smooth.ktor end up smpi UIA Gombak kul 4.30pg.then anta adik aku sorg lg kt UPM.smpi Kajang kul 5.30 pg.

ari isnin tu dua2 MC.sakit badan sb lama sangat dlm kete.mmg kalini jam terbaik punya.sejak aku da kete duk drive blk kg.ni 1st time jam teruk cmni skali.masa mula2 gerak dr KB aku dh agak mst jam tp aku igt smpi KL dlm kul 1 2 pg.tp xsangka plak smpi cmtu skali.sian kt hubby.1st time blk umah mak metua terus kena jam teruk ye.hehe harap2 lepas ni hubby tak serik ler blk Kelantan ye.lpas ni kt naik flight ye hubby.hehe ^___^

mmg ni la antara pengalaman yg takkan dilupankan dalam bab2 ni.sejarah hidup tu...

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS