RSS
Container Icon

:.berjauhan.:

salam...

hari berdua di rumah tp bukan dengan suami tapi dengan adik.

en suami semalam balik kg.plannya nak balik sama2.tapi umi plak tak kasi.katanya belum buat majlis sambut menantu lg.so menantu still tak boleh pegi umah mak mertua.umi kata lg adat masih kena pegang.lepas ni nak balik hari2 pn takpe.huhu.apa boleh buat terpaksala kami berjauhan sekejap.

seb baik utk semalam je.klu lama2 tak tahan den rindu sama itu pakwe ensen.hehe.malam ni hubby balik.tak sabar nak tunggu hubby balik.rindu bangat sama hubby.

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.alhamdulillah.:

salam...

memegang title seorang isteri bukan sesuatu yg mudah.banyak perkara perlu dijaga.hal berkaitan suami juga rumahtangga.melayan suami juga perlu.segala makan pakai perlu dijaga dengan sebaik mungkin.bak kata umi walau penat cemana pn jangan ajar makan luar.kerana air tangan isteri itu adalah penting untuk mengikat kasih sayang antara suami isteri.insyaAllah nasihat umi akan selalu aku ikut

aku bersyukur dikurniakan dengan seorang suami yg soleh dan ringan tulang.alhamdulillah setakat ini banyak perkara yg dia tolong aku.bila makan dia sendiri yg akan basuh pinggan kami.katanya biarlah dia bantu sementelah aku dh penat masak untuk dia.tenang rasa hati.hilang penat kerja, penat masak utk suami.dia juga tidak cerewet.apa yg dimasak itulah yg dimakan.

alhamdulillah moga ia berterusan untuk selama2nya.syukur Allah atas segala nikmat yang diberikan.terasa penantian selama ini berbalas dengan sebuah kebahagiaan dan ketenangan.moga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga.amin ya rabbal 'alamin

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.alhamdulllah dah selesai.:

salam...

alhamdulillah tanggal 16 October adalah hari yg amat bermakna dalam hidup aku.hari aku bertukar status dari single kepada isteri orang. tepat jam 10.15 pagi aku sah menjadi isteri kepada suami tercinta dengan sekali lafaz..syabas ye hubby.hehe ;)

menjadi raja sehari mmg penat.tapi itulah hari yg paling bermakna.kehidupan skrg makin berubah.bangun pagi kena siapkan sarapan untuk suami.pastu ptg masak utk suami.tapi aku tak kisah pn.malah gembira sebab dapat blh dpt pahal free2 je.senang betul keje :)

kepada kawan2 yg anta SMS wish selamat pengatin baru terima kasih sebab SMS.pada sapa2 yg aku tak terbalas blk SMS korg tu aku minta maaf banyak2.mmg tak sempat.hp pn ntah kemana peginya.

doa aku moga kami dapat melayari bahtera ni dengan aman damai.saling bertolak ansur.masih baru dalam alam suami isteri.teramat banyak perkara perlu belajar n adapt.

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.apa perasaan.:

salam...

tak sampai 24 jam insyaAllah aku akan bergelar isteri orang dah.tak sedar masa berlalu.pejam celik pejam celik dah sampai dah masanya.

perasaan aku skrg bercampur baur.gembira,excited pn ada.ye la takde org yg sedih when it comes to her/his big day.alhamdulillah impian yg selama ini aku idamkan insyaAllah akan jadi kenyataan esok.

tp dalam masa yg sama sedih pn ada.sebab dah tak boleh manja2 cm selalu dah.dah tak boleh selalu balik jumpa umi abah.lepas ni kena gilir2 dah belah utara ngan timur ni.

tp inilah yg dinamakan kehidupan.kita takkan selalu boleh berada pada keadaan yg sama selamanya.pasti akan ada perubahan.cuma kita kenala utilizekan sepenuhnya.jangan asyik nak menang je.kena fikirkan pihak belah sana jugak.apatah lg aku ni isteri.kenala ikut cakap suami.syurgakan bawah tapak kaki suami :)

malam ni taktau la kul bape blh tido.badan dah penat ni.harap2 esok semua berjalan dengan lancar amin ya rabbal 'alamin

dah mula rasa berdebar..cam aku je yg nak lafaz akad ye..hehe

wasalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:.ramainya orang.:

salam...

tinggal beberapa hari je lg.apa perasaan??rasanya orang yang dah pernah lalu tahu apa yg aku rasa skrg ni.tak tahu nk ckp..kena rasa sendiri.

skrg ni umah bising.sedara mara jauh dah sampai untuk sama2 meraikan hari bahagia.riuh rendah rumah dibuatnya.sepanjang hiudp inilah kali pertama aku merasai suasana camni.maklumla aku cucu sulung belah abah yang kahwin.belah umi plak aku cucu kedua yg kawen.tapi sepupu aku yg kawen tu makck aku tak bt kenduri besar.cm kecil2 kecilan je.aku sndiri pn tak pegi.

so bila sume sedara berkumpul cmni rasa neves tu makin bertambah.lg2 ada je pkck atau mkck aku yg duk usik aku.tak pasal2 jadi topik perbualan dorg plak.sabo je la.actually aku gembira sb sume sedara mara ada.bukan senang nak duk berkumpul camni kedua2 belah umi dan abah.mmg penuh rumah ni.rumah yg besar ni tetiba jadi sempit.

apa2 pn doakan moga majlis nnt berjalan dengan selamat ye.amin

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS