salam...
update blog smbl tgk AF.teringat zaman anak dara dulu.tiap2 minggu tak penah miss tgk AF ngan noly.gelak sama2.kutuk sama2 kalau ada yang nyanyi tak best.tersangat rindu zaman tersebut
minggu lepas ada dengar ceramah kt radio IKIM.fm.ceramah Prof Dr Muhaya.ceramah tu tentang paradigma.best sangat dengar.dari hari ke hari duk nak buat entry pasal ceramah tu.tapi tak terbuat sebab kertas yang aku tulis pasal ceramah tu asik tertinggal kat office je.
nantila bila aku teringat aku bawak balik and create entry tentang ceramah tu.
wassalam
:.asik lupa je.:
:.entry marah+bengang+geram.:
salam...
lama betul blog ni terbiar.kesian dia..malam ni terasa nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati ini
kadang-kadang kita terasa nak bercerita tapi kita tak tahu pada siapa untuk kita luahkan.memang kita sentiasa dikelilingi orang yang dikenali setiap hari.tapi tak semua orang kita boleh bercerita.ada orang faham apa yang kita rasa.ada orang buat-buat tak faham.ada orang yang langsung tak faham!
penat memendam perasaan apabila tiada tempat untuk meluah.terasa bahu berat sangat memikul beban.ke hulu ke hilir seorang diri tiada siapa yang mengerti.setiap kali ingin bercerita terasa tiada yang sudi mendengar.kalau ada pun diri ini pula yang berat untuk bercerita.memikirkan pihak sana juga banyak maslaah yang ditanggung.tidak mahu menambah beban, akhirnya mengambil keputusan berdiam diri sahaja.yes that is the best as of now.cuba untuk menelan masalah seorang diri.cuba untuk belajar tabah.walau tahu hati tidak setabah itu.tetapi tetap ingin mencuba
penat memaniskan muka.penat cuba untuk tidak mengecilkan hati mereka.mnamun aku juga sama seperti kamu.sama seperti orang lain yang juga punya perasaan.aku cuba untuk menjaga perasaan kau setiap kali bercakap dengan kau.tapi kenapa engkau tidak sebegitu?kenapa asyik merungut?aku benci orang suka merungut.betul-betul tak reti bersyukur.
cubalah belajar untuk tidak merungut.orang lain pn sama penat macam kau.sama serabut kepala atas setiap apa yang berlaku.sama penat malah lagi penat dari kau.tapi kami masih boleh bergurau senda.come on lah!be professional. suka,suka jugak.gelak,gelak jugak.joke is still a joke but when it comes to work please be professional.kita semua dah besar kan.bukan budak-budak yang perlu diajar each and everything in this world.akal yang ada jangan disia-siakan
penat mengadap kerenah orang yang tak reti nak profesional.berlagak cam reti semua benda.pantang ditegur.perasan konon apa yang dibuat semua betul tapi hakikatnya hampeh!!!menyusahkan orang lagi adala.remember what you did you get back!jangan nak sesuka hati mengarah orang.jangan sesuka hati menabur janji kalau tak mahu tepati.
harap-harap lepas ni aku dapat hadapi dengan hati yang terbuka.cuba berlagak tenang.walau hati berkecamuk.jangan dikacau andai nampak aku diam.kelak nanti kau jugak yang merana.aku dah muak dengan perangai kau.jangan dicabar aku.nanti parah akibatnya.if anything happen tanggungla sendiri.jangan kata aku tak bagi amaran
rasa cam tak pernah lagi tulis entry yang macam ni.aku cuba untuk tak tunjuk tapi rasa cam tak tahu kat mana lagi tempat untuk bercerita.hanya dairy in sahaja yang ada.yang sanggup telan apa sahaja yang aku cakap.ye la sebab dia takleh bercakap.hehehe
moga dipermudahkan segala.moga tahap kesabaran ini tetap tinggi seperti biasa.moga aku masih mampu untuk tidak bersuara.takut andai aku bersuara menangis la kau nanti..
wassalam
:.impian dan harapan.:
salam...
update blog yang berhabuk ni kejap sambil tunggu defrost ayam.nak masak mee goreng.
eh baru perasan harini 16/3.alhamdulillah cukup 5 bulan kami sah sebagai suami isteri.kejap sangat masa berlalu.rasa macam baru semalam majlis akad nikah berlangsung.alhamdulillah kami makin serasi.sekali sekala merajuk tu biasala.sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.tak kiralah lama mana usia perkahwinan setiap pasangan pasti akan merasai.itulah asam garam dalam rumahtangga.yang penting kami makin bahagia dari hari ke hari :)
oklah bukan itu sebenarnya yang nak cerita.tengah fikir nak taip entry ni tadi ternampak date kat laptop ni.nampak sangat buzy ye sampaikan hari ngan date pun tak sedar cepat berlalu.
kat office sekarang ni memang tengah hectic sangat-sangat.sejak minggu lepas setiap hari balik kerja malam.hujung minggu pun kerja.sian kat hubby kena makan luar malam-malam sebab bini dia ni dah tak larat nak masak sebab penat kerja.harini je memang niat nak balik awal sebab rasa kepala dah tingtong sangat-sangat dah.bolehla spend masa untuk masak untuk suami.alhamdulillah
inilah asam garam isteri bekerja.siang hari berhempas pulas, perah otak untuk siapkan kerja, nak kejar deadline.malam pulak balik kerja terus ke dapur masak untuk suami.ni belum ada anak.dah ada anak nanti tak tahula cemana.walau penat siang dan malam tapi kami tak kisah asalkan suami senang hati.
senario kat atas tu apply dalam kehidupan aku lepas bergelar isteri ni.isteri orang lain aku tak tahu la.tapi setakat kawan-kawan aku semua macam tu.balik terus gegas masak untuk suami pulak.bak kata orang tua-tua penat takpe asalkan perut suami terisi.itu yang paling penting kena jaga.air tangan isteri sangat penting dalam rumahtangga.aku ingat lagi masa mula-mula kahwin aritu nasihat pertama umi untuk aku 'walau penat macam mana pun kena luangkan masa masak untuk suami.biar simple asalkan masak.jangan jadikan perbuatan beli atau makan kat luar sebagai satu habit.itu salah satu cara nak tambat hati suami'
aku sangat setuju dengan kata-kata tu.macam suami aku dia tak prefer makan kat luar.sekali sekala tu bolehla nak makan luar.tapi kalau 2 3 malam aku tak masak, nanti mesti dia cam terpaksa to say yes untuk makan luar.so memang aku akan masak setiap malam.simple ke sedap tak sedap itu cerita lain.yang penting masak.
kadang-kadang terfikir jugak sampai bila aku nak macam ni.siang hari kejar cari rezeki.malam pulak uruskan hal rumah.actually deep inside aku lebih suka jadi suri rumah.suka hidup bebas tanpa perlu terikat dengan orang.sememangnya aku jenis yang tak suka dikongkong.apa-apa yang aku buat biar aku buat dengan rela hati bukan atas paksaaan dari orang lain.aku lebih suka ada kat umah buat hal rumah,menjahit,dekorasi rumah.itu yang aku inginkan sebenarnya
insyaAllah andai ada rezeki lebih aku doa sangat-sangat moga impian dan harapan aku jadi kenyataan.moga dipermudahkan segala urusan untuk kami sekeluarga.moga kami berdua dimurahkan rezeki.amin ya Rabbal 'alamin
wassalam...
:.bz bz bz.:
salam...
lately sangatlah bizi ngan kerja ofis sampai sabtu ahad pun dtg ofis jugak.rajin kn saya ujung mgu pn keje..hheeee.skrg ni UAt tgh berlangsung.system byk yg tak test.so tester2 sume di request utk dtg weekend test system before client test.
hhmm tak kisah pn.biasala asam garam org bekerja.sekali sekala keje ujung mgu apa salahnya.tp yg tak bestnya sb project tu cm ntah pape.communication fail!org s'pore xnk share news lgsg ngan org msia.pastu klu UAT fail ktorg jugak yg disalahkan.what is the.....dorg yg xnak share info kita plak yg kena..rasa cm apa yg ktorg bt selama ni sia2 je.
tp takpe..tak kisahla apa yg dorg bt.cemana dorg treat kami kt sini.like what my manager said.you can be frustrated because you have feeling.you are human not robot.its normal for you to feel sad,angry,frust but whatever happen dont lose your value.yg penting experience yg kami dpt.its something that you cant buy.tak blh nk banding dgn harga.teramat bernilai utk masa depan kami.
bunyi semacam je ye.cam ada ura2 nk bealih arah je.insyaAllah klu ditakdirkan beralih arah,klu taknak pn ttp akan beralih.sumenya di tangan Allah.apa2 pn lets strive for the best..hopefully project ni abih dlm masa yg ditetapkan.ada lg 2 bulan nak abih..
wassalam
:.sila jawab tag ye pn yus.:
salam...
dah lama rasanya tak kena tag nih.kalini kena tag plak ngan bakal ibu pn. noli.sekali sekala kena tag best jugak.hehe.dh bbrp kali tertangguh nk bt tag nih.biasala asik bz je ngan keje umah.bk internet pn skjp2 je.tak smpt nk ngadap lama2.mlm ni je ada ruang skt sb tak masak n hubby pn blm blk lg.
okla xmo cite pnjg dh.jom layanzzzz
5 NAMA SAMARANKU
(1)Kak/kakda - ni panggilan dalam family.since aku anak sulung adik2 sume pggl aku kak.adik2 sepupu plak plgg kakda..kak ye bukan kak long..
(2)Da - ni pn panggilan dalam family.umi abah,sedara mara sume pggl aku Da.
(3)Kak LOng - ni kawan2 umi yg pggl aku.klu jmp ngan kawan2 umi mst dorg pggl aku kak long.even aku tak bape berkenan tp layankan je la.seb baik kawan2 umi.huhu
(4)Yus - ni plak panggilan kawan2.aku pn tak igt cemana kawan2 blh pggl nama ni.yg aku igt ms darjah 2 kawan2 mmg dh pggl ngan nama tu. family in law pn pggl aku ngan panggilan ni.sb masa kena suami,dia pggl aku dgn nama ni.
(5)Honey - ini tentula insan istimewa dalam hidup aku yg pggl..en hubby pggl ngan nama ni.cair aku dengar.hihihi
.
5 TARIKH PENTING
(1) 31 dec - my birthday.last day of the year.hehe
(2) 5 july - tentula birthday hubby
(3) 19 dec - tarikh sah bergelar tunang org
(4) 16 oct - alhamdulillah dh sah tukar status jd isteri org
(5) 20 sept - birthday umi n abah.dorg ni sama birthday.best kn.nama atuk dua2 belah pihak pn sama Hassan..byk btl kebetulannya.best2..hoho
.
5 PERKARA SAYA BUAT SEMALAM
(1) pegi keje pd ari ahad..huhu.sejarah hidup nih.sian hubby kn tggl sorg2 kt umah
(2) sebelum pg keje masak dl utk hubby..kari ayam..shedapnya..hehe ^__^
(3) sebelum masak kemas umah,jemur kain.biasala rutin biasa suri rumahtangga
(4) hhmm apa lg ye.oh ya.1st time bt lempeng.menjadi.yeay!!
(5) blk dr keje dh malam.so takde g mn.rehat dpn tv je la ngan hubby.sumenya ngan hubby..suke2 lompat2..haip!!sudah2!!
.
5 PERKARA BUAT SAYA GEMBIRA
(1) dapat sms/call dari en hubby syg..
(2) dpt layann cm princess dr hubby
(3) hubby tlg masak n bt keje umah
(4) sambut hubby blk keje..hohoho sumenya berkaitan ngan hubby.tlg jgn muak ye :P
(5) ye la..yg ni takde kaitan ngan hubby dh.dpt mkn apa yg diidamkn especially tomyam...eemm yummy!!!
.
5 PERKARA SEBAB JAWAB SOALAN
(1) tengah takde keje smbl tgu hubby blk kije
(2) sb kn tag ngan pn. noly.haha
(3) saja suke2 sb dh lama tak jawab tag.hoho
(4) klu tak jwb tag ni sure lmbt lg la nk ada update blog ni.so sbnya utk tmbh entry blog.wink wink!
(5) hhmm lg apa ye.pikir2..err..ni kira sbgi sebab x.hihihi:P
.
5 KAWAN UNTUK DITAG
hhhmmm yg ni taktaula nk tag sapa.sapa2 yg terbaca klu tetiba rasa rajin nk bt sila la ye.tp ada ke org bc blog aku nih..huhu
sekian yeay siap gak akhirnya.noly yus dh jawab dh.hehe ;)
wassalam





