RSS
Container Icon

:.GAZA.:

Salam..

Sejak seminggu yang lepas semua bercerita tentang serangan kejam Israel terhadap Palestin.masing2 marah dan geram dengan tindakan Israel yang telah banyak mengorbankan nyawa yang tak bersalah termasuk wanita dan kanak-kanak.insan yang istimewa tempatnya di sisi Islam

aku juga mengikuti perkembangan Palestin ini di akhbar dan FB.sangat sedih bila melihat hasil kekejaman Israel.ya Allah sebak tengok kanak-kanak tak berdosa menjadi mangsa.ada yang sempurna,ada yang hancur sana sini,otak terburai ya Allah betapa hebat dugaan mereka ya Allah.syurga sedang menunggu mereka2 yang syahid ini

kita yang berada jauh hanya mampu berdoa,solat hajat, bantuan kewangan dan apa2 yang patut dari jauh sahaja.kalau kita rasa sedih,rasa marah dengan apa yg berlaku.mereka tambah2 lagi.aku doa moga kuat hati mereka berdepan dengan semua dugaan ini.

alhamdulillah kita masih dapat hidup di negara ini dengan tenang dan aman.itu pun banyak sungutan yang keluar dari mulut kita.ada je benda yang kita tak puas ati.ya Allah betapa lemahnya iman kami berbanding mereka di bumi Palestin.kuatkan hati kami,kuatkan iman kami sebagaimana Engkau kuatkan hati2 hambaMu di bumi Palestin

Ya Allah Kau tetapkan iman saudara seagama kami di bumi Palestin.selamatkan bumi Palestin dari serangan Israel durjana.Kau bantulah saudara kami, mujahid2 Mu di bumi Palestin.semoga doa2 kami sampai kepada mereka.semoga mereka tabah dan kuat menghadapi ujian ini.mungkin mereka kalah di dunia tetapi mereka menang di akhirat nanti.

pada yang nak menderma, disertakan no akaun Aman Palestin

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

Bank Muamalat: 12070005133717


RHB Islamic Bank: 21245760004907


Bank Rakyat: 22-080-619592-2


Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95


sumbangan turut boleh dilakukan menerusi SMS. Hanya perlu tai PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

moga sedikit sebanyak sumbangan kita dapat mengurangkan beban mereka. for more info please visit Aman Palestin

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: