RSS
Container Icon

:.marble cheese brownies.:

salam...

hujung minggu lepas akhirnya tercapai juga impian untuk bake kek ni.sebenarnya dah lama nak buat tapi ada aje halangannya.baru minggu lepas dapat buat.dan yang paling happy sebab kebetulan ngan birthday hubby.so kira buat sempena birthday hubby la.

sedap kek ni.hubby pn cm suka je.laju aje dia makan.tapi katanya klu cheese lg banyak lagi best.ni first try.dah tau dah nak agak.lepas ni yus buat yang version banyak cheese ye hubby.

ni resepi dia.amk kt sini

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

ni gambar2 kek yg aku sempat ambil...gambar before bake the brownies lupa nak amk.syok sangat buat cake.nngeeeee



smpt ambil yg lebihan smpn utk decorate atas kek je..


ni dh sdh bake brownies.dh tuang cheese atas adunan
n nak bakar lg skali bg cheese ni masak



ni dh sdh lorek before bake.sorryla tulisan sangat buruk..
maklumla org kurang berseni + xde piping beg.guna plastik as piping beg


ni la hasilnya selepas bake.agak buruk tulisan itu..
tp xkisah yg penting keknye sedap..hehe


moh kite close up sket.ni dh lepas potong.
tunggu nk ngap je..
selamat menjamu selera semua ;)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: