RSS
Container Icon

:.sembang petang sabtu.:

salam...

baru blk dr alamanda.td teman mardiyah g alamanda beli brg.hujung mgu beginilah kehidupanku.sorang-sorang kelip-kelip memandang siling rumah di tingkat 6 ini.dah terbiasa keseorangan begini.best jugak sebenarnya duk sorg ni..boleh layan jiwang sesuka hati.hehe

oh ya sebelum ni penah aku cakap mahu buat review buku.dan aku telah buat 1 entry review buku.dan ada 1 buku yagn aku dah sudah baca cumanya malas nk menaip tentang buku itu.nanti2 la bila terasa rajin.huhu.xde disiplin betul la aku ni.apa nak jadi ngan budak ni ye.hehe

btw minggu ni mood aku untuk meyiapkan kerja-kerja tangan membuat bunga telur bercambah.walau peratusnya tak banyak tapi okla dari xgerak langsung.rasanya dah 2 minggu aku tak sentuh langsung buat benda alah tu.seb baiklah tarikh nikahnya lambat lagi.xdela aku nk terkocoh-kocoh siapkan nnt.sebab itulah aku buat awal.sb aku tau aku ni jenis yg macam mana.mulanya aku plan nak buat 100 je utk letak kt tepi pelamin kiri kanan.tetiba aritu tunang aku kata adat orang perak biasanya ada 1 dulang untuk bunga telur.cite kat umi,umi kata 'dh tu tambah la lg 50 bunga telur'..adui nk siapkan yg seratus ni pn dh rasa azabnya.nak tambah lg 50.adui sesak nafas dibuatnya.

tapi memang salah aku jugak gatal tangan nak buat bunga telur sendiri.DIY la katakan.sekarang amik nak kau.silala rajin2kan diri anda ye.takpe2 chaiyok! ;)

hhmm sedar tak sedar dah masuk 5 bulan dah aku jadi tunang orang.tak lama lagi jadi isteri orang pulak insyaAllah.cepatnya masa berlalu.rasa baru semalam bakal mak mertua aku sarung cincin kat jari manis ni.tak lama lagi suami plak yang sarung.bila difikir-fikir balik memang rasa nak kawen tu ada.kalau boleh mmg tak nak tangguh lama2.tapi dh bersediakah aku utk pegang title isteri orang?lepas jadi isteri orang jadi mak orang plak.besar tanggungjawab tu.rasa takut pun ada.aku ni bukannya matang sangat pun.mudah nangis.cengeng orang kata.kuat merajuk.cepat marah.sume adalah.bila difikir makin dalam kalau orang lain boleh nape aku tak boleh.ye dak? apa-apa pun hadapilah dengan sabar dan tenang.minta tolong dariNya.insyaAllah semua akan berjalan lancar.semua akan selamat.gaduh2 manja tu biasala.sedang lidah lg tergigit inikan pula suami isteri.ececece.ayat takleh blah langsung..hahahaha

uik dh nak pukul 3 ke?okeh jangan membazir masa.nak g buat bunga telur ni sementara mood masih ada.jumpa lagi ye..

wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: