RSS
Container Icon

:.siapa aku?.:

salam...

Seperti biasa aku akan menziarahi blog teman2 di alam maya.hanya masa yg terluang ini sahaja yg aku ada utk semua ini.sampai di satu blog.seorang teman bercerita tentang kisah lamanya, bergenang air mata ini mengenangkan kisahnya yg sedikit sebanyak seperti kisah silamku.

Sungguh aku rindukan kisah itu.rindukan zaman itu.zaman bergurau senda bersama,belajar bersama,bertekak,merajuk,masam muka,ke sana sini bersama2..semua itu mekar kembali di kotak ingatan.betapa masa telah jauh berlalu dari zaman itu.banyak yg sudah berubah.namun semua kenangan itu tidak akan berubah.sentiasa ada di sini, di hati ini.

pernah dia berpesan kepadaku,walau apa yg berlaku tabahlah menghadapi setiap dugaan itu kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi.Allah tidak menjadikan sesuatu sia2.cepat atau lambat pasti akan ketemu jua hikmahnya.

ketika aku meluahkan keresahan di hati ini,kata2 nasihat darinya menyejukkan hati,menenangkan jiwa ini.terasa betapa dia mengambil berat tentangku.walaupun kami berada dalam dunia yg berbeza namun itu semua tidak menyekat kami untuk terus berbicara saling menambah keakraban di hati.semoga hubungan ini kekal ke akhirnya insyaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

en_me said...

me first comment volleee.. salamm yus itteww

:.Yus.: said...

volleee en_me..sila2 jgn malu2..salam bt en_me jugaksss

Noli said...

amin amin..moge trus akrab gitu yer..insyllah..

:.Yus.: said...

insyaAllah.mg berkekalan hubungan ini :)