RSS
Container Icon

Kenangan

salam...

Kenangan adalah suatu perkara yang amat indah unutk dikenang seandainya ia adalah kenangan yang manis..kenangan pahit plak mungkin boleh menyebabkan kita semakin sedih..namun dalam kehidupan kita seharian, kenangan tidak boleh dielakkan.kenangan jugaklah yang mematangkan kehidupan kita kerana dengan kenangan kita belajar tentang perasaan, tentang menghargai seseorang.

bagi aku, kadang-kadang kenangan manis amat indah untuk dikenang.namun ada ketika kenangan manis jugak amat sedih untuk dikenang...mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa plak jadi camtu..erm..gembira sebab ia adalah kenangan yang best untuk dikenang.sedih sebab kenangan itu tidak boleh lagi dikecapi atau dinikmati.kadang2 bila aku tengah sedih then tiba2 teringat kenangan yang lalu boleh membuatkan airmataku mengalir laju dalam sekelip mata..sb rindu sangat pada kenangan.rindu sangat dan berharap agar kenangan itu boleh diulang lagi.namun apakan daya aku hanyalah insan kerdil.walau apa yang berlaku aku harus meneruskan kehidupan kerana ada amanah yang perlu aku pikul.

cuma satu habit aku yang aku kira pelik bila sampai bab2 kenangan ni..aku ni jenis kalau sedih mst aku akan rasa nak nangis.tp masalahnya dia xnk kuar sampai kan aku rasa sakit sgt dada, rasa sebak sangat. so solutionnnya aku akan kenang kembali kenangan yang lalu n as usual mutiara jernih mesti mengalir laju dr tempat persembunyiannya.dengan cara tu sedikit sebanyak rasa sedih, rasa sebak didada dapat dikurangkan.selalunya aku akan kenang time2 aku bersama mak ayah aku sambil dengar lagu tentang ibubapa.biasanya lepas nangis barula aku akan rasa tenang n rasa cam release semua beban dibahuku.tu slh 1 cr aku luahkan apa yg etrbuku dihati.byk lg sb yg blh bt aku nangis...

lain orang lain caranya untuk mereka kenang perkara yang telah berlaku dalam hidup mereka.bagi aku walaupn kenangan masa itu hanya tinggal dalam kenangan namun ada masa dan ketika kenangan itu sangat berguna..dan sememangnya kenangan itu walau pahit namun tetap ada dalam hati in..xkan kupadam kenangan itu kerana kadang2 kenangan inilah yang mengembalikan sesuatu yang dah lama kita tinggal.kadang2 bila kita terlalu sibuk dengan kehidupan, dalam xsedar kita mengguris hati insan2 yang teristimewa.masanya inilah perlunya diimbas kembali kenangan lalu dengan harapan kita sedar yang kita dah lama tinggalkan habit kita dengan insan tersayang.contoh paling senang..dulu kita pantang tengok insan yang kita sayang muram pasti kita akan bertanya sebabnya.skrg ni mungkin kehidupan dah berubah.bila tengok dia muram, kita xde nk tanya apa2 pn.kadang2 mengandaikan dia tengah xde mood ke or apa2 jela.cb igt blk dl masa dia masam apa yang kita selalu bt.mungkin dengan cara tu boleh mengeratkan balik hubungan kamu.

kadang2 kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehinggakan tanpa disedari hubungan kita ngan insan tersayang semakin jauh walaupn kita selalu bersua dengan dia.gelaran 'insan tersayang' bukan sahaja untuk suami isteri namun juga untuk ibu bapa kita yang jauh di kampung.juga unutuk teman2 kita yang sentiasa bersama kita semasa susah dan senang suatu ketika dahulu.teman2 yang sentiasa bersama2 kita, membesar bersama2 bermain bersama2 selepas pulang dari sekolah.

sekali sekala kenanglah kenangan anda bersama insan tersayang sebelum terlambat.sebabnya kita xtau bila ajal kita akan sampai.siapa tahu lepas baca entry ni, tiba2 Allah tarik nyawa kita tanpa sempat kita bersama insan tersayang buat kali terakhir.ataupn bila kita ingin bersama dengan dia sama2 melakukan perkara yang biasa kita lakukan dahulu, kita mendapat berita yang dia dah tiada disisi kita. masa tu tiada apa yang mampu kita buat.menyesal pn dh xguna.menangis airmata darah pn xkan mengubah segala2nya.sebelum terlambat fikir2kanlah apa yang kita selalu buat bl bersama dia.seandainya mampu ulangi perkara tersebut sebelum segala2nya terlambat.
aku rindu sgt pada kenangan.aku rindu pd masa lalu dimana aku sentiasa gembira, bergurau senda.aku dh penat dh menangis.serasa dh xmampu utk menanggung semua ni.tabahkan diri ini Ya Allah...
"KENANGAN ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG AMAT BERMAKNA"
"SETIAP YANG KITA IMPIKAN TAK SELALUNYA INDAH. KESUNYIAN MENGAJAR KITA HIDUP BERDIKARI. TANGISAN ADALAH SATU DARI KASIH SAYANG. NAMUN SATU YANG KITA AKAN INGAT SEUMUR HIDUP ADALAH KENANGAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: