RSS
Container Icon

Love

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa dengan
orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya
apabila kita
akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah
satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang kita
boleh duduk didalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang....memberi seseorang seluruh
cinta kita bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai kita
namun apabila 'ia' datang
kita akan dapat merasa
yg dialah cinta kita yg sebenar
supaya kita sedar dialah yg terbaik utk kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: