RSS
Container Icon

BENCANA ALLAH KE ATAS MANUSIA

Firman Allah bermaksud:
“Tiada suatu bencana pn yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami ciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak meyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri”

(Surah Hadid, ayat 22-23)

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad s.a.w ada menerangkan mengapa manusia ditimpa bencana. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi drpd Ali Bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

”Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana. Iaitu:
  1. Apabila kebendaan menjadi matlamat dan tujuan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tidak mentadbir dunia dengan agama Allah dan tidak menunaikan amanah.

    Harta yang diberikan oleh Allah yang melimpah ruah kepada umat Islam menjadi milik eksklusif orang2 yang tertentu sahaja. Mereka terlupa bahawa setiap harta yang diperoleh ada tersimpan amanah dan hak orang lain ke atasnya (zakat, sedekah dll). Bahkan mengambil kesempatan ke atas harta amanah itu utk megumpul kekayaan peribadi. Mereka tidak lagi menjajarkan harta kekayaan itu sebagai amanah, utk mencapai keredhaan Allah.
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa).

    Bahkan kewajipan zakat yang diperintahkan oleh Allah supaya ditunaikan oleh orang yang berada utk dibahagikan kepada orang2 yang memerlukan bantuan dianggap cukai, tidak dianggap ibadat yang membersihkan hati dan harta benda mereka.
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

    Pemimpin adalah orang yang diberi amanah. Mareka diberikan tanggungjawab utk menunaikannya, yang terkandung tanggujawab utk menegakkan agama Allah. Bencana akan tiba apabila ia tidak lagi dianggap amanah tetapi dianggap peluang utk mendapat harta benda bagi kehidupan yang mewah.
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

    Sebagai seorang pemimpin rumahtangga yang diberi kekuatan dan semanagt oleh Allah mereka tidak boleh terlalu terikat dengan wanita sehingga sanggup berkasar kepada ibubapa sendiri, lantaran mentaati isteri.
  5. Apabila anak menderhakai ibu bapa masing2.

    Keruntuhan yang berlaku dalam institusi kekeluargaan menyebabkan orang tua tidak dihormati, tidak diberi ketaatan dan tidak diperlakukan dengan sopan dengan akhlak yang terpuji, atau dengan kata lain menderhakai ibubapa.
  6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibubapa sendiri.

    Umpamanya melayani percakapan kawan diutamakan daripada berbual lembut terhadap kedua ibubapa. Bahkan sekiranya tetamu yang datang adalah teman, mereka ini akan disambut dengan keramahan dan kemeriahan berbanding kedua ibubapa sendiri.
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising daripada segala macam sumber ciptaan manusia yang dahagakan hiburan yang melalaikan.

    Hal ini menyebabkan tiada lagi ketenangan utk manusia yang sedar akan kekerdilannya disisi Allah. Dengan kata lain pusat2 hiburan tumbuh melata, konsert2 diutamakan daripada majlis ilmu dan menganggap ’nyanyian yang melalaikan’ itu sebagai sumber ketenangan.
  8. Apabila lebih ramai berbicara hal mengenai duniawi dalam masjid.

    Sepatutnya masjid dijadikan tempat utk beribadah. Seharusnya ia dipenuhi dengan zikrullah, majlis ilmu, bertahmid, bertahlil, berdoa dan memuji Allah.
  9. Apabila menjadi pemimpin itu ialah orang yang zalim, bukannya orang yang baik.
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya (zalim).
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
  12. Apabila melanggar larangan memakai pakaian yang dikhususkan untuk wanita. Iaitu memakai pakaian yang diharamkan utk lelaki (memakai sutera).
  13. Apabila kaum wanita sanggup menghiburkan lelaki yang bukan mahramnya.
  14. Apabila wanita memainkan alat muzik sehingga melalaikan orang lain daripada mengingati Allah dan mencari keredhaan-Nya.
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

    Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dasyat atau tanaman yang tidak menjadi.”
    Seandainya kita merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak, kita akan mengakui hakikat bahawa bencana yang menimpa ssuatu kaum itu berpunca dari ’tangan’ mereka sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: